Tuesday 28 September 2021

Squid Game dan Normalisasi Kelucahan

 


Pertamanya sejak drama ni mula viral di media social, saya tak ambik kisah pun. Mungkin sebab saya bukan peminat movie dan game. Anggapan saya pada mulanya, bila cerita ini diviralkan dan ditonton orang ramai, saya beranggapan drama ini selamat untuk ditonton. Pendek kata, tidak ada isu.

Namun saya sangat terkejut apabila rakan FB saya berkongsi tentang ulasan laman imdb tentang drama Squid Game itu. Ianya terus-terang menunjukkan adanya babak seksual dan bogel yang dinyatakan secara terang-terangan di situ.

Sejujurnya saya sangat sensitif jika babak-babak sebegitu wujud dalam filem. Bagi saya, sekiranya sesebuah filem mengandungi unsur lucah, ianya tidak patut langsung untuk ditonton. Meskipun ada yang menyatakan babak tersebut hanya berdurasi 5-10 minit, bagi saya adalah terlalu berisiko untuk menonton filem-filem sebegini apatah lagi dengan anak-anak.

Hatta, walaupun umur kita sudah melepasi 18 tahun ke atas, ianya bukan tiket untuk kita boleh menonton babak-babak lucah tersebut. Dalam Islam tidak ada G-rated, PG-13-rated atau R-rated. Yang ada hanyalah halal dan haram.

Soalnya kenapa saya sangat sensitif dengan isu ini?

Sebab saya terbaca sebuah kajian dalam Jurnal Psikologi Malaysia, yang bertajuk : “Tahu salah, tapi mahu” mendedahkan bahawa ada kes mahasiswi yang terjebak pornografi apabila menonton babak lucah dalam filem.

Ini adalah pengakuan mahasiswi tersebut:

“Biasa, bila tak tahu nak buat apa, orang pun lepak-lepak je. Masing-masing layan movie, kadang tidur petang. Kadang ada jugak tak rasa nak tidur, kita tengoklah movie apa-apa, tapi kadang separuh je tengok.sebab terasa nak tengok porno… bila tengok cerita orang putih kan ada aksi-aksi macam tu kan… kita pun sorang, so kita terfikir nak tengok benda tu pulak”.

Kalau difikirkan, mahasisiwi biasanya berumur dalam lingkungan 18-23 tahun ke atas. Tetapi kenapa mereka masih boleh terjebak dengan pornografi? Adakah kerana mereka belum matang. Sudah tentu tidak. Ianya sudah pasti kerana kegagalan mengawal hawa nafsu.

Ya.. ujian nafsu itu tidak mengenal usia. Sebab itulah kita tidak boleh tertipu dengan rate filem yang dikeluarkan oleh barat.

Sejujurnya saya sangat kesal apabila drama Netflix ini telah diviralkan dan menjadi bualan ramai. Ia membayangkan seoalah-olah drama sebegini diterima masyarakat kita. Bayangkan jika anak-anak sekolah rendah menonton drama ini tanpa pemantauan ibu bapa. Saya sangat bimbang jika babak lucah dan ganas itu ditonton. Tidak mustahil anak-anak ini akan menganggap babak meloyakan tersebut adalah suatu yang normal untuk ditonton.

Sebab itu saya berpendapat kita mestilah berhati-hati dalam mempromosikan sesebuah filem.Filem yang ada unsur lucah walaupun ada diselit pengajaran adalah suatu yang sangat berisiko untuk ditonton. Dibimbangi kita sedang menormalisasikan pornografi dalam masyarakat. Bayangkan jika ada yang terkesan dengan babak lucah dalam filem tersebut, siapa yang akan menerima impak buruknya? Sudah pasti kita semua.

Sebab apa? Sebab kita semua seolah-olah sedang membina kehidupan untuk para penzina, pelacur, perogol, pedofil, pelaku sumbang mahram, pelaku lgbt dan yang seangkatan dengannya. Selamatkah dunia sebegini untuk anak-anak kita? Kepada yang mempromosikan drama-drama sebegini, berhati-hatilah kerana dibimbangi ada saham kita dalam dosa-dosa seksual yang sedang membarah dalam masyarakat. Nauzubillahi min zalik.

Sepatutnya ibu bapa perlu tegas dalam situasi ini. Tidak semestinya drama itu viral, kita beria-ria menontonnya atas ajakan atau desakan anak-anak kita. Didiklah mereka untuk lebih sensitif terhadap adegan lucah yang merosakkan itu.

