Lelaki dan perempuan diciptakan
berbeza. Lelaki suka memandang. Perempuan suka dipandang.
Ujian untuk lelaki adalah sukar
untuk menahan pandangan mereka daripada melihat perempuan yang cantik. Ujian
untuk perempuan pula ialah sukar untuk menyembunyikan kecantikannya. Ya..
sangat sukar. Kenapa?
Sebab ia sangat berkaitan dengan hawa nafsu.
Mungkin ada yang kata…
“Arhh..ikut suka aku lah nak letak gambar apa.. ni fb aku, hak aku”
Wahai saudariku, badan kita bukan
hak kita, badan kita ialah hak Allah. Kalau badan kita ni milik kita mestilah
ikut suka kita je nak cabut nyawa bila, betul tak?
Lagipun, bahaya sebenarnya letak
gambar kat laman sosial ni. Nak tahu kenapa…. Sebab penyalahgunaan gambar
berlaku dengan sangat teruk.
Contohnya, sekarang ni, ada
pengasas laman web yang menggunakan gambar untuk mendapatkan duit. Apabila para
pelawat mengklik pada gambar tersebut, mereka akan mendapat duit. Masalahnya,
gambar yang mereka letak adalah gambar-gambar perempuan. Dalam kata lain,
mereka memanipulasikan gambar kita. Kadang-kadang, ada gambar yang diedit
daripada berpakaian kepada tak berpakaian.
Tutup aurat ke...tak tutup aurat ke..semua dia belasah. Sebab itulah
kita kena beringat.
Tetapi jangan kita sangka:
“Takpe.. aku ni takdelah cantik
sangat pun, takkan ade nyer orang edit gambar aku”
Tolong jangan berfikiran macam
tu. Sebenarnya, apabila sekali je kita upload gambar, risiko gambar kita untuk
dicuri, diedit, disalahguna akan menjadi sangat tinggi. Paling kurang pun gambar
kita mungkin telah menjadi pemuas nafsu lelaki tanpa kita sedari. Lebih-lebih
lagi bagi gadis yang suka posing seksi. Nauzubillahi min zalik.
Kalau saudari tak percaya, cuba
baca komen lelaki-lelaki ni bila tengok gambar wanita yang telah disalahguna di laman web tertentu. Komen ini
telah didedahkan oleh seorang blogger muslim di barat. Antaranya ialah:
1. Its
will be pleasure to have her on bed
2. Oh!!
Her back is beautiful
3. Hey,
these chicks are really great!!! Can we have them???? If yes please mail me
4. Wow,
what solid figure she have…
5. Wow,
so big b****s…
Seriously, meremang bulu roma aku
bila baca ni. Tapi inilah realiti. Bayangkan kalau inilah komen lelaki bila
melihat kita, agaknya berapa banyak dosa yang kita dapat dek kerana keghairahan
kita untuk berkongsi gambar di laman sosial. Oleh itu saudariku, jangan
berfikiran pendek.
Cuba check balik niat kita bila upload
gambar. Adakah perkara tersebut penting. Jangan hanya memikirkan keseronokan
semata-mata kerana risikonya adalah maruah diri anda. Bukan diri kita sahaja,
malah maruah keluarga kita. Sudah banyak kes wanita yang diedit gambarnya
menjadi tidak senonoh. Bila dijumpai oleh suaminya, hubungan rumahtangga
menjadi berantakan. Apabila perkara ini terjadi, kepada siapa kita nak
salahkan. Adakah kepada si penyunting gambar?
Tidak…
Kita sendirilah yang harus
menyalahkan diri kita. Kitalah yang menjadi pemula kepada semua ini. Ingatlah
saudariku, kalian adalah perhiasan. Perhiasan seharusnya disimpan di tempat
yang tertutup. Bukan dibiarkan bersepah-sepah di merata tempat. Akhir kata,
moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment