Wednesday 30 November 2022

Digital Detox Day-6


Hello....waksap guys!! (Khairul Ameng style)

Dah masuk hari ke 6 aku off fb.Tapi  terkira sampai 12 hari. Haha. Nampak tak dia punya kebosanan tu. Rasa macam masa tu merayap -rayap je.πŸ˜‚

Apapun..banyak perubahan positif yang aku rasa walaupun kebosanan. Aku lebih fokus pada hidup aku.

Channel you tube yang aku buka pun banyak  berkaitan diri aku.Contohnya macam mana nak urus masa dengan baik bila jadi suri rumah. Lepas tu aku search cara mengajar anak membaca.

Tapi anak aku baru 3 tahun lebih.Bapak dia kalau boleh nak anak dia cepat pandai membaca.Dia tak boleh tengok anaknya bosan. Kalau pandai baca buku, sekurang-kurangnya terisi lah sikit masanya.Katanya..πŸ™„πŸ™„.

Tengah2 aku menaip ni, tiba2 si aufa ni duk memanjat aku.Jadi, terpaksalah aku brenti dulu menulis. 

Jumpa next entri kπŸ˜‰πŸ€™πŸ»

                  gambar sekadar hiasan





Sunday 27 November 2022

My Housewife life

Bila ada anak kecik ni, waktu diorang tido barulah ibu-ibu surirumah macam aku ni boleh rehat😚😚

Itupun kalau semua kerja rumah dah setel. Tapi kalau tak setel pun, aku akan pilih untuk rehat kalau dah letih sangat. Ya, kita bukan robot.πŸ™ƒπŸ™ƒ

Rumah bersepah sikit tak apa, asalkan mental terjagaπŸ˜…. Masa bujang dulu aku suka buat kerja rumah sambil dengar radio IKIM.

Bahagia sangat bila teringat momen macam tu.Kadang2, bila terdengar pengisian  yang baik, aku akan pause sekejap, buat catatan.

Tapi sekarang tak boleh buat macam tu dah. Siaran radio kat area rumah aku ni hampeh sikit. πŸ˜‘πŸ˜‘Radio lain jelas je, tapi kalau IKIM, hemm..Pasang kat internet pun boleh putus2. Waktu malam je ok sikit.

Almaklumlah..rumah aku kat tepi bukit.Plus bila duk paka ni, kat plant petronas tu, lagilah out line dia.Itulah nasib aku..Hahaha


☝Ni ha bukit bukau tepi rumah aku
.

Nasib baik bukan gunung kilimanjaro. Kalau tak,line internet pun boleh nazak. 

Tapi angin kat rumah aku best.Macam angin pantai. Kalau cuaca panas berangin, dua round pakaian boleh kering kat ampaian.

Itulah serba sedikit pasal hari2ku. Alhamdulillah a'la kulli hal.


#digitaldetoxday4

Saturday 26 November 2022

Pornography:What is the best filter?

 


Hampir dua tahun aku buat video kat youtube pasal kesedaran bahaya pornografi.

Dalam tempoh ni juga ada beberapa  orang yang contact aku tanya pasal masalah yang diorang alami. Antaranya:

✅ Macam mana nak tegur mak ayah usia emas yang tonton porn kat vcd? 

✅ Macam mana nak atasi ketagihan onani?

Dan macam2 lagi... 

Cuma yang paling aku terkesan, yang point atas sekali tu. 

Maaf cakap. Tapi bila mak ayah pun ketagih porn, anak2 pun akan ada kecenderungan yang sama.

Benda ni tetap berlaku walaupun mak ayah tengok porn secara sembunyi2.

Ada beberapa kes yang berlaku macam ni.

Dalam kes warga emas yang tengok porn dalam vcd tu, biasanya mudah terkantoi dengan anak2. Terutamanya bila anak2 dah besar. 

Bila diorang masuk bilik mak ayah..adalah terjumpa bahan lucah tu. Dan dari situlah mereka berminat nak google pasal porn.

