Saya bukanlah anti wanita
bekerja. Tetapi menjadi surirumah itu jauh lebih dekat di hati saya. Saya
lebih suka memenuhi keperluan suami dan anak-anak berbanding mengejar wang dan
kerjaya. Itu adalah fitrah semua wanita. Setinggi manapun status wanita dalam
kerjaya, kepuasannya tetap tidak akan menyamai peranan mereka sebagai ibu dan
isteri.
Namun, saya mengakui bahawa amat
sukar sebenarnya untuk wanita tidak bekerja. Keadaan ekonomi semasa memang
menuntut wanita untuk keluar bekerja. Jadi, untuk ‘meraikan’ situasi ekonomi
kali ini, saya akan bekerja. Tapi sebagai apa?.... Sebagai penulis. Saya memilih
untuk berkecimpung dalam penulisan kerana ia merupakan minat saya. Penulisan
juga boleh dilakukan di rumah. Dengan memilih kerjaya seperti ini, lebih senang
untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Itulah niat saya.
Oleh itu, saya sendiri perlu
kuat. Perlu berlatih dari sekarang untuk konsisten menulis. Saya juga ingin
menulis perkara yang bermanfaat untuk ummah. Saya tidak mahu menulis perkara
yang sia-sia. Saya mahukan penulisan yang boleh menjadi pencen qubur saya
selepas mati. Saya harap saya boleh melakukannya. Bidznillah.
Hari ini saya terbaca tentang
Jodi Picoult. Beliau juga adalah seorang surirumah yang menulis. Saya sangat
terinspirasi dengan beliau. Picoult mula menerbitkan karyanya ketika berumur 24
tahun. Kebanyakkan buku yang dihasilkan adalah ketika sibuk membesarkan anak.
Ini adalah indikator yang baik buat saya kerana anak-anak bukanlah satu
halangan untuk saya menulis. Tetapi saya percaya seorang surirumah yang menulis
perlu mempunyai disiplin menulis yang tersendiri untuk berkarya.
Jauh di sudut hati, saya berharap
agar saya diberi kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dalam menulis. Menulis
adalah kewajipan saya. Saya perlu
berbuat sesuatu sebagai kebaktian saya pada keluarga dan ummah. Moga cita-cita
saya ini diredhai Allah.Ameen.