Saturday 27 January 2024

Hari anugerah untuk kakak

 

Mayra gembira sebab dapat 'mahkota' katanya๐Ÿ˜‚


Alhamdulillah..

Hari ini hari bersejarah buat kakak Mayra. Dapat anugerah celik minda dan anugerah pelajar cemerlang.

Sejujurnya ibu tak letak harapan tinggi pada anak ibu.Sebab ibu tak nak bagi tekanan pada kakak.

Anggaplah pencapaian hari ni sekadar perjalanan hidup kakak.Berjaya bukan bermakna berjaya selamanya.Gagal juga bukan bermakna gagal selamanya. 

Nikmat dan ujian adalah daripada Allah. Tak kiralah kakak berada di atas atau di bawah, selagi ibu hidup, ibu tetap akan menemani anak ibu, no matter what.

Kerana kakak adalah amanah Allah untuk ibu.Akhir kata,tahniah atas kejayaan ini anakku. Doa ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.


Yang menyayangimu,

Ibu๐Ÿ˜˜


Thursday 18 January 2024

Peranan pembaca pruf

 




Assalamualaikum kawan-kawan. Minggu lepas saya ada menghadiri kelas untuk menjadi pembaca pruf. Mari saya kongsikan serba sedikit tentang  peranan pembaca pruf.

1. Pembaca pruf bukan editor

Pembaca pruf adalah penyunting yang menyunting manuskrip bersih.Manuskrip bersih yang dimaksudkan di sini ialah manuskrip yang sudah diperbetulkan kesalahan ejaan, konteks ayat dan sudah mendapat sentuhan illustrasi atau reka letak(designed) yang baik.

2. Keselarasan adalah tugas utama pembaca pruf

Peranan utama pembaca pruf adalah untuk memastikan keselarasan dalam persembahan buku secara fizikal.

Contoh:

Mengenalpasti kesalahan font dan saiz font yang mungkin terjadi semasa penulisan.

Mengesan kesalahan ejaan yang minor

Mengesan kesalahan tanda baca, tatabahasa, istilah dan sebagainya.

3. Pembaca pruf adalah pembantu editor

Pembaca pruf berperanan memberi cadangan penambahbaikan untuk persembahan sesuatu konten.Tetapi segala keputusan akhir adalah tertakluk kepada editor dan penerbit.

4. Pembaca pruf mestilah peka dengan gaya penerbit.

Tidak dinafikan ada sesetengah penerbit masih ingin menggunakan perkataan yang tidak menepati piawaian DBP. Perkara ini tidak salah.Contohnya ada penerbit inginkan perkataan 'syeikh' dieja sebagai 'shaikh'. Jadi pembaca pruf haruslah memastikan semua ejeaan itu dikekalkan menurut kehendak penerbit.


Kesimpulannya, inilah serba sedikit maklumat tentang pembaca pruf yang yang saya peroleh melalui kursus terbabit.Semoga post ini bermanfaat untuk semua

Alia Basirah WM

Proof reader to be


Sunday 17 December 2023

My daughter turn 5

Gigih abi dan ayahchik buat persediaan

3 butir kek untuk birthday Mayra dan Luth




2 ketul kesayangan ibu

Banyak pulok hadiah birthday kali ni.Alhamdulillah.



Post ceremony 

Semoga Mayra berjaya dunia akhirat, dan sentiasa dipayungi rahmat yang Maha Esa

 

Senyum seorang Shahida





Sejak akhir-akhir ni aku rasa stress.Tak pasti kenapa.Mungkin banyak sangat hooked dengan social media.

Jadi, aku ambik inisiatif baru.Buat balik mutabaah amal yang dah lama aku tinggalkan.

Sebolehnya aku tak naklah jadi hamba Allah yang lalai.Allahu.

Lupa nak cakap.Semalam ada sebuah buku sampai.Tajuknya Senyum Seorang Syahida.Ada orang nak letgo buku tu.Jadi aku hanya bayar kos pos je lah.

Terkesan jugaklah bila aku baca buku tu petang semalam.Buku yang mengisahkan seorang akhawat yang memang berjuang untuk mati syahid dan arwah 'dapat' syahid tu.

