Mari saya tuliskan ebook untuk anda
Showing posts with label Tegar menulis. Show all posts
Showing posts with label Tegar menulis. Show all posts

Tuesday, 31 March 2026

Resepi raya 2026

 


Hai kawan-kawan...

Hari ini aku nak kongsi menu raya 2026 kat rumah aku..


Hari pertama raya kat rumah aku (di Paka), aku buat menu mee soto.


Aku pilih mee soto sebab aku lebih cenderung memilih real food. Dulu aku selalu masak bakso guna bebola daging.



Masak bakso memang mudah, tapi aku kurang berkenan sebab kena guna bebola daging. Boleh nak guna daging biasa tapi agak renyah.



Jadi aku pun buat keputusan nak masak mee soto..



Resepi ni mudah je. First time aku cuba menu ni untuk raya.Alhamdulillah menjadi.



Lepas tu, aku ada juga buat puding laici. Nyum..nyum..sedapnya makan sejuk-sejuk.


Laku weyh puding aku..habis licin. Alhamdulillah..


Suami aku pula bakar sate. Dia beli sate frozen kat DM pemborong Kuala Berang..Sedap wei.semua orang puji. Tapi aku tak ingat pula pula sate jenama apa..



Antara tetamu yang hadir. Ni semua sepupu2 aku yang duduk area Paka. Bolehlah jemput diorang untuk buat makan2.

Aku bersyukur pada Allah.Walaupun aku.ni tak berapa pandai masak sangat, tapi Allah tetap rezekikan aku untuk meraikan tetamu dengan menu hasil tangan aku.

Barulah ada kepuasan sikit bila nak hidang untuk tetamu. Alhamdulillah.

Alia Basirah WM
Syukur seadanya



Saturday, 27 December 2025

Pencapaianku untuk 2025





Alhamdulillah..untuk tahun 2025 banyak perubahan yang aku alami. Terutamanya selepas aku kurangkan masa layari media sosial.

1. Resume

Ya..setelah berkurun-kurun lamanya, akhirnya aku berjaya perbaharui resume aku. 

Aku pilih Canva untuk cantikkan resume. Semua perihal penulisan, rekod dan pencapaianku dalam pertandingan menulis aku masukkan dalam resume. Misi aku sekarang adalah untuk menjadi penulis upahan.

2. Artikel

Antara pencapaian terbaikku adalah aku berjaya tulis artikel. Artikel aku bukan janaan AI ya...

Aku target untuk hantarkan artikel itu dengan resume suntingan terbaru ku. Mana tahu aku boleh dilantik menjadi penulis tetap untuk penerbit tu.Huhu..

Teringat momen zaman bujang, dengan tulis artikel inilah aku buat duit.

3. Servis menulis surat

Aku mula terbit idea nak buat servis ini setelah aku banyak tolong bapa mentuaku tulis surat.

Bapa mentua ku itu setiausaha JPKK kampung. Banyak surat yang dia kena hantar kepada agensi kerajaan. Objektifnya untuk kebajikan orang kampung.

Contohnya kena tulis surat untuk minta peruntukan baiki jalan, renovasi tandas masjid dan buat program untuk anak muda.

Setakat ni, aku buat hebahan secara umum dahulu. Harap-harap, suatu hari nanti adalah rezeki untuk aku dapat jana duit daripada servis ini.

4. Penulis upahan

Dan perkara paling baharu dalam hidup aku selepas aku fokus kepada kerjaya penulisan ialah ada orang nak upah aku menulis.Oh..gembira sungguh hati ini.

Ini satu pengalaman baru untuk aku. Mengambil upah menulis ebook pasti ada cabarannya.Tetapi aku yakin, hanya dengan cabaran, pasti ada 'grow'.

Alhamdulillah untuk 2025 Semoga tahun 2026 aku boleh terbitkan buku baharu kepada pembaca buku.

Alia Basirah WM
Terus berkarya

Sunday, 27 November 2022

My Housewife life

Bila ada anak kecik ni, waktu diorang tido barulah ibu-ibu surirumah macam aku ni boleh rehat๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Itupun kalau semua kerja rumah dah setel. Tapi kalau tak setel pun, aku akan pilih untuk rehat kalau dah letih sangat. Ya, kita bukan robot.๐Ÿ™ƒ๐Ÿ™ƒ

Rumah bersepah sikit tak apa, asalkan mental terjaga๐Ÿ˜…. Masa bujang dulu aku suka buat kerja rumah sambil dengar radio IKIM.

Bahagia sangat bila teringat momen macam tu.Kadang2, bila terdengar pengisian  yang baik, aku akan pause sekejap, buat catatan.

