Thursday 21 March 2024

Pengalaman drip iv venofer

 Hai kawan2..lama tak jumpa

Hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku buat drip iv venofer. Untuk pengetahuan  semua, ubat ni doktor akan drip untuk ibu hamil yang ada paras haemoglobin (hb) rendah. Hb terakhir aku 8.8. Sebab tu doktor on venofer.

Ikut jadual, aku kena drip venofer ni 2 kali. Masa dos pertama, memang doktor dah test dose. Doktor bagi sikit dulu untuk test alllergik.masa tu aku tak ada alahan venofer. Jadi doktor bagi dose 400mg. Dos ni diberi ikut anggaran berat badan korang.

Venofer ni rupanya macam air kopi

Habis drip pertama, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masa buat drip nurse akan pantau tekanan darah, jantung bayi dan oksigen dalam badan kita.Masa dos kedua, lain pulak ceritanya.Julat masa kedua-dua dos ni dalam satu minggu.

Masa buat dos kedua, doktor ada masalah sikit nak cari salur darah aku.Halus sangat katanya. Cucuk punya cucuk, tangan kiri aku jadi mangsa seterusnya.

Tapi lepas 2 jam, drip aku tu tersekat.Air tak turun. Doktor pun cucuk kat lengan aku. Salur darah kat situ besar sikit.Ubat pun masuk dengan lancarnya.

Masa tu, aku ada terperasan tangan aku bengkak sikit, tapi aku ingat ke sebab doktor tukar jarum.Jadi aku abaikan.

Sudah je drip, aku nak turun katil. Tiba2,aku rasa sakit sangat kat kaki.Rasa tak boleh nak jejak. Bila buka stokin, mak ai..bengkaknya. kakiku jadi sembap!!

Tangan aku aku pun tiba2 membengkak dengan meriahnya. Bagai dipam-pam. Aku pun adu kat doktor.Semua staff dan doktor bimbang dan panik.

Tangan membengkak dengan jayanya.Kesan alahan ubat.


Terus sorang doktor tu prepare ubat anti allergik untuk aku.Kalau diikutkan aku pun panik juga.First time dalam hidup aku allergik ubat. Tapi aku buat cool je.Tak nak keruhkan keadaan.Hadap je la.

Doktor pun bincang dan buat keputusan untuk masukkan aku ke wad bagi pemantauan. Bahaya katanya. Aku pasrah. Terkial-kial ambik phone call suami. Masa ni nak genggam tangan pun tak boleh. Sebab terlalu bengkak.

Lepas doktor cucuk ubat anti allergik, aku pening2 sikit.Doktor suruh aku baring dulu sementara tunggu ambulans sampai.

Tak lama kemudian, datanglah suami aku dengan anak-anak. Sayu pulak tengok anak2 sambil terfikir, adakah ini pengakhiran hidupku?

Tak lama tu ambulans pun sampai. Aku masuk ambulans diiringi tangisan kecil anakku. Sampai energency department (ED), bengkak masih tak surut.Doktor bagi drip air pulak untuk naikkan tekanan darah aku.

Akhirnya aku pun warded. Sampai ke pagi ni bengkak kat kaki je makin surut. Tanganku masih gedabab. Akhir kata doakan aku ye kawan2. 

Semoga semuanya baik2 sahaja dan aku boleh kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Alia Basirah WM