Sunday 17 December 2023

My daughter turn 5

Gigih abi dan ayahchik buat persediaan

3 butir kek untuk birthday Mayra dan Luth




2 ketul kesayangan ibu

Banyak pulok hadiah birthday kali ni.Alhamdulillah.



Post ceremony 

Semoga Mayra berjaya dunia akhirat, dan sentiasa dipayungi rahmat yang Maha Esa

 

Senyum seorang Shahida





Sejak akhir-akhir ni aku rasa stress.Tak pasti kenapa.Mungkin banyak sangat hooked dengan social media.

Jadi, aku ambik inisiatif baru.Buat balik mutabaah amal yang dah lama aku tinggalkan.

Sebolehnya aku tak naklah jadi hamba Allah yang lalai.Allahu.

Lupa nak cakap.Semalam ada sebuah buku sampai.Tajuknya Senyum Seorang Syahida.Ada orang nak letgo buku tu.Jadi aku hanya bayar kos pos je lah.

Terkesan jugaklah bila aku baca buku tu petang semalam.Buku yang mengisahkan seorang akhawat yang memang berjuang untuk mati syahid dan arwah 'dapat' syahid tu.

Arwah meninggal dalam kemalangan ketika perjalanan ke program dakwah.Subhanallah.

Jenazahnya pun wangi.Dengar kata, darahnya masih mengalir segar walau sudah dikafankan.

Aku??? Bila baca buku tu, terasa sangat kerdil diri ini.Rasa takut lagi dengan mati.Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.

Dah tiba masanya untuk aku pun buat turning poin dalam hidup aku untuk berjuang di jalan Allah, dan syahid di jalanNya.Doakan aku guys.

Saturday 9 December 2023

Si penjual cadar yang tersesat

 




Dulu, masa awal-awal tahun, bukan main aku azam nak jadi penjual cadar.

Tapi, bila masuk je Oktober tahun ni, aku dah tak post pasal cadar sebab aku asyik fokus pada isu Palestin sahaja.

Suami aku pun perasan benda ni.Cuma sekarang kan aku tengah mengandung.Dia bimbang sangat aku ni asyik doakan orang palestin je, takut2, tak sempat doakan anak sendiri.Huhu.

Sebagai ibu mesti kita akan doakan anak kita, no matter what.Tapi tak salah pun kan, kita niatkan segala perjuangan kita membantu Palestin ni, auranya ada impak pada bayi dalam kandungan ni.

Begitulah.Aku niatkan biarlah setiap anak yang lahir dari rahimku Ya Allah, akan menjadi pejuang agamamu.

Back to my role as penjual cadar.Semoga aku bisa mencari jalan pulang,👀👀



Tuesday 5 December 2023

New routine started

 





Today, I was in clinic. Checking my third pregnancy for my first time.

Alhamdulillah, today is not busy. But, its quite ackward for me to start my new routine.. Haha.

This third pregnancy come without planning.. Haha. Its happen sudden since im having no longer menstrual period.

But its okay. I trust Allah for this faith. You plan, I plan, but indeed Allah's plan is the best. Just chill and enjoy thia journey. 


Monday 4 December 2023

Dunia hari ini

 


Aku buntu. Palestin diserang kaw-kaw oleh Israel. Tapi dunia tidak berbuat apa-apa.

Manakala Coldplay, band yang mengangkat suara LGBT, dibenarkan berkonsert di Malaysia kerana mereka dikatakan pro Palestin. 

Artis muslim yang berkahwin di negara seberang dengan seronoknya mempromosikan gaya hidup barat ketika menyambut pernikahannya. Lupa halal haram. Janji bahagia. 

Dengar kata ada pesta red bik*ni nak diadakan di Malaysia malam ni. Puas dah kita membantah, tapi masih belum ada kenyataan rasmi untuk membatalkan program ini.

Di media sosial pula, diviralkan anak artis yang menari-nari sampai nak terlondeh baju. Ini je ke level mindset orang kita?? 

Allahu, dunia apa yang bakal ku wariskan untuk anak-anakku. Bantu kami ya Allah

Fallahu khairon hafizho, wa huwa arhamu arroohimin


Palestin di hati

 



Ya Allah, sungguh aku sangat berduka dengan saudaraku yang berada di Palestin.

Wahai saudaraku di Palestin, maafkan kami kerana tidak dapat membantu mu di saat-saat genting dalam hidupmu.

Tika kamu dibunuh beramai-ramai, langkah kami masih longlai, kaku, tidak mampu berbuat apa-apa.

Jujurnya kami amat kecewa dengan diri kami. Tapi ketahuilah saudaraku, doa kami sentiasa mengiringi kalian. 

Hati kami merasai penderitaan itu. Sungguh, kalian sangat kuat walau dicengkam sejuta penderitaan. 

Iman kalian sangat luar biasa hingga menjadi inspirasi buat saudara baru untuk mengenal Islam.

Subhanallah. Hasbunallah nikmalwakeel.