Showing posts with label Pendidikan kita. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan kita. Show all posts
Thursday, 13 April 2017
Qber again n again
Alhamdulillah
Hari ini 13 April 2017, aku kembali lagi ke MRSM Kuala Berang (Q-ber) untuk temuduga kali kedua.
Sebelum ini pernah jugak aku ditemuduga untuk jawatan kaunselor, tapi tak berjaya disebabkan ijazahku dalam bidang kimia.
Dulu masa temuduga tu aku menangis jugak sebab aku rasa aku menjadi mangsa kepada sistem yang salah. Kadang-kadang, aku rasa kurang adil apabila nilai diri kita adalah apa yang tercatat di atas kertas.Nilai diri kita adalah kursus apa yang kita ambil, nilai diri kita adalah berapa pointer yang kita dapat...
Aku sangat kecewa... tapi masa tu aku tak boleh nak buat apa-apa .. Tak terluah apa yang ada di hati
Katanya aku ada potensi, tapi tak boleh jadi kaunselor sebab tak ada sijil.
Hari ini, aku datang lagi, untuk temuduga Cikgu Kimia. Penemuduga aku adalah bekas cikgu aku sendiri. Ustaz Abu Bakar (Ustaz Burnt) dan Cikgu Fauziah (bekas guru kimia aku dulu). Temuduga kali ini agak terbuka sedikit.
Memang aku cuba nak sampaikan objektif aku. Aku nak terapkan islamisasi ilmu dalam pembelajaran kimia. Macam-macam contoh aku buat. Aku nak suruh pelajar belajar untuk meneroka ilmu kimia bukan dak dapat A semata-mata.
Bila aku tekankan perkara ni, MARA tak berapa nak terima sebab objektif dia supaya pelajar mendapat A dalam subjek kimia.
Apabila kita mengajar supaya pelajar nak dapat A, sama sahaja seperti post yang aku ceritakan sebelum ni tentang sekolah haiwan.
Contoh: nilai A ialah kebolehan memanjat pokok
Gajah, harimau, itik, ikan, monyet, kura-kura semua disuruh memanjat pokok. Hai, agak-agak semua lulus ke?
Perumpamaan ini semua orang tahu tapi nak buat perubahan sangat sukar... Kenapa ye??
Sakit kepalaku memikirkannya...
Ya Allah, bantulah perjuanganku untuk memperbaiki sistem pendidikan Malaysia... tolonglah...
Dalam temuduga tadi Ustaz Burnt marah aku jadi cikgu, dia suruh aku jadi motivator, bagi ceramah kat cikgu....
Ustaz!!!!!!
#Donno what to say
#Kalau bukan aku siape?
Sunday, 1 January 2017
Sejarah Islamisasi ilmu
Pada tahun 1981, Ismail Al-Faruqi
telah mempopularkan idea islamisasi ilmu pengetahuan dalam kalangan cendikiawan
pada era tersebut. Idea ini timbul hasil dari kebimbangan beliau terhadap
pertembungan antara ilmu barat dan pandangan Islam. Dalam karya Ismail Al-
Faruqi yang bertajuk Islamization of
Knowledge: General Principles and Workplans, beliau menyimpulkan bahawa
permasalahan umat Islam dalam pelbagai bidang adalah berpunca daripada
kelemahan sistem pendidikan yang dipraktikkan oleh umat Islam.
Kelemahan sistem pendidikan yang
dimaksudkan di sini ialah kegagalan integrasi antara ilmu disiplin moden dan
ilmu agama. Dalam kata lain, islamisasi ilmu gagal diterapkan dalam pendidikan
hari ini. Sebenarnya islamisasi ilmu bukanlah
satu fenomena baru dalam sejarah umat Islam. Ini kerana, pendekatan tersebut
pernah digunakan secara meluas dan efektif oleh cendikiawan muslim pada abad
pertengahan Islam ketiga, iaitu ketika mereka berhadapan dengan cabaran tamadun
Yunani, Romawi dan China. Bukan itu sahaja, metodologi ini dilihat berjaya
membuahkan hasil apabila Tamadun Islam berada di era kegemilangannya di
saat-saat Negara barat dan Eropah masih tenggelam dalam Era Kegelapan.