Arwah meninggal dalam kemalangan ketika perjalanan ke program dakwah.Subhanallah.

Jenazahnya pun wangi.Dengar kata, darahnya masih mengalir segar walau sudah dikafankan.

Aku??? Bila baca buku tu, terasa sangat kerdil diri ini.Rasa takut lagi dengan mati.Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.

Dah tiba masanya untuk aku pun buat turning poin dalam hidup aku untuk berjuang di jalan Allah, dan syahid di jalanNya.Doakan aku guys.

Saturday 9 December 2023

Si penjual cadar yang tersesat

 




Dulu, masa awal-awal tahun, bukan main aku azam nak jadi penjual cadar.

Tapi, bila masuk je Oktober tahun ni, aku dah tak post pasal cadar sebab aku asyik fokus pada isu Palestin sahaja.

Suami aku pun perasan benda ni.Cuma sekarang kan aku tengah mengandung.Dia bimbang sangat aku ni asyik doakan orang palestin je, takut2, tak sempat doakan anak sendiri.Huhu.

Sebagai ibu mesti kita akan doakan anak kita, no matter what.Tapi tak salah pun kan, kita niatkan segala perjuangan kita membantu Palestin ni, auranya ada impak pada bayi dalam kandungan ni.

Begitulah.Aku niatkan biarlah setiap anak yang lahir dari rahimku Ya Allah, akan menjadi pejuang agamamu.

Back to my role as penjual cadar.Semoga aku bisa mencari jalan pulang,๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€



Tuesday 5 December 2023

New routine started

 





Today, I was in clinic. Checking my third pregnancy for my first time.

Alhamdulillah, today is not busy. But, its quite ackward for me to start my new routine.. Haha.

This third pregnancy come without planning.. Haha. Its happen sudden since im having no longer menstrual period.

But its okay. I trust Allah for this faith. You plan, I plan, but indeed Allah's plan is the best. Just chill and enjoy thia journey. 


Monday 4 December 2023

Dunia hari ini

 


Aku buntu. Palestin diserang kaw-kaw oleh Israel. Tapi dunia tidak berbuat apa-apa.

Manakala Coldplay, band yang mengangkat suara LGBT, dibenarkan berkonsert di Malaysia kerana mereka dikatakan pro Palestin. 

Artis muslim yang berkahwin di negara seberang dengan seronoknya mempromosikan gaya hidup barat ketika menyambut pernikahannya. Lupa halal haram. Janji bahagia. 

Dengar kata ada pesta red bik*ni nak diadakan di Malaysia malam ni. Puas dah kita membantah, tapi masih belum ada kenyataan rasmi untuk membatalkan program ini.

Di media sosial pula, diviralkan anak artis yang menari-nari sampai nak terlondeh baju. Ini je ke level mindset orang kita?? 

Allahu, dunia apa yang bakal ku wariskan untuk anak-anakku. Bantu kami ya Allah

Fallahu khairon hafizho, wa huwa arhamu arroohimin


Palestin di hati

 



Ya Allah, sungguh aku sangat berduka dengan saudaraku yang berada di Palestin.

Wahai saudaraku di Palestin, maafkan kami kerana tidak dapat membantu mu di saat-saat genting dalam hidupmu.

Tika kamu dibunuh beramai-ramai, langkah kami masih longlai, kaku, tidak mampu berbuat apa-apa.

Jujurnya kami amat kecewa dengan diri kami. Tapi ketahuilah saudaraku, doa kami sentiasa mengiringi kalian. 

Hati kami merasai penderitaan itu. Sungguh, kalian sangat kuat walau dicengkam sejuta penderitaan. 

Iman kalian sangat luar biasa hingga menjadi inspirasi buat saudara baru untuk mengenal Islam.

Subhanallah. Hasbunallah nikmalwakeel. 

Tuesday 6 June 2023

Ketagihan pornografi: Bagaimana nak dapatkan terapist?

 Hi guys. Sekarang ni aku banyak buat vedio isu kesedaran pornografi kat tik tok.

Doakan aku istiqomah untuk buat amar makruf nahi mungkar. 

