Saturday 25 April 2015

Redha dengan Allah


Alhamdulillah

Hari ini diberi peluang oleh Allah untuk mendengar ceramah Al-Hikam Tajuk 17 (Redha terhadap Ketentuan Allah) yang disampaikan oleh Ustaz Dr Zulkifli Al-Bakri

Seronok mendengar ceramah ini. Ceramah ini mengajar kita untuk tidak mempertikaikan segala ketetapan Allah, apatah lagi kedudukan kita hanyalah sekadar hamba disisiNya.Dan hamba yang redha itulah sebenarnya hamba yang bijak.

Kalam hikmah yang dinukilkan oleh Imam Ibnu  Athaillah Askandari adalah sebagaimana berikut:
Barangsiapa yang mengkehendaki untuk mengadakan  (menjadikan sesuatu) dalam waktu (yang tertentu) terhadap selain sesuatu yang telah ditetapkan Allah dalam waktu itu, bermakna ia berada dalam kejahilan.

Kata ulama silam

"Kamu hendak, Allah pun hendak, tetapi Allah akan buat yang yang Dia kehendaki, bukan apa yang kamu hendak"

Ssatu hadis qudsi ada menyebut:

"Siapa yang tidak redha dengan ketentuanku, tidak sabar atas musibah yang menimpa dan tidak bersyukur atas nikmatKu, maka carilah tuhan yang lain selain Aku"

Lihatlah di sini betapa kerasnya teguran Allah kepada sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanNya

Satu hakikat yang kita kena ingat adalah walau sehebat manapun ibadah seseorang hamba itu kepada Allah, Allah tidak akan memberi apa yang dia nak semudah-mudah itu. Pasti ada kehendak kita yang tidak selari dengan kehendak Allah, kerana akhirnya hanya Allah yang Maha mengetahui hikmah di sebalik apa yang Dia kehendaki.

Sila klik di sini untuk mengikuti ceramahnya


Tinggalkan yang haram, pasti Allah bagi yang halal


Sejujurnya, saya mempunyai sahabat yang sangat mahir dalam IT. Namanya biarlah dirahsiakan. Suatu hari pernah dia memasukkan perisian untuk memudahkan saya memuat turun bahan yang menarik dari internet. Perisian yang sepatutnya dibayar selepas menerima masa penggunaan percuma 30 hari menjadi percuma untuk saya buat selama-lamanya.Namun begitu, selepas difikir-fikirkan kembali, saya berasa sangat bersalah kerana itu mungkin perbuatan dosa. Sama seperti mencuri hak orang, tapi di alam maya ‘benda’ yang dicuri itu nampak seperti tiada apa-apa. 

Pada mulanya entah kenapa saya tidak merasakan ianya satu dosa. Tapi bila pop-up yang keluar berulang-ulang kali (akibat menggunakan nombor siri palsu) akhirnya membuat saya terfikir bagaimana kalau saya memperolehi ilmu melalui jalan yang haram, dibimbangi tiada keberkatan dalam ilmu yang dipelajari. Nauzubillah.Namun akhirnya, selepas memadamkannya, Allah memberikan saya cara lebih baik untuk muat turun vedio iaitu dengan menggunakan Perisian 4K Vedio Downloader.Saya mendapat maklumat ini dalam majalah Gen-Q dalam  ruangan yang ditulis pakar IT. Alhamdulillah ada cara yang lebih halal untuk saya. Benar sekali hadis nabi yang bermaksud “Barangsiapa yang meninggalkan yang haram, Allah akan bagi yang halal  untuknya. Alhamdulillah.Terima Kasih Ya Allah. Senyum.

"Kaedah mudah bagi memuat turun vedio dari You Tube adalah dengan menggunakan perisian 4K Vedio Downloder (www.4kdowwnloder.com). Anda hanya perlu memuat turun perisian ini dan menyalin URL vedio dari YouTube yang hendak dimuat turun, seterusnya menampalkan URL tersebut dengan mengklik butang Paste Url pada perisian 4K Vedio Downloader."