Tapi sekarang tak boleh buat macam tu dah. Siaran radio kat area rumah aku ni hampeh sikit. ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘Radio lain jelas je, tapi kalau IKIM, hemm..Pasang kat internet pun boleh putus2. Waktu malam je ok sikit.

Almaklumlah..rumah aku kat tepi bukit.Plus bila duk paka ni, kat plant petronas tu, lagilah out line dia.Itulah nasib aku..Hahaha


☝Ni ha bukit bukau tepi rumah aku
.

Nasib baik bukan gunung kilimanjaro. Kalau tak,line internet pun boleh nazak. 

Tapi angin kat rumah aku best.Macam angin pantai. Kalau cuaca panas berangin, dua round pakaian boleh kering kat ampaian.

Itulah serba sedikit pasal hari2ku. Alhamdulillah a'la kulli hal.


#digitaldetoxday4

Saturday, 27 June 2020

Aku dan bayangan buku pertamaku


Harini dah masuk tahun keenam aku berkecimpung dalam bidang penulisan. Malangnya aku masih gagal menerbitkan buku pertamaku. Walaupun sebenarnya manuskrip pertamaku sudah siap pada 2016, tetapi bila dihantar ke rumah penerbitan, tiada respon hingga kini. Sedih betul.

 Tahun 2017, aku sibuk dengan pekerjaan menulis artikel. Cita-citaku untuk menerbitkan buku tertangguh.Kerjaya guru, perkahwinan yang bertandang dalam hidupku menyebabkan aku hampir lupa akan manuskrip buku itu. ๐Ÿ˜‘

Ditambah pula dengan kehadiran anakanda yang comel, makin tenggelamlah cita-citaku dalam penulisan. Laptop lama yang menyimpan segala suntingan terkini manuskrip itu sudah rosak. Mana tidaknya, hampir 13 tahun laptop itu berjasa pada tuannya. Sangat lama. 

Namun, seiring masa berlalu, minat menulis aku tidak pernah hilang. Ada sahaja catatan baru yang dibuat. Adakalanya diterbitkan, ada kalanya tidak. Ada tulisan yang aku abadikan di Facebook, ada tulisan yang disimpan di dalam Telegram ataupun Whats'Up. Tidak kurang juga yang tertulis di dalam buku semata-mata. 

Duit juga telah banyak dilaburkan demi mengejar cita-citaku sebagai penulis. Bermacam-macam kelas penulisan yang aku hadiri, samada secara langsung atau atas talian. Terbaru, aku mengikuti seminar penulisan Ramadhan 2020 juga secara atas talian.Terlalu banyak ilmu yang aku pelajari dan aku rasa macam nak lakukan semuanya.

 Bila menonton video cara menulis untuk siap, aku rasa nak teruskan suntingan manuskrip terdahulu Bila menonton video cara terbit e-book, aku rasa nak buat e-book
 Bila menonton vedio ajar copywriting, aku rasa nak cari kerja tulis iklan 

Argh...serabutnya. Aku rasa nak buat semua benda, tapi tak mampu. 

Kenapa cepat sangat fokus aku lari?? 

Inilah kelemahan aku...TIDAK FOKUS 

Jadi, malam ni aku cuba tenangkan diri aku. Tujuan aku sebenar ialah untuk menulis buku yang bermanfaat. Aku ingin tinggalkan buku untuk diwariskan kepada anak-anakku. Supaya mereka sendiri dapat baca tulisan aku dan mendapat kebaikan daripadanya. 

Selepas menenangkan diri, ingat balik big why aku menulis, aku skrol Whats'Up.Tertera satu nama "Menulis kisah hidup". Satu Group Whats'Up yang diasaskan oleh Tuan Zamri semasa aku mengikuti kelasnya suatu masa dahulu.Walaupun sudah bertahun-tahun, tak pernah terdetik dihati aku untuk meninggalkan Group penulisan ini. 

Aku lihat balik motivasi yang diberikan dalam Group itu. Semuanya menjurus kepada semangat untuk menghasilkan buku pertama๐Ÿ˜€. Semasa membacanya..aku faham. Segala ilmu yang aku pelajari di seminar penulisan Ramadhan akan ku fokuskan untuk buku pertamaku.Sepenuhnya.Aku harus lakukan.Mesti.

 Jauh di sudut hati Aku berdoa agar Allah memudahkan urusanku, membantu aku FOKUS menulis dan menerbitkan buku yang bermanfaat untuk Ummah. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan daripada Allah. 

Alia Basirah WM

Friday, 9 February 2018

Aku dan pena





Chegu...

Teruslah menulis

Untuk bekalan akhiratmu

Jangan malas

Kelak pasti kau akan menyesal

Ya Allah berikanlah hamba ini kekuatan untuk terus menulis keranaMu..

