Tuesday 2 December 2014

Lihatlah dengan mata hati




Semasa merayau-rayau di sebuah padang pasir yang gersang, seorang pemuda terjumpa mata air yang sangat jernih dan lazat. Air yang manis itu diisi ke dalam bekas yang diperbuat daripada kulit untuk dibawa balik kepada gurunya.

Selepas empat hari perjalanan, pelajar itu bertemu gurunya dan memberikan air yang lazat tersebut kepada guru itu. Guru itu meminum air itu dan sangat menikmatinya. Beliau sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pelajarnya itu kerana memberi peluang kepadanya untuk menikmati minuman lazat tersebut.

Kemudian, pelajar tersebut meminum air tersebut. Puih!! Dia meludah. “Rasanya sungguh teruk. Air ini dah menjadi basi kerana bekas kulit yang lama itu”

Pelajar tesebut sangsi dengan gurunya lalu berkata: “Guru, air itu dah basi, kenapa guru berpura-pura sukakannya?”

Gurunya berkata, “Kamu hanya merasai air tersebut, tetapi saya menikmatinya sebagai hadiah” Air di dalam bekas tersebut adalah tanda kasih sayang kamu dan tidak ada yang lebih manis dari itu.”!!

Moral

Mungkin kita akan lebih memahami cerita ini sekiranya kita pernah menerima hadiah daripada kanak-kanak. Biarpun hadiah itu mungkin gumpalan kertas yang diconteng atau origami kapal yang berkeronyok, respons terbaik adalah untuk kita menghargai perkara tersebut kerana idea yang terdapat dalam hadiah tersebut. Malangnya kebanyakkan kita pada hari ini menilai sesuatu pemberian dengan berdasarkan mata kasar semata-mata tanpa melihatnya dengan mata hati (perasaan). Kita sepatutnya mendidik diri kita dan kanak-kanak untuk menghayati keindahan sesuatu pemberian dan mengungkapkan rasa syukur terhadapnya. Akhirnya barulah hadiah dari hati akan terkesan di hati!!

No comments:

Post a Comment