Saturday 10 October 2015

Kenapa Chegu Kimmia??

Ini Jawapannya. Simple.








Dunia penulisanku [Yang ni best]


Kawan-kawan....

Nak dengar cerita tak??

suatu hari Editor majalah Solusi telefon

Editor: Cik, artikel yang cik hantar tu akan diterbitkan majalah solusi

Aku: Ha??...Yeke? Artikel yang mana satu..

Editor: Yang Bapa CEO, Ibu COO

Aku: Alhamdulillah

Editor: Nanti bagilah nombor akaun cik ye, untuk duit royalti

Aku: Ok!!

Alhamdulillah, hari itu hidupku terasa amat bahagia sekali.Walaupun sampai hari ini aku tak tahu berapa banyak duit yang aku dapat, tapi  aku terasa kenikmatan menulis. Terasa puas apabila tulisan kita akhirnya diterbitkan dalam majalah solusi.Satu majalah agama yang sangat ilmiah dan popular di Malaysia. Jauh di sudut hati aku mengharapkan ianya akan menjadi manfaat yang besar kepada para pembaca.Jadi, sudi-sudilah laburkan duit untuk beli majalah ni tau.Artikelku ada pada mukasurat 80 [Sumbangsih]. Baca jangan tak baca!

Inilah majalahnya... beli tau!!!!

Aku ni masih bertatih dalam bidang penulisan. Tapi Allah seolah-olah ingin memberitahuku yang "sebenarnya kau boleh Alia".Aku dah hantar artikel tu bulan April yang lepas. Tetapi bulan Ogos baru ianya diterbitkan. Alhamdulillah. Semoga pencapaian ini mampu menjadi katalis bagi memantapkan lagi penulisanku untuk dimanfaatkan kepada Ummah. 

Aku juga berharap diriku ini istiqamah untuk menulis.Bak kata Hilal Asyraf, jangan jadi macam pokok pisang. Berbuah sekali sahaja, past senyap sampai ke sudah.Begitulah penulisan, jangan lepas sekali diterbitkan, kita jadi futur, cepat rasa selesa. Sedangkan banyak lagi potensi yang perlu digilap untuk memperbaiki mutu karya kita.Tulis je apa sahaja, walau tak menarik, tapi jika diabadikan dengan tulisan, akan memberi satu dimensi baru dalam hidup kita.

True Indeed

Tapi buat masa sekarang, mungkin fokusku dah banyak tertumpu untuk penulisan tesis. Sebab tu lembap sikit dan update blog.Argh..ape2lah. Janji aku menulis, Tesis ke..blog ke..redah sajalah.Selagi ia memberi manfaat apa salahnya kan...

Ok. Itu sahaja setakat ini. Doakan aku berjaya dalam dunia penulisan. Peace No War



Friday 9 October 2015

I-M-A-N



Iman kita ada pasang surutnya
Bila iman meningkat, amal pun banyak
Bila iman menurun, buat kerja pun takde semangat

Adakah itu normal???

Ya!!!

Sebab kita bukan malaikat, malar imannya, bukan jua Rasul maksum terpelihara
Kerana kita manusia biasa.Punya kelemahan, punya kelebihan.

Jatuhnya kita ke lembah maksiat beerti kita lemah. Dari situ kita rasa letih dan hampir berputus asa. Tetapi Allah tidak pernah menzalimi hambanya.Terus meluaskan pintu taubat, buat hambanya pendosa. Hingga kegembiraan Allah terhadap hambanya yang bertaubat jauh lebih besar daripada kegembiraan pemuda yang menjumpai untanya hilang di lembah gersang. Subhanallah. Begitu baikMu Ya Allah

Namun..kenapa diri ini masih lalai tak sedar diri

Terus hidup dalam angan-angan  walau ajal sering mengintai

Seolah-olah hidup ini tiada tujuan, jauh tersasar dari illahi

Oh inikah hidupku

Betapa kini aku menyedari jika kebaikan yang mampu aku lakukan, hakikatnya ia adalah kurniaan dari Allah semata-mata. Bukan kerana aku hamba yang taat, bukan jua kerana ilmu yang bermanfaat, tetapi kerana rahmatMu yang dititipkan di setiap saat.

Thursday 8 October 2015

Adakah anda tertarik??



Hukum Daya Tarikan. Kali pertama aku terbaca tentangnya ialah ketika aku membaca buku motivasi hasil karangan Tut Sayogya yang berjudul visualisasi minda.

Nukil beliau dalam bukunya, hukum daya tarikan adalah sesuatu yang anda fikirkan dengan sepenuh perhatian, tenaga , fikiran, baik perkara positif atau negatif.

Sejujurnya aku tergerak untuk menulis entri ini kerana hari ini (beberapa bulan yang lalu:jgn marah ha..) aku benar-benar merasainya. Hukum daya tarikan memang wujud. Hari ini sudah menjadi rutinku untuk menjual sate ikan. Tapi hari ini sangat berbeza. Entah bagaimana lancar sahaja mulutku mengucapkan “ Akak rasa ramai yang akan beli sate ikan hari ini” pada adik-adikku semasa kami makan tengahari bersama. Dalam kata lain aku menjangkakan bahawa sate ikan aku akan laku banyak pada hari ini. 