Moga Allah berkati usaha ini๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ






Monday 23 January 2023

Hidupku sebagai ibu (1)

 



                                 #Masa

Mayra:Ibu, jom Ejen Ali, pukul enam, pukul setengah

Ibu tengok jam, memang tepat pukul 6:30pm๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Okay..Luluslah anak ibu tengok jam


                                #Madu

Mayra batuk masa duduk rumah tokma. Ibu pun bagi dia makan madu.Sejam kemudian...

Mayra:Ibu, yang Mayra makan tadi tu..ubat lebah ke?

Ibu:Ya... orang panggil madu

Mayra:Owh..madu...

Ibu: Madu manis tak Mayra?

Mayra: Ermm..tak rasa.Tak sedap ibu.. Ibu, bagilah balik madu tu kat lebah..kesian dia

Ibu:๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Wednesday 18 January 2023

Pulaukan selagi boleh


 Sebab apa kita kena pulaukan filem berunsurkan soft porn ni?


Sebab dah banyak aduan aku terima, yang budak-budak ketagih porn ni, diorang kebanyakannya bermula dengan movie.


Babak panas dalam movie ni, walaupun durasi dia tak lama, tapi itulah yang triggered diorang nak tengok, dan tengok lagi. Akhirnya terjebak dekat website tak senonoh.


Terutamanya budak2 kat IPT. Sebab diorang ni memang banyak masa free.Lagi satu budaya kongsi-kongsi movie ni memang tradisi turun- temurun budak-budak IPT.


Jadi, ibu ayah yang ada anak-anak kat IPT tu, sesekali luangkan masa buat spotcheck kat laptop, tengok filem apa yang diorang tengok.Then review balik kat internet pasal filem tu.


Macam mana nak tahu konten filem tu baik ke tidak, korang google tajuk filem dan taip parents guide.Contohnya, 


Tajuk filem:The Incredible


korang taip "The Incredible parents guide"


Kat situ ada detail pasal filem tu.Bolehlah check2, kot-kot lah ada unsur nudity ke apa..Camtulah..Boleh explore sendiri.


Walaupun anak kita dah besar, baik alim pijak semut tak mati pun, sebagai parents, tanggungjawab mencakna hal ehwal anak kena terus dijalankan. 


Filem2 berunsur lucah ni banyak sangat kat mainstream.Netflix jangan cakaplah.Jadi, jagalah selagi boleh jaga.Semoga anak-anak kita dihindarkan dari pengaruh filem-filem yang kotor dan keji itu.


Alia Basirah WM

Saling mengingatkan

Saturday 14 January 2023

Kenangan Perpustakaan

 



Alhamdulillah, hari ini berpeluang gi (rumahstaka) ๐Ÿ˜…~ bak kata mayra. Seronok sangat pustaka kerteh ni. Pasti ada aktiviti setiap hujung minggu. 

Dari dulu lagi aku berniat nak biasakan anak aku dengan pustaka. Biar wujud budaya ilmu dalam jiwa mereka. 

Selepas buat aktiviti, aku akan selitkan juga sesi membaca dengan Mayra. Seronok bila tengok anak teruja membaca. 

Aufa pula aku biarkan dia berbonding time dengan Abi. Haha. Terima kasih juga untuk abi yang cadangkan gi pustaka hujung minggu ni๐Ÿ˜˜

Semoga budaya cintakan ilmu sentiasa subur dalam keluargaku

Alia Basirah WM

Masih berjuang menjadi ibu yang baik



Friday 13 January 2023

When adrenaline hit my heart❤️

 

Gambar sekadar hiasan


Jujurnya aku pun tak paham kenapa aku try hard sangat jual cadar ni.

Macam ada adrenaline yang menghentak-hentak jantungku setiap kali aku post pasal cadar๐Ÿ˜…

Tak pernah aku rasa excited macam ni bila nak menjual sesuatu barang.

Semangat tu lain maciam

Adakah seseorang telah mendoaku dalam diam๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Entahlah.. By the way, aku nak declare sikit yang aku ni adalah dropshipper cadar untuk

๐ŸŒณ Just klik collection

๐ŸŒณ Syaqist