Thursday 21 March 2024

Pengalaman drip iv venofer

 Hai kawan2..lama tak jumpa

Hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku buat drip iv venofer. Untuk pengetahuan  semua, ubat ni doktor akan drip untuk ibu hamil yang ada paras haemoglobin (hb) rendah. Hb terakhir aku 8.8. Sebab tu doktor on venofer.

Ikut jadual, aku kena drip venofer ni 2 kali. Masa dos pertama, memang doktor dah test dose. Doktor bagi sikit dulu untuk test alllergik.masa tu aku tak ada alahan venofer. Jadi doktor bagi dose 400mg. Dos ni diberi ikut anggaran berat badan korang.

Venofer ni rupanya macam air kopi

Habis drip pertama, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masa buat drip nurse akan pantau tekanan darah, jantung bayi dan oksigen dalam badan kita.Masa dos kedua, lain pulak ceritanya.Julat masa kedua-dua dos ni dalam satu minggu.

Masa buat dos kedua, doktor ada masalah sikit nak cari salur darah aku.Halus sangat katanya. Cucuk punya cucuk, tangan kiri aku jadi mangsa seterusnya.

Tapi lepas 2 jam, drip aku tu tersekat.Air tak turun. Doktor pun cucuk kat lengan aku. Salur darah kat situ besar sikit.Ubat pun masuk dengan lancarnya.

Masa tu, aku ada terperasan tangan aku bengkak sikit, tapi aku ingat ke sebab doktor tukar jarum.Jadi aku abaikan.

Sudah je drip, aku nak turun katil. Tiba2,aku rasa sakit sangat kat kaki.Rasa tak boleh nak jejak. Bila buka stokin, mak ai..bengkaknya. kakiku jadi sembap!!

Tangan aku aku pun tiba2 membengkak dengan meriahnya. Bagai dipam-pam. Aku pun adu kat doktor.Semua staff dan doktor bimbang dan panik.

Tangan membengkak dengan jayanya.Kesan alahan ubat.


Terus sorang doktor tu prepare ubat anti allergik untuk aku.Kalau diikutkan aku pun panik juga.First time dalam hidup aku allergik ubat. Tapi aku buat cool je.Tak nak keruhkan keadaan.Hadap je la.

Doktor pun bincang dan buat keputusan untuk masukkan aku ke wad bagi pemantauan. Bahaya katanya. Aku pasrah. Terkial-kial ambik phone call suami. Masa ni nak genggam tangan pun tak boleh. Sebab terlalu bengkak.

Lepas doktor cucuk ubat anti allergik, aku pening2 sikit.Doktor suruh aku baring dulu sementara tunggu ambulans sampai.

Tak lama kemudian, datanglah suami aku dengan anak-anak. Sayu pulak tengok anak2 sambil terfikir, adakah ini pengakhiran hidupku?

Tak lama tu ambulans pun sampai. Aku masuk ambulans diiringi tangisan kecil anakku. Sampai energency department (ED), bengkak masih tak surut.Doktor bagi drip air pulak untuk naikkan tekanan darah aku.

Akhirnya aku pun warded. Sampai ke pagi ni bengkak kat kaki je makin surut. Tanganku masih gedabab. Akhir kata doakan aku ye kawan2. 

Semoga semuanya baik2 sahaja dan aku boleh kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Alia Basirah WM








Saturday 27 January 2024

Hari anugerah untuk kakak

 

Mayra gembira sebab dapat 'mahkota' katanya😂


Alhamdulillah..

Hari ini hari bersejarah buat kakak Mayra. Dapat anugerah celik minda dan anugerah pelajar cemerlang.

Sejujurnya ibu tak letak harapan tinggi pada anak ibu.Sebab ibu tak nak bagi tekanan pada kakak.

Anggaplah pencapaian hari ni sekadar perjalanan hidup kakak.Berjaya bukan bermakna berjaya selamanya.Gagal juga bukan bermakna gagal selamanya. 

Nikmat dan ujian adalah daripada Allah. Tak kiralah kakak berada di atas atau di bawah, selagi ibu hidup, ibu tetap akan menemani anak ibu, no matter what.

Kerana kakak adalah amanah Allah untuk ibu.Akhir kata,tahniah atas kejayaan ini anakku. Doa ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.


Yang menyayangimu,

Ibu😘


Thursday 18 January 2024

Peranan pembaca pruf

 




Assalamualaikum kawan-kawan. Minggu lepas saya ada menghadiri kelas untuk menjadi pembaca pruf. Mari saya kongsikan serba sedikit tentang  peranan pembaca pruf.

1. Pembaca pruf bukan editor

Pembaca pruf adalah penyunting yang menyunting manuskrip bersih.Manuskrip bersih yang dimaksudkan di sini ialah manuskrip yang sudah diperbetulkan kesalahan ejaan, konteks ayat dan sudah mendapat sentuhan illustrasi atau reka letak(designed) yang baik.

2. Keselarasan adalah tugas utama pembaca pruf

Peranan utama pembaca pruf adalah untuk memastikan keselarasan dalam persembahan buku secara fizikal.

Contoh:

Mengenalpasti kesalahan font dan saiz font yang mungkin terjadi semasa penulisan.

Mengesan kesalahan ejaan yang minor

Mengesan kesalahan tanda baca, tatabahasa, istilah dan sebagainya.

3. Pembaca pruf adalah pembantu editor

Pembaca pruf berperanan memberi cadangan penambahbaikan untuk persembahan sesuatu konten.Tetapi segala keputusan akhir adalah tertakluk kepada editor dan penerbit.

4. Pembaca pruf mestilah peka dengan gaya penerbit.

Tidak dinafikan ada sesetengah penerbit masih ingin menggunakan perkataan yang tidak menepati piawaian DBP. Perkara ini tidak salah.Contohnya ada penerbit inginkan perkataan 'syeikh' dieja sebagai 'shaikh'. Jadi pembaca pruf haruslah memastikan semua ejeaan itu dikekalkan menurut kehendak penerbit.


Kesimpulannya, inilah serba sedikit maklumat tentang pembaca pruf yang yang saya peroleh melalui kursus terbabit.Semoga post ini bermanfaat untuk semua

Alia Basirah WM

Proof reader to be