Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Saturday, 27 December 2025

Pencapaianku untuk 2025





Alhamdulillah..untuk tahun 2025 banyak perubahan yang aku alami. Terutamanya selepas aku kurangkan masa layari media sosial.

1. Resume

Ya..setelah berkurun-kurun lamanya, akhirnya aku berjaya perbaharui resume aku. 

Aku pilih Canva untuk cantikkan resume. Semua perihal penulisan, rekod dan pencapaianku dalam pertandingan menulis aku masukkan dalam resume. Misi aku sekarang adalah untuk menjadi penulis upahan.

2. Artikel

Antara pencapaian terbaikku adalah aku berjaya tulis artikel. Artikel aku bukan janaan AI ya...

Aku target untuk hantarkan artikel itu dengan resume suntingan terbaru ku. Mana tahu aku boleh dilantik menjadi penulis tetap untuk penerbit tu.Huhu..

Teringat momen zaman bujang, dengan tulis artikel inilah aku buat duit.

3. Servis menulis surat

Aku mula terbit idea nak buat servis ini setelah aku banyak tolong bapa mentuaku tulis surat.

Bapa mentua ku itu setiausaha JPKK kampung. Banyak surat yang dia kena hantar kepada agensi kerajaan. Objektifnya untuk kebajikan orang kampung.

Contohnya kena tulis surat untuk minta peruntukan baiki jalan, renovasi tandas masjid dan buat program untuk anak muda.

Setakat ni, aku buat hebahan secara umum dahulu. Harap-harap, suatu hari nanti adalah rezeki untuk aku dapat jana duit daripada servis ini.

4. Penulis upahan

Dan perkara paling baharu dalam hidup aku selepas aku fokus kepada kerjaya penulisan ialah ada orang nak upah aku menulis.Oh..gembira sungguh hati ini.

Ini satu pengalaman baru untuk aku. Mengambil upah menulis ebook pasti ada cabarannya.Tetapi aku yakin, hanya dengan cabaran, pasti ada 'grow'.

Alhamdulillah untuk 2025 Semoga tahun 2026 aku boleh terbitkan buku baharu kepada pembaca buku.

Alia Basirah WM
Terus berkarya

No comments:

Post a Comment

Post terbaru

Pencapaianku untuk 2025