Walaubagaimanapun, selepas Eropah
memasuki Zaman Reinassance, penjajahan besar-besaran terhadap negara Umat Islam
giat dijalankan. Impak daripada kolonialisme Eropah ini telah mewujudkan
pelbagai senario dalam sistem pendidikan negara umat Islam. Menurut Prof Dr Abdul
Halim Ramli, terdapat sekurang-kurangnya empat senario pendidikan yang berlaku:
Senario yang pertama ialah
penerusan sistem pendidikan kolonial barat yang juga dikenali sebagai sistem
pendidikan moden. Objektif sistem tersebut ialah untuk melatih tenaga kerja
bagi berkhidmat dengan kerajaan. Sementara itu sistem pendidikan tradisional Islam mengalami kemerosotan yang agak ketara
kerana usaha lebih tertumpu kepada sistem pendidikan moden yang menggalakkan
pengeluaran tenaga professional. Akhirnya sistem pendidikan tradisional
terkubur begitu sahaja.
Senario yang kedua ialah dualisme
atau pencabangan sistem pendidikan yang telah sedia wujud pada zaman penjajahan
yang bukan sahaja diwarisi oleh umat Islam malah diperkukuhkan lagi atas alasan
untuk mencapai pembangunan dan kemajuan.
Senario ini telah berlaku di universiti Al-Azhar yang juga merupakan lambang
pendidikan tradisional Islam. Universiti itu telah mengalami perubahan radikal
pada tahun 1961 iaitu ketika Mesir berada di bawah pemerintahan Jamal Abdul
Naseer. Dominasi dualisme dalam pendidikan semakin membarah apabila tertubuhnya
fakulti baru yang berorientasikan disiplin moden seperti fakulti perubatan,
kejuruteraan, sains dan pendidikan. Para pelajar dari fakulti pengajian Islam
tidak diwajibkan mengambil subjek dari fakulti disiplin moden, manakala pelajar
dari fakulti disiplin moden hanya diwajibkan mengambil beberapa subjek dari
fakulti pengajian Islam. Model yang telah diperkenalkan oleh Al-Azhar telah menjadi
ikutan oleh negara-negara Islam yang lain.
![]() |
| Analogi Islamisasi Ilmu |
Senario yang ketiga ialah sekularisasi
ilmu pengetahuan dalam pendidikan moden. Dalam kata lain, ilmu pengetahuan
bukan sahaja terpisah dari nilai-nilai agama tetapi juga telah melahirkan
dikotomi atau pemilihan cabang ilmu yang menyebabkan ilmu terpisah antara satu
sama lain. Keadaan ini berbeza dengan pandangan tradisional Islam yang melihat
perkaitan cabang ilmu secara terperinci dari akar sampai ke dahan-dahannya.
Sistem pendidikan ini memberi impak yang sangat buruk dalam dunia islam. Kesan
buruk ini mula menular disebabkan ramai pelajar muslim belajar di negara barat.
Di samping itu kewujudan lembaga-lembaga pendidikan moden yang berperanan
mengembangkan sistem kebaratan, mengembangkan sekularisme dan mengkritik
pandangan pendidikan berorientasikan Islam telah memburukkan lagi keadaan.
Sistem pendidikan yang menjadi agen sekularisasi dan pembaratan dikritik hebat
oleh Maududi yang menyifatkannya sebagai “rumah penyembelihan” untuk generasi
muda.
Senario keempat pula merujuk
kepada kebergantungan terhadap sistem tradisional Islam semata-mata dan
menafikan cabang pengetahuan baru yang telah muncul di Barat. Produk yang
keluar dari sistem pendidikan ini sememangnya kurang berkualiti kerana mereka
gagal beradaptasi dengan pengetahuan moden dan ketandusan idea untuk menghadapi
cabaran tamadun moden yang tidak bertuhan ini. Senario ini telah dijelaskan
oleh Prof I.H. Qureshi dalam mengkritik pendidikan tradisonal Islam di
Pakistan, katanya:
“They (the leaders of traditional
education) have neglected modern knowledge to an extent that there is no scope
left for a dialogue between those who have received modern education and the
graduates of seminaries… The seminaries are doing useful work in the
preservation of the classical theological learning and providing ill-paid,
ill-educated and ill informed imams of the mosques. It is quite obvious that
such education cannot help the growth of religious consciousness”.
Itulah gambaran empat senario
pendidikan yang berlaku di negara-negara umat Islam. Di Malaysia, krisis
pendidikan kita lebih banyak dipengaruhi oleh faktor dualisme dan sekularisasi
ilmu. Walaupun wujud sekolah integrasi bagi menyelesaikan ilmu ini, namun
pelaksanaannya masih lagi samar. Di sekolah integrasi hari ini, akademik dan
agama juga terpisah.Oleh itu tidak hairanlah produk yang lahir itu berminda
sekular. Contohnya doktor al-hafiz tetapi ilmu kedoktorannya non-quranik.