Ada kes paling teruk aku jumpa, seorang remaja perempuan, terjumpa vcd lucah milik parents.. start situ, explore dan ketagih sangat dengan porn, sampai tak tahan dah..dia apply oral s*ks  kat adik laki dia yang baru 3 tahun tu.

Ma sya Allah😨😨

Aku sampai nasihat kat dia  janganlah buat macam tu.Nanti tak pasal2 adik dia pulak yang ketagih.

Fuh..mencabar betul..πŸ˜ͺ

Kalau difikirkan balik kenapa semua ni berlaku..jawapannya sebab mak ayah itu sendiri.

Jadi..sentiasalah bertaubat atas dosa yang kita lakukan (walaupun secara rahsia) agar segala dosa kita tidak diwarisi anak2 kita.

Dan tahu tak apa 'filter' terbaik nak pastikan anak kita selamat dari porn??

Sudah tentulah pendidikan seksualiti dan pendidikan agama yang diterapkan ibu bapa itu sendiri.

Yes, education is the best filter. Didik anak pasal bahaya porn, halal haramnya di sisi agama dan macam2 lagi berkaitan seksualiti.

Ok.itu sahaja guys. Moga bermanfaat.




Friday 25 November 2022

Digital Detox day-2

Hari ini dah masuk hari kedua off Fb. Haha.. aku rasa bosan nak mati.πŸ˜ͺ

Bukak phone kalau tak boleh tengok fb cam pelik.Tik Tok pulak aku dah lama uninstall.Tak tahu dah apa cerita kat Tik Tok tu.

Status kat wasap korang je aku tengok.Haha.Nampaknya aku kena tambah contact aku lagi..πŸ˜‚πŸ˜‚

Sekarang, kalau nak tahu isu semasa, aku baca kat awani.com je.

Walaupun dah 3 hari aku tinggalkan fb, aku rasa lebih fokus dalam hidup aku. Ada juga pencapaian baru. Ada rezeki aku share kat post lain..😁😁

Anyway..sempat jugak family time kat pantai. Santai-santai petang.Wat lepah awe orang ganu kata.







Thursday 24 November 2022

Kompilasi aktiviti Mayra sepanjang hidup dia

 Ini antara kepuasan aku bila boleh jaga anak sendiri. Alhamdulillah a'la kulli.hal



art....lukis dan tampal + diy white glue


belajar nombor (numbering)

membaca kat pustaka

berenang dengan abi

exploring nature.siap bawa buku tiru cerita alif sofia

susun lego

warna atas batu ala2 kanvas

solat

santuni alam

bonding with  abi

maskot mast

main masak2 guna plastisin

main doktor2

main air pantai

tik tok belajar jam

puzzling

main musang berjanggut.cari dan susun 

Digital Detox





Hari ini, hari Jumaat. Aku buat keputusan untuk off keluar fb aku. Tukar password kepada kod paling susah nak ingat. Catat dan simpan jauh2 dari mata aku. Biar meroyan sikit.Hahaha.

 Susah juga nak buat sebenarnya sebab masa musim politik ni adrenaline aku melompat-lompat macam kanak2 ribena.πŸ˜‚πŸ˜‚. Coz we need to escape from comfort zone

Tapi ini keputusan terbaik dalam hidup aku sebab aku betul2 nak fokus kepada perkara yang sepatutnya dalam hidup aku. Terutamanya nak baiki ibadah dan nak fokus pada anak2.

Kali ini aku nak cabar hidup aku 100 hari tanpa sosial media.Arhhh..mampukah aku? 

Dah lama aku niat nak buat, tapi tak ada kekuatan. Namun aku cipta niat baru nak buat digital detox lepas habis pilihanraya.

