Monday 12 December 2022

Aku Penjual cadar

 



Tak tahu kenapa..tiba-tiba aku dapat ilham.nak jual cadar.Bukan apa, mungkin bila aku tertengok status kawan aku, aku jadi berminat.

Walaupun tak terbeli, tapi rasa suka tengok benda yang cantik2. Cadar ni ada peminatnya yang tersendiri. Untuk permulaan aku tak target nak kejar sale pun.

Tapi lebih kepada nak jadi konsisten sebagai penjual. Kalau boleh nak post gambar cadar setiap hari.Kalau tak terbuat juga, aku share la apa2 info, asalkan berkaitan dengan cadar

Berniaga kali ini banyak mengubah persepsi aku.Tak semestinya bila berniaga kita akan abaikan anak2. Dulu aku fikir, kalau berniaga mesti kena asyik main fon je.

Aku cuba ubah mindset aku. Yang penting aku tahu cara urus masa.Baru kerja rumah dan anak2 tak terabai walaupun berniaga online.

Setakat ni, aku suka dengan apa yang aku suka buat. Jual benda cantik ni, kau post je lah.Kalau orang tak beli, at least boleh cuci mata. Orang perempuan ni, tengok benda cantik pun, dah rasa suka.

Lagi satu yang aku suka pasal jual cadar ni.Dia punya marketing tak payah guna model bagai.Hanya guna cadar je.

Jadi, dalam status tu tak adalah gambar wanita free hair ke..Jadi aku suka. Aku percaya pada rezeki Allah. Semoga Allah memberkati perniagaan ini.

No comments:

Post a Comment