Alhamdulillah..semalam aku diberi peluang
untuk menonton suatu rancangan di tv al-hijrah. Aku tidak mengingati tajuk
programnya Tetapi berkisarkan
penyampaian daripada seorang imuwan terulung, Dr Zakir Naik. Semalam beliau
berceramah tentang penyelarasan matlamat (Goal setting). Sangat menarik kerana
ada kaitannya dengan tesis aku
Dr Zakir Naik memperkenalkan formula baru tentang matlamat
menggunakan Kaedah pneumonic
Iaitu:
I-S-L-A-M-I-C
di mana
I = Islamic (berteraskan Allah dan Rasulnya)
S- Specific (Spesifik)
L- Lucrative(Menguntungkan)
A-Appropriate (sesuai)
M- Measurable
I-Intention
C-Consistency
Islamik
Dr Zakir mengatakan matlamat yang dibuat mestilah islamik.
Dalam kata lain ia memenuhi kriteria dalam syariah Islam selari dengan Quran
dan Hadis. Ianya juga merupakan perkara asas dalam penentuan matlamat. Jika
matlamat tidak selari dengan kehendak islam maka sia-sialah usaha orang yang
bekerja keras terhadap perkara tersebut.Seperti mana yang disebut dalam quran:
Katakanlah Muhammad apakah perlu kami memberitahumu tentang
orang yang paling rugi perbuatannya.Yaitu orang yang sia-sia perbuatannya di
dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah
orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka[Al-Kahfi, 103-105]
.Oleh itu sebelum apa yang diperolehi tidak menjadi sia-sia,
eloklah kita menilai kembali sasaran yang telah dibuat agar selari dengan
kehendak syarak
Spesifik
Seorang guru membawa anak-anak muridnya ke hutan. Hari ini,
mereka akan belajar memanah. Guru berkata kepada mereka untuk memanah seekor
burung di atas dahan.Guru tersebut menyuruh murid-muridnya bersedia. Beliau pun
bertanya setiap seorang apa yang mereka nampak?
Murid 1: Saya
melihat pokok-pokok yang tinggi dan burung-burung berterbangan memenuhi segenap
hutan belantara ini
Murid 2: Saya
melihat seekor burung sedang hinggap di atas dahan
Murid 3: Saya
melihat mata burung
Guru itu pun menyuruh anak-muridnya melepaskan panah
masing-masing. Boleh pembaca sekalian meneka siapa yang berjaya memanah burung
tersebut…
Murid 3!!! Ya.. tepat sekali. Kerana apa dia berjaya. Kerana
beliau sangat spesifik. Terus fokus pada mata burung tersebut. Akhirnya dia
berjaya.
Seperti itulah kita..harus fokus. Supaya tidak tersasar jauh
dari matlamat sebenar.
Lucrative
(Menguntungkan)
Matlamat yang dibuat juga
perlulah menguntungkan kehidupan dunia dan akhirat. Sekiranya matlamat yang
ingin dicapai memudaratkan kita, apa gunanya kita berkorban untuk menggapai
matlamat tersebut. Tiba-tiba aku teringat sebuah program realiti fear factor.
Sebuah rancangan yang benar-benar menguji kemampuan seseorang untuk
memenangi duit satu juta. Antara cabaran
yang harus dilakukan ialah memakan telur ayam mentah yang berusia lebih 100 tahun.
Bukankah itu boleh memudaratkan dan tidak menguntungkan. Barangkali telur
tersebut mengandungi toksin berbahaya yang akan memudaratkan kesihatan. Pada
saya adalah tidak berbaloi untuk menyantap telur mentah berusia 100 tahun
semata-mata wang satu juta. Oleh itu, sila berfikir dahulu sebelum melakukan
sesuatu perkara. Jika tiada keuntungan untuk dunia dan akhirat, berdoalah agar
Allah menunjukkan sesuatu yang lebih baik untuk kita
Appropriate (Sesuai)
Ciptalah matlamat yang berpadanan
dengan kesesuaian dan kemampuan kita. Contohnya adakah kita tegar untuk
menyambung pelajaran di luar negara sedangkan ibu bapa kita kurang sihat dan
memerlukan perhatian kita. Dalam konteks ini, walaupun tujuan anda ingin
belajar di luar negara merupakan perkara yang baik tetapi berbuat baik kepada
ibu bapa itu adalah lebih utama di sisi Allah Taala.Oleh itu, selaraskanlah
matlamat supaya ianya bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa
Measurable (Mampu
dicapai)
Matlamat yang ingin dicapai biarlah bersesuaian dan
berpadanan dengan kemampuan kita. Bak kata pepatah jika kail panjang sejengkal,
lautan yang dalam usah diduga.
I-Intention
Dalam hadis satu ada menyebutkan bahawa, Sesungguhnya amalan
itu didasari oleh niat. Dan seseorang akan dapat apa yang dia niatkan.
C-Consistency
Ertinya segala usaha ke arah kebaikan mesti dilakukan secara
penuh konsisten atau istiqomah. Bahkan Allah menyukai ibadah hambanya yang
sedikit tetapi berterusan berbanding ibadah yang banyak tetapi dibuat pada masa
–masa tertentu sahaja.
Itu sahaja perkongsian setakat ini…. tata