Harini dah masuk tahun keenam aku berkecimpung dalam bidang penulisan. Malangnya
aku masih gagal menerbitkan buku pertamaku. Walaupun sebenarnya manuskrip
pertamaku sudah siap pada 2016, tetapi bila dihantar ke rumah penerbitan, tiada
respon hingga kini. Sedih betul.
Tahun 2017, aku sibuk dengan pekerjaan menulis
artikel. Cita-citaku untuk menerbitkan buku tertangguh.Kerjaya guru, perkahwinan
yang bertandang dalam hidupku menyebabkan aku hampir lupa akan manuskrip buku
itu. 😑
Ditambah pula dengan kehadiran anakanda yang comel, makin tenggelamlah
cita-citaku dalam penulisan. Laptop lama yang menyimpan segala suntingan terkini
manuskrip itu sudah rosak. Mana tidaknya, hampir 13 tahun laptop itu berjasa
pada tuannya. Sangat lama.
Namun, seiring masa berlalu, minat menulis aku tidak pernah hilang. Ada sahaja catatan baru yang dibuat. Adakalanya
diterbitkan, ada kalanya tidak. Ada tulisan yang aku abadikan di Facebook, ada
tulisan yang disimpan di dalam Telegram ataupun Whats'Up. Tidak kurang juga yang
tertulis di dalam buku semata-mata.
Duit juga telah banyak dilaburkan demi
mengejar cita-citaku sebagai penulis. Bermacam-macam kelas penulisan yang aku
hadiri, samada secara langsung atau atas talian. Terbaru, aku mengikuti seminar
penulisan Ramadhan 2020 juga secara atas talian.Terlalu banyak ilmu yang aku
pelajari dan aku rasa macam nak lakukan semuanya.
Bila menonton video cara
menulis untuk siap, aku rasa nak teruskan suntingan manuskrip terdahulu Bila
menonton video cara terbit e-book, aku rasa nak buat e-book
Bila menonton vedio
ajar copywriting, aku rasa nak cari kerja tulis iklan
Argh...serabutnya. Aku
rasa nak buat semua benda, tapi tak mampu.
Kenapa cepat sangat fokus aku lari??
Inilah kelemahan aku...TIDAK FOKUS
Jadi, malam ni aku cuba tenangkan diri aku.
Tujuan aku sebenar ialah untuk menulis buku yang bermanfaat. Aku ingin
tinggalkan buku untuk diwariskan kepada anak-anakku. Supaya mereka sendiri dapat
baca tulisan aku dan mendapat kebaikan daripadanya.
Selepas menenangkan diri,
ingat balik big why aku menulis, aku skrol Whats'Up.Tertera satu nama "Menulis
kisah hidup". Satu Group Whats'Up yang diasaskan oleh Tuan Zamri semasa aku
mengikuti kelasnya suatu masa dahulu.Walaupun sudah bertahun-tahun, tak pernah
terdetik dihati aku untuk meninggalkan Group penulisan ini.
Aku lihat balik
motivasi yang diberikan dalam Group itu. Semuanya menjurus kepada semangat untuk
menghasilkan buku pertama😀. Semasa membacanya..aku faham. Segala ilmu yang aku
pelajari di seminar penulisan Ramadhan akan ku fokuskan untuk buku
pertamaku.Sepenuhnya.Aku harus lakukan.Mesti.
Jauh di sudut hati Aku berdoa agar
Allah memudahkan urusanku, membantu aku FOKUS menulis dan menerbitkan buku yang
bermanfaat untuk Ummah. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan daripada Allah.
Alia Basirah WM