[Kredit:Megat Zainarul Anuar Megat Johari]

#Biarpunsimplenaksharejugak

 





Friday 24 April 2015

Bersyukurlah kerana Allah itu baik



Seorang raja mempunyai seorang hamba lelaki. Pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata: “Tuanku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan.

Pada suatu hari mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu berjaya membunuh harimau itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.

Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, raja berkata: “Jika Allah adalah baik, Beta tidak akan diserang dan hilang satu jari”

Hamba itu menjawab: “Walaupun semua ini terjadi, patik hanya boleh berkata kepadamu: “Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah.”

Marah dengan jawapan itu, raja itu memerintahkan hamba itu masuk penjara. Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi: “Allah itu baik dan sempurna”

Beberapa hari kemudian, raja tersebut ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk dikorbankan bagi pemujaan tuhan mereka. 

Saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, Baginda dibebaskan kerana dianggap tidak lengkap untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka



Sekembalinya ke Istana, baginda memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata: “ Mika, Allah adalah benar-benar baik untuk Beta. Beta hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari, Beta dilepaskan”.

Tetapi Beta mempunyai satu soalan: “Jika Allah begitu baik, mengapa Dia membenarkan Beta untuk meletakkan mika di dalam penjara?”

Hambanya menjawab: “Tuanku, jika patik belum dimasukkan di dalam penjara, patik akan pergi dengan Tuanku dan akan dikorbankan, kerana patik tidak mempunyai jari yang hilang.

Hakikatnya, semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah

Seringkali kita mengeluh tentang hidup, dan permikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita. Jadi berfikir positif dan percaya pada Allah setiap masa. 

Allah mengetahui mengapa Dia memilih anda untuk membaca blog ini hari ini… kerana Allah itu baik dan sempurna.

Bangun hari ini, anda bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Anda menghidupkan enjin kereta tetapi tidak boleh. Bateri Kong!. Ada orang kehilangan kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Anda susah nak kejutkan anak bangun tidur. Hish..budak ni apa nak jadi. Tapi ada jiran kita beberapa hari yang lalu, waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Pencipta.

Anda sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Anda rasa bosan dengan pasangan anda. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.


Anda rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan anda. Anda komplen. Hari ini ada orang  hanya boleh makan pakai tiub sahaja kerana kanser mulut

Anda rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kafan

Anda rasa menyampah sangat dengan hidup ini dan terasa bagai nak mati dek bebanan masalah dan ujian yang silih berganti. Tetapi malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah merayu dan merintih untuk dihidupkan semula untuk beramal soleh.

Oleh itu sahabat, syukurlah dalam apa jua keadaan kerana sebenarnya anda masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati hidup yang baik. Alhamdulillah.

Wednesday 22 April 2015

Akibat stalk fb orang....



Hari ini hari jadi seorang kawanku, Rosya Ila nama dia.

Tiba-tiba aku tergerak nak bukak fb dia sebab lama aku tak dengar cerita tentang dia, lepas tu aku tengok ada post dia tentang doa dia pada seorang sahabat yang telah meninggal dunia. Siti Atikah Abdul Rahim namanya. Aku pun bukak la fb Siti Atikah Abdul Rahim [Sejujurnya aku bukanlah orang yang jenis stalk fb orang kalau tiada keperluan tapi entah macam mana Allah gerakkan hati aku untuk buka fb dia walaupun aku tak kenal dia]

Di dinding muka bukunya, penuhlah ucapan-ucapan takziah dari sahabat-sahabatnya. Beliau meninggal dunia April 2014 sebab kemalangan. Apa yang kukagumi tentang dirinya adalah kesungguhan beliau dalam menggencarkan agenda dakwah di Malaysia. Semuanya diakui oleh sahabat-sahabat beliau. Kata-katanya begitu menggugah jiwa, sarat dengan nasihat dan peringatan serta jujur menegur kesilapan rakan-rakan. Allahurobbi. Siapalah aku untuk menjadi sepertinya. Dan Subhanallah kematiannya ku kira sangat husnul khatimah. Bukan calang-calang orang yang boleh menikmati kematian sebegini.