Tuesday, 16 May 2017

Be positive..






Everything we do takes times. But if we know where we are going and we are steadily making progress towards our goal, we can accomplish amazing things with our life


***********

Alhamdulillah, aku bersyukur.

Walau di mana pun fasa hidup aku sekarang, in sha Allah, inilah yang terbaik untuk diriku

Ya, aku mengakui hidupku berada di fasa kritikal. Di umur 27 tahun, aku masih belum mempunyai pekerjaan tetap,  tetapi aku tetap positif.

Kerana aku tahu Allah pasti mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kesusahan ini mungkin menjadi modal idea untuk aku menulis suatu hari nanti, siapa tahu kan…

20 Mei ini aku bakal menghadiri kursus penulisan bersama Tuan Zamri. Aku harap ia akan menjadi pencetus semangat untuk aku terus berkecimpung dalam bidang penulisan.

Manuskrip sulungku sudah berada di tangan penerbit. Ini merupakan penghantaran kali kedua. Jika ditolak, aku harus redha, jika diterima, hanya Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan.

Aku juga berdoa agar permohonanku menjadi guru sains di Maahad Tahfiz Tok Jiring dipermudahkan Allah. Hanya Allah yang mampu membuka pintu rezeki, Dia jua yang maha merancang. Moga Allah memudahkannya.

Objektifku hanya satu. Ingin menggabungkan sains dengan Islam. Untuk memberi motivasi kepada anak didikku. Moga aku diberi peluang oleh Allah untuk memanfaatkan ilmu kimia yang aku pelajari.

Di saat ini, aku hanya mampu berdoa agar segala yang dirancang dipermudahkan Allah.

Ya Allah, bantulah aku untuk redha atas setiap ketetapanMu.

Thursday, 4 May 2017

T-U-L-I-S







Terkadang aku merasa berdosa
Untuk apa aku menulis…
Untuk duit ke? Atau untuk kepuasan? Atau kerana ingin berkongsi ilmu.
Aku cuba menulis buku
Aku cuba menulis artikel
Aku tetap menulis walapun mungkin keikhlasanku samar-samar
Aku tetap menulis walaupun aku kekeringan idea
Aku tetap menulis walau perasaan malas datang bertandang
Yang pasti aku menulis….

Saturday, 31 December 2016

Cita-citaku....






Saya bukanlah anti wanita bekerja. Tetapi menjadi surirumah itu jauh lebih dekat di hati saya. Saya lebih suka memenuhi keperluan suami dan anak-anak berbanding mengejar wang dan kerjaya. Itu adalah fitrah semua wanita. Setinggi manapun status wanita dalam kerjaya, kepuasannya tetap tidak akan menyamai peranan mereka sebagai ibu dan isteri.

Namun, saya mengakui bahawa amat sukar sebenarnya untuk wanita tidak bekerja. Keadaan ekonomi semasa memang menuntut wanita untuk keluar bekerja. Jadi, untuk ‘meraikan’ situasi ekonomi kali ini, saya akan bekerja. Tapi sebagai apa?.... Sebagai penulis. Saya memilih untuk berkecimpung dalam penulisan kerana ia merupakan minat saya. Penulisan juga boleh dilakukan di rumah. Dengan memilih kerjaya seperti ini, lebih senang untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Itulah niat saya.

Oleh itu, saya sendiri perlu kuat. Perlu berlatih dari sekarang untuk konsisten menulis. Saya juga ingin menulis perkara yang bermanfaat untuk ummah. Saya tidak mahu menulis perkara yang sia-sia. Saya mahukan penulisan yang boleh menjadi pencen qubur saya selepas mati. Saya harap saya boleh melakukannya. Bidznillah.

Hari ini saya terbaca tentang Jodi Picoult. Beliau juga adalah seorang surirumah yang menulis. Saya sangat terinspirasi dengan beliau. Picoult mula menerbitkan karyanya ketika berumur 24 tahun. Kebanyakkan buku yang dihasilkan adalah ketika sibuk membesarkan anak. Ini adalah indikator yang baik buat saya kerana anak-anak bukanlah satu halangan untuk saya menulis. Tetapi saya percaya seorang surirumah yang menulis perlu mempunyai disiplin menulis yang tersendiri untuk berkarya.

Jauh di sudut hati, saya berharap agar saya diberi kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dalam menulis. Menulis adalah kewajipan saya.  Saya perlu berbuat sesuatu sebagai kebaktian saya pada keluarga dan ummah. Moga cita-cita saya ini diredhai Allah.Ameen.

Post terbaru

Trivia birthday Abi