Dan…ketika aku sedang menjual sate ikan, tahu tak apa yang berlaku??
Senyum….
Pada petang tersebut, ketika aku sedang membakar sate ikan, datang remaja lelaki berpakaian uniform sekolah menaiki motosikal singgah di geraiku.
“Akak, nak sate ikan 12 rial”
Aku sedikit terkejut. Kemudian aku khabarkan kepada sepupuku yang merangkap rakan kongsi perniagaanku: 

Aku: Chiq, orang nak beli sate ikan dua belas rial
Aciq: Biar betul Ngah!!!
Kemudian, datang ibu saudaraku menyampuk
Cik ngah: Dok salah dah, Cek ngah dengar dia nak beli dua belas rial

Dia lantas berdiri dan menolongku membakar sate tersebut.
Nak dijadikan cerita, kebetulan pada hari itu ramai pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli sate dengan jumlah yang banyak. Alhamdulillah.Aku bersyukur…
Ini kisah aku
Faktanya pula:
Sebenarnya bila kita memikirkan sesuatu perkara, seluruh perkara ini akan bergerak untuk memanifestasikannya di alam realiti mengikut apa yang kita mahu atau fokuskan. 
Contohnya, pernah atau tidak anda memikirkan tentang sesuatu yang buruk, atau semakin anda memikirkannya ia akan menjadi semakin buruk. Perkara ini terjadi disebabkan hukum Daya Tarikan. Ketika kita memikirkan sesuatu, hukum daya penarik akan mencipta lebih banyak fikiran yang serupa dalam beberapa minit. Semakin banyak perkara buruk atau negatif bertandang dalam hidup kita secara tidak langsung.

Contohnya masihkah anda ingat insiden kehilangan pesawat MH370. Perasankah anda ketika media terlalu memfokuskan pada isu tersebut, banyak insiden nahas kapal terbang yang berlaku dalam tempoh beberapa minggu sahaja di seluruh dunia.

Bagaimana hukum daya tarikan berfungsi

Dr Joe Vitale dalam buku jualan terbaiknya The secret telah mengatakan: “Fikiran-fikiran menghasilkan isyarat magnetik yang akan menarik perkara yang serupa kembali menuju kepada diri dan fikiran anda”.
Hukum daya tarikan juga bermula dengan doa. Sebab itulah kena berdoa yang positif agar perkara itulah yang akan datang kepada kita.Oleh itu fikirlah yang baik2 dan doalah yang baik2 agar yang baik2 juga yang akan datang kepada kita. In sha Allah.

Fikir yang baik2 tau...

Ada apa dengan 5A?





UPSR datang lagi. Hari ini kita dapat melihat kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi. Kebimbangan ini lahir hasil daripada harapan yang terlalu tinggi kepada anak mereka untuk merangkul kecemerlangan dalam UPSR. Solat-solat hajat mula didirikan, bacaan Yassin bergema di surau-surau sekolah serta tidak ketinggalan doa selamat buat anak-anak mereka.Subhanallah ini sebenarnya merupakan suatu usaha yang murni  hasil pakatan para guru dan ibu bapa bagi membantu para pelajar menghadapi peperiksaan dengan baik.

Namun begitu aktiviti ini akan menjadi satu kerugian yang besar jika objektifnya hanya ingin menginginkan anak-anak pelajar mendapat 5A UPSR. Saya tidak bermaksud memperkecilkan usaha ini, tetapi matlamat yang ingin dicapai biarlah signifikan, bukan sekadar ingin mendapat keputusan yang cantik atau berbangga-bangga  dengan keputusan yang bakal diperolehi.

Maksud saya adalah sangat penting untuk ibu bapa dan guru menilai kembali tujuan utama penghantaran anak ke sekolah. Untuk belajar ilmu atau untuk menggapai 5A??.Tidak dinafikan UPSR adalah pengukur kecemerlangan, tetapi jika piawaian ini sahaja yang diambil kira dalam penentuan kecemerlangan, maka secara automatik kita akan menganggap keputusan selain 5A adalah sesuatu kegagalan.

Cuba pembaca sekalian fikirkan?

Apakah nilai A pada subjek Bahasa Melayu sekiranya pelajar gagal berbahasa dengan baik

Apakah nilai A pada subjek sains jika pelajar gagal mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. 

Kata Proffesor Muhammad Naquib Al- Attas

Ketahuilah ilmu itu bukanlah sesuatu barangan yang digunakan untuk mengejar pencapaian, tetapi ilmu itu sendiri merupakan tujuan akhir sesuatu pencapaian.


Oleh itu di manakah ilmu yang kita letakkan pada hari ini? Pada amalnyakah atau pada transkripnya sahaja [Baca dgn nada teka teki Nujum Pak belalang]

#Muhasabah