Sunday 18 December 2022

Nasi goreng cinta

 

Nasi goreng cinta dimasak dengan penuh kasih sayang oleh suamiku


Dalam rumahtangga, antara kelemahan ketara aku adalah kurang pandai masak.๐Ÿ˜‚Banyak lagi nak kena improve.

Kesian betul suami aku.Bakat aku dan suami bab2 masak ni umpama langit dan bumi.

Suami aku pulak memang suka menggembirakan orang dengan jamu makanan sedap2. Thats the way he express his love๐Ÿงก

Aku pulak masih berjuang nak cari kepuasan dalam memasak. Sebenarnya, aku sejenis tak beriya sangat bab makan ni.Bagi aku yang penting dapat hilangkan lapar je.

Sedap atau tak sedap, tu nombor dua.Tapi kalau boleh makan sedap, itu dah satu bonus buat aku.Cenggitulah.

Suami aku ni, selera makan dia level kayangan.So, nak tak nak aku kena cuba untuk baiki aku untuk bersungguh-sungguh lagi bab memasak sedap ni.Doakan aku ya๐Ÿ˜˜


Monday 12 December 2022

Aku Penjual cadar

 



Tak tahu kenapa..tiba-tiba aku dapat ilham.nak jual cadar.Bukan apa, mungkin bila aku tertengok status kawan aku, aku jadi berminat.

Walaupun tak terbeli, tapi rasa suka tengok benda yang cantik2. Cadar ni ada peminatnya yang tersendiri. Untuk permulaan aku tak target nak kejar sale pun.

Tapi lebih kepada nak jadi konsisten sebagai penjual. Kalau boleh nak post gambar cadar setiap hari.Kalau tak terbuat juga, aku share la apa2 info, asalkan berkaitan dengan cadar

Berniaga kali ini banyak mengubah persepsi aku.Tak semestinya bila berniaga kita akan abaikan anak2. Dulu aku fikir, kalau berniaga mesti kena asyik main fon je.

Aku cuba ubah mindset aku. Yang penting aku tahu cara urus masa.Baru kerja rumah dan anak2 tak terabai walaupun berniaga online.

Setakat ni, aku suka dengan apa yang aku suka buat. Jual benda cantik ni, kau post je lah.Kalau orang tak beli, at least boleh cuci mata. Orang perempuan ni, tengok benda cantik pun, dah rasa suka.

Lagi satu yang aku suka pasal jual cadar ni.Dia punya marketing tak payah guna model bagai.Hanya guna cadar je.

Jadi, dalam status tu tak adalah gambar wanita free hair ke..Jadi aku suka. Aku percaya pada rezeki Allah. Semoga Allah memberkati perniagaan ini.

Wednesday 7 December 2022

Aplikasi 'baca artikel dapat duit'

 



Ok..hari ni aku mengaku..aku curang.Ingat ke.. bolehlah menahan diri dari bukak FB, tapi tak tahan dah.๐Ÿ˜‚

Sebab curious sangat nak tahu pasal politik..Haha..Anyway ada benda baru yang aku nak kongsi dengan korang.

Masa aku ber'puasa' FB haritu..digital detox lah..(kononnya)..aku ada buat carian cara nak dapatkan duit.

Aku buat carian sampailah aku jumpa blog ni, dia kongsi pasal boleh cari duit dengan baca artikel je.๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ

Aku pun apa lagi. Membaca ni benda aku suka kot. Aku pun download lah apps tu.CashZine nama dia



Dalam apps tu, kita kena baca artikel yang dicadangkan. Satu artikel korang akan dapat lebih kurang 21 koin.Koin ni lah akan ditukar menjadi duit nanti.๐Ÿค‘๐Ÿค‘

Tapi..nak cukupkan koin sampai dapat duit bukannya senang. Hatta kalau kau nak dapat RM 1 pun..kena ada at least 16,000 koin.

Di samping membaca, ada jugak benda lain yang boleh tambahkan koin.Antaranya main game. Tapi..secara peribadi, aku tak minat dengan main game dapat duit ni.

Dan bagi aku apps ni melalaikan.Dahlah lambat nak cukupkan koin.Lepas tu banyak sangat bacaan lucah yang boleh diakses dekat bahagian free novel.

Grafik apps ni pun aku tak berkenan. Dengan gambar cover free novel tak senonohnya..Dan naik pulak popup game tu. Banyak distraction lah kalau korang nak membaca artikel.

For me..Its a big big big no.Bahaya wehh.๐Ÿค’

Lepas tu aku ada explore sikit pasal apps BuzzBreak.Sama juga macam cash zine.Tapi Apps ni okay sikit.




Lebih kemas.Banyak artikel menarik dan ada juga vedio bermanfaat.In case mata korang dah juling bila banyak membaca, bolehlah layan kejap vedio2 yang ada untuk tambah koin.

Tapi nak dapatkan koin pun makan masa jugak. Sebab kat apps ni, satu artikel baru dapat 10 coin. Nak capai 15,0000 coin tu berjanggut agaknya.

Lagipun 15 ribu poin tu kalau nak cash out, baru 60 sen.Haha..korang fikir sendirilah berbaloi ke tak.๐Ÿ˜ช

Tapi ada je tawaran main game dan jawab survey untuk tambah koin. In case korang berminat, tak apalah.Boleh teruskan..

Sebenarnya bila aku tengok dan explore apps ni kan..aku rasa susahnya nak dapatkan duit walaupun nampak macam senang.

Satu pengajaran yang aku dapat, betapa pemurahnya Allah pada kita. Baca satu huruf al-quran pun dapat pahala.๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡Macam mana kalau pahala tu ditukarkan pada duit. Mak ooi..Kaya kita.

Kalaulah membaca artikel kat Buzzbreak tu, kita diganjarkan koin berdasarkan huruf..bangkrap depa ni..Haha..

Tapi itulah..Allah maha pemurah.Segala rezeki benar2 datang DariNya. Justeru, dalam kita ghairah mengejar kekayaan, jangan dilupa Sang Maha Kaya yang telah memberikan kita segala-galanya.

Alhamdulillah ala kulli hal

๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹

Saturday 3 December 2022

Politik Malaysia

Siapa aku nak bercakap pasal politik. Aku bercakap bukanlah atas kapasiti sebagai penganalisis politik tetapi lebih kepada kesedaran aku sebagai rakyat marhaen

Korang dah tengok ke barisan kabinet Baharu Anwar Ibrahim tu?๐Ÿ˜š

Mesti ramai yang tak boleh terima bila Zahid Hamidi ni jadi TPM. Kata nak bawa Malaysia jadi negara berintegriti, bebas rasuah.Tapi..ambik jugak kluster mahkamah jadi menteri.๐Ÿ˜ช

Entahlah..Percaturan politik Malaysia bukan sahaja memeningkan ๐Ÿ™ƒ๐Ÿ™ƒmalah menyakitkan hati

Tapi aku yakin ada kejutan kot 19 disember nanti..Wait and see๐Ÿฟ๐Ÿฟ