Bacalah secebis dari kisahnya, walau aku sendiripun tidak pernah mengenali dirinya, namun pemergiannya meninggalkan kesan pada jiwaku.Sungguh kematiannya adalah kematian yang menghidupkan.

Credit gambar kpd [A leader in the Making]




Ini pula gambar terakhir profil beliau di fb sebelum beliau meninggal dunia



 Sesungguhnya benar sekali firman Allah:

 "maka apabila datang ajalnyanya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan" [Al-A'raf:34]

Agaknya bagaimanalah  kematian kita....Entah apa orang akan tatap di fb kita bila kita sudah meninggal dunia, Yang baikkah @ Yang buruk, post yang membangkitkan iman atau mengaktifkan lagha. Hakikatnya itulah peninggalan kita yang akhirnya bisa menjadi saham syurga atau kawah neraka. Pilihlah selagi ada masa.

Sila ziarah fb arwah

Tuesday 21 April 2015

Tulis....tiada lampu merah!!!


Teruskan menulis walau tiada idea.. Kerana menulis itu bisa mengaktifkan permikiranmu dan tanpa engkau sedari, kalimah demi kalimah telah terlakar di kertas itu. Susahnya menulis hanya pada mulanya. Usai meletakkan penamu, hanya pujian buat Illahi kau madahkan atas segala nikmatNya yang membantumu menulis. Kerana sungguh Dia yang mengajarkan kita dengan pena [Al'alaq:4]. Aku sendiripun masih bertatih-tatih, memerah otak mencari kalimah dan menyusunnya selari dengan kefahamanku agar ianya terkesan pada empunya yang menulis dan pembaca yang membaca. Mulakan sahaja, In sha Allah jika kita ikhlas, idea akan datang bagai coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum dan akhirnya jadilah Coco Crunch [iklan sebentar] yang rangup serta lazat dinikmati oleh jiwa yang dahagakan ilmu dan hidayah Allah.

Subhanallah, begitu rupanya falsafah menulis. Baru hari ini aku mengerti, tuliskan sahaja kerana pernah aku terbaca pengalaman seorang penulis yang berkata "saya merasa ada yang menggerakkan tangan saya ketika menulis", Saya meminjam tanganNya untuk menulis". Maka tak hairanlah jika tulisan-tulisan itu akhirnya menjadi cahaya yang menyimbahi jiwa pembaca dengan karya yang menggugah dan mengubah hidup.Dan barangkali itulah yang terjadi pada diriku malam ini.Akhir kata, Maha suci Allah yang mengajarkan hambamu ini menulis.Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk terus istiqamah menulis, agar setiap ilmu yang disebarkan melalui pena ini akan senantiasa menyegarkan raudah maqamku suatu hari nanti.Ameen Ya Allah.

Taman Syurga: Moga suatu hari nanti menjadi milikku





Monday 20 April 2015

Mengejar kebahagiaan hakiki






Akan aku bersabar
Mencari cinta Illahi
Walau cinta dunia mengasak-asak diriku
Supaya mengikut kehendaknya

Namun hati ini tidak akan  berganjak
Kerana di sebalik mujahadah itu
Pasti ada hikmah yang lebih indah
Hakikatnya itulah yang paling bahagia
Apabila cinta Allah mengatasi segala
Kerna cinta itulah yang paling hakiki
Kerna disitulah terletak kebahagiaan sebenar

Sabarlah wahai diri, sabarlah, sabarlah
Hingga Allah memberi kurnia
Itulah destinati cintamu
Bukannya mengikut nafsu yang melulu

Moga Allah membimbing mu wahai diri
Kerana tanpa Allah kau tidak akan bertahan
Semoga cinta Allah itu menyimbahi hatimu
Percayalah, itulah kenikmatan sebenar yang tiada tara

Ya Allah, aku pohon padamu cintamu, dan cinta orang-orang yang mencintaimu dan amalan-amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu, Ya Allah, jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku cintai berbanding cintaku terhadap diriku, keluargaku dan segala cinta yang ada di dunia ini.