Wednesday 19 August 2020

Ketahui 5 tip mudah memilih buku yang tepat dan seronok dibaca

 

Terlalu banyak pilihan buku kadang-kadang membuatkan kita rambang mata untuk memilih. Lambakan buku di kedai buku atau di pesta buku memaksa kita untuk membuat keputusan yang tepat dalam pemilihan buku. Pemilihan buku yang tepat penting kerana buku bukan sahaja akan mempengaruhi permikiran, malah membantu kita mendapatkan idea bagi karya yang ingin dihasilkan.Jadi, di sini saya akan kongsikan beberapa tip memilih buku:

1.       Objektif memilih buku

Sebelum memilih buku, kenalpasti apakah objektif kita. Apakah genre yang kita mahukan…Adakah buku tersebut adalah untuk mengkaji permikiran penulis?  Atau memang anda perlukan buku itu sebagai rujukan format untuk anda menulis buku? Atau ingin menambah ilmu? Semuanya anda yang tentukan. Penentuan objektif sangat penting agar anda dapat memilih buku yang tepat selari dengan kehendak anda.

2.       Rujuk ulasan buku

Sebelum membeli sesebuah buku, rujuk atau tiliklah dahulu ulasan buku tersebut. Zaman sekarang maklumat boleh diperolehi di hujung jari. Ramai pembaca yang suka berkongsi karya kegemaran mereka di media sosial. Sekiranya ada yang berkenan, usah ragu-ragu.Teruskan membeli atau meminjam buku tersebut.


3.       Perhatikan bacaan orang hebat

 

Kata ulama, “bacalah yang terbaik dari apa yang kamu ada”. Ini menggambarkan bukan semua buku sesuai untuk dibaca. Sasterawan Negara, A Samad Said gemar menjadikan buku yang memenangi anugerah sebagai bahan bacaan beliau. Usahawan beras Malaysia, Hajah Faiza lebih gemar memilih Al-Quran sebagai bacaan di masa lapang. Natijahnya lahirlah usahawan berminda agama. Justeru tirulah’ bacaan’ orang yang hebat untuk menjadi orang yang hebat.

 

4.       Buku malar segar

 

Cubalah membuat tinjauan dalam pasaran tempatan, pasti ada buku yang dibeli dulu, kini dan selamanya. Itulah buku malar segar. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Antara buku malar segar yang popular ialah karya Pak Hamka. Karya yang dihasilkan oleh penulis yang hebat lazimnya mempunyai aura yang tersendiri. Ini merupakan buku pilihan terbaik kerana buku sebegini adalah amat berbaloi untuk dikaji.

 

5.       Adaptasi filem

 

Sesuatu filem yang ditayangkan di layar perak kadang-kadang diinspirasikan oleh penulisan novel. Membaca novel yang diadaptasi menjadi filem akan memberikan satu persepsi baru kepada pembaca. Apatah lagi jika pembaca itu merupakan peminat drama, filem atau rancangan televisyen. Dengan memilih karya tersebut, lebih mudah untuk pembaca memahami sesuatu babak yang ditayangkan. Tetapi juga, jangan terkejut andainya buku yang anda baca jauh lebih seronok berbanding adaptasi filem.

 

Kesimpulannya, memilih buku bukanlah sesuatu yang susah andainya kita memahami objektif di sebalik pemilihan buku itu. Yang penting, kita berjaya memilih buku yang tepat selari dengan keperluan semasa. Tetapi sekiranya tersalah pilih buku itu, janganlah dibuang pula, sebaiknya beri sahaja kepada saya. Ok, gurau. Jangan marah ya!!!๐Ÿ˜


Saturday 27 June 2020

Aku dan bayangan buku pertamaku


Harini dah masuk tahun keenam aku berkecimpung dalam bidang penulisan. Malangnya aku masih gagal menerbitkan buku pertamaku. Walaupun sebenarnya manuskrip pertamaku sudah siap pada 2016, tetapi bila dihantar ke rumah penerbitan, tiada respon hingga kini. Sedih betul.

 Tahun 2017, aku sibuk dengan pekerjaan menulis artikel. Cita-citaku untuk menerbitkan buku tertangguh.Kerjaya guru, perkahwinan yang bertandang dalam hidupku menyebabkan aku hampir lupa akan manuskrip buku itu. ๐Ÿ˜‘

Ditambah pula dengan kehadiran anakanda yang comel, makin tenggelamlah cita-citaku dalam penulisan. Laptop lama yang menyimpan segala suntingan terkini manuskrip itu sudah rosak. Mana tidaknya, hampir 13 tahun laptop itu berjasa pada tuannya. Sangat lama. 

Namun, seiring masa berlalu, minat menulis aku tidak pernah hilang. Ada sahaja catatan baru yang dibuat. Adakalanya diterbitkan, ada kalanya tidak. Ada tulisan yang aku abadikan di Facebook, ada tulisan yang disimpan di dalam Telegram ataupun Whats'Up. Tidak kurang juga yang tertulis di dalam buku semata-mata. 

Duit juga telah banyak dilaburkan demi mengejar cita-citaku sebagai penulis. Bermacam-macam kelas penulisan yang aku hadiri, samada secara langsung atau atas talian. Terbaru, aku mengikuti seminar penulisan Ramadhan 2020 juga secara atas talian.Terlalu banyak ilmu yang aku pelajari dan aku rasa macam nak lakukan semuanya.

 Bila menonton video cara menulis untuk siap, aku rasa nak teruskan suntingan manuskrip terdahulu Bila menonton video cara terbit e-book, aku rasa nak buat e-book
 Bila menonton vedio ajar copywriting, aku rasa nak cari kerja tulis iklan 

Argh...serabutnya. Aku rasa nak buat semua benda, tapi tak mampu. 

Kenapa cepat sangat fokus aku lari?? 

Inilah kelemahan aku...TIDAK FOKUS 

Jadi, malam ni aku cuba tenangkan diri aku. Tujuan aku sebenar ialah untuk menulis buku yang bermanfaat. Aku ingin tinggalkan buku untuk diwariskan kepada anak-anakku. Supaya mereka sendiri dapat baca tulisan aku dan mendapat kebaikan daripadanya. 

Selepas menenangkan diri, ingat balik big why aku menulis, aku skrol Whats'Up.Tertera satu nama "Menulis kisah hidup". Satu Group Whats'Up yang diasaskan oleh Tuan Zamri semasa aku mengikuti kelasnya suatu masa dahulu.Walaupun sudah bertahun-tahun, tak pernah terdetik dihati aku untuk meninggalkan Group penulisan ini. 

Aku lihat balik motivasi yang diberikan dalam Group itu. Semuanya menjurus kepada semangat untuk menghasilkan buku pertama๐Ÿ˜€. Semasa membacanya..aku faham. Segala ilmu yang aku pelajari di seminar penulisan Ramadhan akan ku fokuskan untuk buku pertamaku.Sepenuhnya.Aku harus lakukan.Mesti.

 Jauh di sudut hati Aku berdoa agar Allah memudahkan urusanku, membantu aku FOKUS menulis dan menerbitkan buku yang bermanfaat untuk Ummah. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan daripada Allah. 

Alia Basirah WM