Sebaiknya, jika sudah maklum filem itu ada babak kotor, haramkanlah terus daripada anak-anak. Tak perlulah menonton cerita itu dan kononnya ‘skip’ babak tersebut. Ada banyak cara yang lebih suci untuk mendidik anak-anak kita. Bukankah Allah sudah berpesan kepada kita untuk menundukkan pandangan dan tidak mendekati zina?

Adakah kita sedar bahwa dengan menonton filem yang diketahui ada adegan tidak senonoh sebenarnya adalah antara satu jalan yang mendekati zina. Janganlah salurkan anak kita ke jalan kemungkaran. Allahuakbar.Semoga Allah membimbing kita untuk menjadi ibu bapa terbaik di zaman yang serba mencabar ini.

 

 

 

 

Friday 24 September 2021

Adik Aman merantau

 

Gambar kenang-kenangan sebelum Aman ke Jordan♥️♥️


Malam ni aku rasa sebak sikit.. Sebab adik aku akan sambung belajar di bumi Jordan.

Malam ni dia terbang.. Meninggalkan bumi Malaysia. Moga adik aku selamat sampai di sana.

Kat universiti Yarmouk, adik aku akan belajar ekonomi dan perbankan Islam. Aku doakan 🤲🤲dia jadi pengganti Allahyarham Ungku Aziz.

Aku suka letak target tinggi. Tak salah pun. Sebab nak jadi hebat, kita kena ambik orang hebat sebagai uswah.💪

Goodluck Aman. Semoga Allah memberkati perjuanganmu menuntut ilmu💓💓


Kek majlis perpisahan Aman


Monday 20 September 2021

Pengalaman pakai implanon

 Selepas melahirkan anak pertama, aku membuat keputusan untuk mengambil implanon sebagai perancang kehamilan.


Kenapa? Sebab aku malas nak fikir.. Huhu

Kalau pakai implanon senang. Jenis aku ni kalau ambil pil, memang ke laut dalam gayanya. Aku ni bukan konsisten pun kalau makan pil. 

Nak pasang IUCD??? Kalau aku memang idokle. Aku sangat2 pemalu. Tak larat dah nak kangkang2 depan doktor. Cukuplah masa bersalin haritu je. Lagipun bagi aku bukan suatu yang selesa nak letakkan benda dalam rahim. 

Kalau terjadi apa-apa, dapat doktor perempuan ok lagi, kalau dapat doktor laki yang bertugas, memang menangislah nak cabut IUCD tu. 

Nak cucuk? Aku tak prefer sangat cucuk2 ni sebab setahu aku hormon tu disuntik banyak dalam suatu masa. Hrmm.. Macam tak sesuai. 

Nak merancang secara normal? Entahlah. Nurse asyik suruh aku ambik perancang je. Aku pulak malas nak berbasa-basi. Ambik je lah. 

Ok.. Apa pengalaman aku pakai implan?

Pertama sekali, masa nak pasang tak sakit langsung. Aku beli dengan harga rm440, tempah siap2 dengan doktor klinik kerajaan. Ok je...

Lepas pasang implan, impak sikit haid aku. Dalam dua bulan pertama haid keluar sikit2 dan main2.

Masuk bulan seterusnya haid aku dah ok. Cuma aku datang haid 2 bulan sekali. Biasanya dalam 12-13 hari. Agak panjang sikit tempoh haid sebab dia keluar sikit2.

Tapi yang penting teratur. Kiraan haid aku lebih kurang 54 hari. Hampir 2tahun 1 bulan aku pakai implan.Alhamdulillah, tiada masalah.

Bulan mac baru ni aku baru cabut implan sebab aku ingat nak hamil lagi. Masa cabut pun tak sakit sebab doktor bius. Tapi nak cabut tu lebih susah berbanding nak pasang. Tapi itu tugas doktor, korang tak payah sakit kepala. Korang bagi lengan je kat doktor. 

Bulan tiga aku cabut implan, bulan enam tu, Allah rezkikan aku untuk mengandung lagi.

Tempoh nak hamil tu bagi aku berbeza bagi setiap orang. Ada kawan aku pasang implan, hampir 8 bulan jugak ambik masa untuk hamil lagi. Tapi umur dia dah 39 tahun. Umur aku baru 31.

Jadi itulah kisah aku ambik implan. Ok je. Jangan takut. Kalau rasa nak hamil awal, cabut la awal. Tak ada masalah.