Alhamdulillah
.
Hari ini sangat bahagia bila boleh menyumbang kepada
kebahagiaan rakan-rakan seperjuangan. Hari ini aku dan sahabatku Farahana Salim
dengan izin Allah telah berjaya mengendalikan
program explorace yang dihadiri 20
lebih peserta. Pada pagi ini aku sepatutnya pergi ke pusat sukan dengan
sahabatku Zaharah, Tapi entah bagaimana keretanya tiba-tiba rosak dan kami harus
menaiki bas untuk ke sana. Sampai di pusat sukan kelihatan peserta melaporkan
diri. Ketika peserta makan aku memberi
sedikit maklumat untuk
fasilitator bagi membincangkan strategi dan sedikit
pencerahan untuk tugasan masing-masing.
Aku memulakan eksporace kali ini dengan aktiviti taaruf di
mana aku mengedarkan kotak beracun yang
mengandungi soalan. Semasa muzik
dimainkan kotak beracun itu akan dilegarkan. Semasa muzik berhenti peserta yang
memperolehinya akan memperkenalkan diri (nama, umur dan jurusan), serta
menjawab soalan-soalan tertentu:
Contoh :
Ø
Bagaimana pokok mengingatkan anda tentang kebesaran
Allah?
Ø
Mengapa anda harus mengagumi bapa anda?
Sebelum
aktiviti bermula Aku meminta Ukhti Husma untuk mengendalikan aktiviti
memanaskan badan. Kemudiannya aku membahagikan mereka kepada beberapa
kumpulan.Bagi mencipta sesuatu yang lebih menarik peserta yang ingin mencari
ahli kumpulan harus membuat bunyi seperti bunyi itik, bayi menangis, kucing dan
sebagainya.
Peserta juga
harus mengenalpasti checkpoint berdasarkan
trademark yang diberikan oleh
fasilitator
Contohnya:
- Hang Tuah [Takkan Melayu Hilang di dunia]
- Cinderella [Fasilitator berlakon dengan berpura-pura melihat jam dan berlari-lari sambil tertinggal sebelah kasut]
- Buzzlightyear [To infinity and beyond]
- Al-Ankabut [Buat gaya spiderman mengeluarkan tali putih untuk bergayut]
- Sumaiyyah[Nyanyikan bait-bait lagu Sumaiyyah, padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu..]
- Tunku Abdul Rahman [Merdeka 3x]
Inilah dia Buzzlightyear, tapi ramai akhawat tak tau..hikhik... |
Checkpoint pertama:
Menghafal Hadis 15
Oleh kerana explorace kali ini adalah untuk menyuburkan
iman, jadi kami selitkan tugasan untuk menghafal hadis pendek kepada setiap
peserta. Dengan ini, peserta mampu mendapatkan ibrah atau sedikit tauladan walaupun
dalam keadaan yang sangat santai
Checkpoint kedua:
Bulatan gembira
Peserta diberi sekeping kertas A4 yang telah dipotong dua.
Kemudian mereka diminta membentuk satu bulatan daripada kertas tersebut dan
masuk ke dalam bulatan itu.Ini berdasarkan kreativiti peserta tersebut
Chekpoint ketiga: Tali skipping
Yang ni agak senang kerana peserta harus melompat menggunakan
tali skipping 20 kali tanpa henti
Checkpoint keempat: Suapan
kreatif
Untuk cabaran ini, peserta perlu memakan snek yang dibungkus
tapi hanya perlu menggunakan satu tangan sahaja untuk membuka dan menikmati
makanan tersebut. Kemudian peserta juga diminta menghabiskan air kopi yang sangat pahit dalam kiraan
tertentu.
Checkpoint kelima:
Teka kata
Permainan ini memerlukan daya permikiran yang tinggi di mana
fasilitator akan bertanyakan soalan tertentu tetapi jawapan yang diberikan oleh
peserta mestilah serentak pada masa yang sama. Mereka perlu menjawab
sekurang-kurangnya lima soalan dengan tepat
Contoh:
Fasilitator: Buah apakah yang bermula dengan huruf P.
Kemudian memberikan 10 saat untuk peserta berfikir
Peserta : A:Pisang!!!,
B: Pear…maka jawapan ini tidak boleh diterima kerana ia tidak sama
Peserta : A dan B menjawab pisang!! Maka mereka berjaya
Checkpoint keenam:
Carry the love
Permainan ini memerlukan bahan seperti pen, benang dan botol
plastik di mana peserta perlu mengikat pen dengan benang tanpa menyentuh pen
tersebut dan memasukkannya ke dalam botol. Kemudian botol itu perlu dibawa ke
tempat-tempat tertentu.
Aku bersyukur kerana peserta dapat mengikuti program ini
dengan baik dan ianya berjalan lancar. Tiada masalah langsung. Dan sudah
tentulah ini merupakan pertolongan dan rahmat daripada Allah. Tiada langsung
perasaan stress semasa melakukan aktiviti ini. Malas stress hilang selepas melihat peserta tersenyum kegembiraan
sepanjang aktiviti ini.
Akhir kata sekadar panduan untuk sesiapa yang ingin menganjurkan
aktiviti eksplorace untuk mengeratkan
lagi ukhuwah sesama kita. Semoga bermanfaat.