Adalah aku buat pembacaan sikit tentang nak jauhkan diri dari medsos.Dan ini yang paling terkesan di hati akuπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»


Tak nak cakap lebih2, hanya mohon pada Allah kekuatan supaya misi ini berjayaπŸ’ͺ





My pru story

 Alhamdulillah, ada rezeki mengundi tahun ini. Suka tengok gelagat orang mari mengundi. Adalah jumpa insan yang ku kenal sorang. Ingat ke bila pakai mask,orang tak cam, tapi ada je yang cam aku.


bergambar sementara menunggu


Cuaca elok je hari mengundi. Aku pergi lebih kurang pukul 10 pagi, ramai bak hang yang beratur.Aku pulak dapat laluan yang paling ramai anak muda.Panjang lah nak kena beratur.

Berbaris panjang macam keretapi

Tengah beratur panjang masa tu, aku terdengar suara budak menangis.Kepala dia terhantuk kat meja masa teman mak dia sedang beratur. Budak..mana boleh duk diam.

Kemudian, ada pegawai beruniform polis panggil akak tu, pergi depan. Laa..boleh mengundi awal rupanya kalau bawa anak kecik. Kalau ku tahu awal2,boleh la bawak anak aku sekali πŸ˜„πŸ˜„.Senang.Hrm..tapi tak apalah, takde rezeki.

Tepat pukul 12 tengahari aku keluar dari tempat mengundi. Sempatlah menyinggah ke rumah mak sedara sebelum balik. Okay,thats all guys. Tak sabar nak tahu keputusan PRU malam ni πŸ€—πŸ€—

Up gambar jari.Lima tahun sekali guys



Wednesday 16 November 2022

Aktiviti Mayra minggu ini

 Alhamdulillah. Antara nikmat terbesar menjadi suri rumah ialah bila dapat buat aktiviti dengan anak2.

Dan target aku memang nak jaga dan didik mereka. Kalau aku duk ngadap fon memanjang, baik tak payah jadi suri rumah.

Ok. Hari ini aku nak kongsi sikit apa aku buat dengan anak aku. Minggu ni kami buat kraf tema pokok. 🌳🌳

Yang ni kolaj biasa je. Guna kertas lepas tu tampal2



Yang ni ada variety sikit. Pokok aku guna bubble plastic, dan buah tu guna plastisin

Ringkas je tak apa, asalkan anak kita suka. Happy kids happy mommy😍😍


Saturday 12 November 2022

Birthday abi

Lepas parlimen bubar haritu, suami aku ni nak sangat la, pru-15 jatuh atas tarikh lahir dia. Haha.

Tapi hasrat tak kesampaian pulak. PRU tangguh pulak lagi seminggu ke 19 nov

Apapun, post ni adalah untuk menghargai tulang belakang hidup aku selama ni.

Cuma aku terkilan sikit sebab tak sempat beli kek untuk dia. Mak mertua aku pulak yang belikanπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


By the way, memang kami sambut birthday suami aku, tapi yang belanja pun dia.πŸ˜… Kami makan dekat kedai western Kuala Berang

Potong kek dulu sebelum makan2


Selamat hari lahir suamiku. Moga umurmu diberkati♥️♥️


Hadiah?? Ada la jugak buah tangan untuk hero aku ni. Ni ha.. Topi salamπŸ‘‡πŸ‘‡

Posing malu2 kucing le pulok😝😝


Apapun moga suami ku hidup dalam keberkatanNya selalu. Ameen

Friday 11 November 2022

Aku kembali

Lama dah tak tulis blog. Nak masuk hujung tahun 2022 dah. 

Aku ingat kalau tak muat turun apps blog tak boleh letak gambar dalam blog.

 Padahal.... Boleh je.. Heheee. Aku yang tak abis swipe. Menulis kat blog lebih tenang, jauh dari cacian, kejian dan pujian. Haha. 

Aku rindu nak jadi macam dulu.Jadi penulis. 

Kalau jadi surirumah, susah dah nak buka 
komputer bagai. Pakai phone lagi mudah.
Ni ebook akuπŸ‘†πŸ‘†. Walaupun sekarang takde masa nak buat ebook, boleh kembali berblog pun aku dah syukur. Thanks Allah♥️

Pru 15

Pilihlah pemimpin dengan baik.