Thursday 8 October 2015

Adakah anda tertarik??



Hukum Daya Tarikan. Kali pertama aku terbaca tentangnya ialah ketika aku membaca buku motivasi hasil karangan Tut Sayogya yang berjudul visualisasi minda.

Nukil beliau dalam bukunya, hukum daya tarikan adalah sesuatu yang anda fikirkan dengan sepenuh perhatian, tenaga , fikiran, baik perkara positif atau negatif.

Sejujurnya aku tergerak untuk menulis entri ini kerana hari ini (beberapa bulan yang lalu:jgn marah ha..) aku benar-benar merasainya. Hukum daya tarikan memang wujud. Hari ini sudah menjadi rutinku untuk menjual sate ikan. Tapi hari ini sangat berbeza. Entah bagaimana lancar sahaja mulutku mengucapkan “ Akak rasa ramai yang akan beli sate ikan hari ini” pada adik-adikku semasa kami makan tengahari bersama. Dalam kata lain aku menjangkakan bahawa sate ikan aku akan laku banyak pada hari ini. 

Dan…ketika aku sedang menjual sate ikan, tahu tak apa yang berlaku??
Senyum….
Pada petang tersebut, ketika aku sedang membakar sate ikan, datang remaja lelaki berpakaian uniform sekolah menaiki motosikal singgah di geraiku.
“Akak, nak sate ikan 12 rial”
Aku sedikit terkejut. Kemudian aku khabarkan kepada sepupuku yang merangkap rakan kongsi perniagaanku: 

Aku: Chiq, orang nak beli sate ikan dua belas rial
Aciq: Biar betul Ngah!!!
Kemudian, datang ibu saudaraku menyampuk
Cik ngah: Dok salah dah, Cek ngah dengar dia nak beli dua belas rial

Dia lantas berdiri dan menolongku membakar sate tersebut.
Nak dijadikan cerita, kebetulan pada hari itu ramai pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli sate dengan jumlah yang banyak. Alhamdulillah.Aku bersyukur…
Ini kisah aku
Faktanya pula:
Sebenarnya bila kita memikirkan sesuatu perkara, seluruh perkara ini akan bergerak untuk memanifestasikannya di alam realiti mengikut apa yang kita mahu atau fokuskan. 
Contohnya, pernah atau tidak anda memikirkan tentang sesuatu yang buruk, atau semakin anda memikirkannya ia akan menjadi semakin buruk. Perkara ini terjadi disebabkan hukum Daya Tarikan. Ketika kita memikirkan sesuatu, hukum daya penarik akan mencipta lebih banyak fikiran yang serupa dalam beberapa minit. Semakin banyak perkara buruk atau negatif bertandang dalam hidup kita secara tidak langsung.

Contohnya masihkah anda ingat insiden kehilangan pesawat MH370. Perasankah anda ketika media terlalu memfokuskan pada isu tersebut, banyak insiden nahas kapal terbang yang berlaku dalam tempoh beberapa minggu sahaja di seluruh dunia.

Bagaimana hukum daya tarikan berfungsi

Dr Joe Vitale dalam buku jualan terbaiknya The secret telah mengatakan: “Fikiran-fikiran menghasilkan isyarat magnetik yang akan menarik perkara yang serupa kembali menuju kepada diri dan fikiran anda”.
Hukum daya tarikan juga bermula dengan doa. Sebab itulah kena berdoa yang positif agar perkara itulah yang akan datang kepada kita.Oleh itu fikirlah yang baik2 dan doalah yang baik2 agar yang baik2 juga yang akan datang kepada kita. In sha Allah.

Fikir yang baik2 tau...

No comments:

Post a Comment