Thursday 8 October 2015

Ada apa dengan 5A?





UPSR datang lagi. Hari ini kita dapat melihat kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi. Kebimbangan ini lahir hasil daripada harapan yang terlalu tinggi kepada anak mereka untuk merangkul kecemerlangan dalam UPSR. Solat-solat hajat mula didirikan, bacaan Yassin bergema di surau-surau sekolah serta tidak ketinggalan doa selamat buat anak-anak mereka.Subhanallah ini sebenarnya merupakan suatu usaha yang murni  hasil pakatan para guru dan ibu bapa bagi membantu para pelajar menghadapi peperiksaan dengan baik.

Namun begitu aktiviti ini akan menjadi satu kerugian yang besar jika objektifnya hanya ingin menginginkan anak-anak pelajar mendapat 5A UPSR. Saya tidak bermaksud memperkecilkan usaha ini, tetapi matlamat yang ingin dicapai biarlah signifikan, bukan sekadar ingin mendapat keputusan yang cantik atau berbangga-bangga  dengan keputusan yang bakal diperolehi.

Maksud saya adalah sangat penting untuk ibu bapa dan guru menilai kembali tujuan utama penghantaran anak ke sekolah. Untuk belajar ilmu atau untuk menggapai 5A??.Tidak dinafikan UPSR adalah pengukur kecemerlangan, tetapi jika piawaian ini sahaja yang diambil kira dalam penentuan kecemerlangan, maka secara automatik kita akan menganggap keputusan selain 5A adalah sesuatu kegagalan.

Cuba pembaca sekalian fikirkan?

Apakah nilai A pada subjek Bahasa Melayu sekiranya pelajar gagal berbahasa dengan baik

Apakah nilai A pada subjek sains jika pelajar gagal mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. 

Kata Proffesor Muhammad Naquib Al- Attas

Ketahuilah ilmu itu bukanlah sesuatu barangan yang digunakan untuk mengejar pencapaian, tetapi ilmu itu sendiri merupakan tujuan akhir sesuatu pencapaian.


Oleh itu di manakah ilmu yang kita letakkan pada hari ini? Pada amalnyakah atau pada transkripnya sahaja [Baca dgn nada teka teki Nujum Pak belalang]

#Muhasabah

No comments:

Post a Comment