Hasilnya, al-hafiznya doktor tidak mempengaruhi ilmu kedoktorannya di peringkat
falsafah ilmu mahupun aplikasinya.
Persoalannya, inikah generasi
yang ingin kita lahirkan. Di manakah tahap kesedaran kita untuk menghidupkan islamisasi
ilmu dalam pendidikan. Ingatlah, tamadun yang hebat lahir kerana kejayaan
mereka meng’islam’kan ilmu yang dipelajari bukannya mencedok semata-mata ilmu
itu tanpa sebarang tapisan. Walaupun islamisasi ilmu itu tidak mudah, namun
alangkah baiknya jika kita berusaha untuk menjayakannya supaya umat Islam hari
ini tidak mudah tepengaruh dengan agenda barat yang ingin memurtadkan
nilai-nilai islam dalam ilmu yang dipelajari. Wallahua’lam.
Sumber:
- Abdul Halim Ramli: Mensucikan ilmu
- http://hefnizeinstainjember.blogspot.my/2014/12/konsep-integrasi-keilmuan-dalam-islam.html
Sunday, 29 May 2016
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
SHAH ALAM - Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya akan
berhenti memberikan kuliah ataupun tazkirah ketika beliau benar-benar
tak sihat hingga tidak mampu memegang buku rujukan.
Anak sulungnya, Nik Omar berkata Allahyarham pernah membuka cerita
ketika zaman mudanya, beliau telah diminta menyampaikan kuliah pada hari
pertama tiba di tanah air selepas menamatkan pengajian.
“Dia pernah sebut, apabila dia balik belajar dari luar negara, hari
pertama sampai itu ayahnya (datuk) suruh bagi tazkirah, kuliah. Dia
memang seorang anak yang taat sepenuhnya kepada ayahnya.
“Tak pernah bunyi sekali pun. Ayah dia kata A, A lah. Kalau kata B, B
lah. Hari pertama, hari kedua seterusnya sampai dia sakit. Bila dia tak
mengajar? Apabila buku itu dia sudah tidak boleh nak pegang dah,”
katanya ketika menjadi panel pada Wacana: 'Dunia Pendidikan Tok Guru' di
Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.
Menurutnya, meskipun jadual Allahyarham padat sebagai Menteri Besar
Kelantan, namun beliau tidak pernah lepas dalam memberikan kuliah.
“Walau sesibuk mana masa dia jadi menteri besar pun, dia tetap tak
tinggal kuliah. Kalau kita dah sibuk tak tahu mana dah kuliah,
masjid...tapi kuliah dia tetap (berjalan).
“Tok Guru walau sudah berpuluh tahun beri kuliah, setiap kali nak beri
kuliah, dia akan baca buku, rujuk dulu. Wajib baca buku dulu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Friday, 22 April 2016
Dualisme dalam pendidikan
DUALISME dalam pendidikan bermaksud wujudnya dua
aliran yang tidak integratif. Sama ada pendidikan akliah bergerak
berasingan dengan pendidikan rohaniah yang sifatnya tradisional mahupun
pendidikan yang bergerak dalam sisi yang berbeza (agama dan akademik)
tetapi tidak berlaku integrasi.
Proses pendidikan menjadi amat penting dalam proses membangun rijal
atau insan. Pembangunan rijal yang memberi fokus kepada pembangunan
faktor kognitif semata menjadi tidak lengkap kerana pembangunan afektif
(dalam diri insan) tidak terjadi. Akhirnya berlaku dikotomi (pemisahan)
antara fikir dan zikir.
Pendidikan konvensional banyak menumpu kepada pendekatan rasional dan
empirikal untuk menemukan fakta dan data sebagai asas binaan ilmu.
Pendidikan Islam tidak menolak kepentingan kognitif dijadikan asas
tetapi dilengkapkan dengan pengukuhan faktor afektif yang menyentuh
faktor dalam diri manusia supaya pendidikan menjadi holistik
(menyeluruh).
Pendekatan kognitif yang menghasilkan upaya rasional tidaklah janggal
dalam memahami sesuatu yang bersifat pemikiran tetapi pemikiran saja
tidak memadai untuk memahami faktor diri yang melibatkan niat,
kecenderungan, amanah dan keadilan kerana ia menyentuh dalaman diri
insan. Lantaran faktor dalaman diri mempunyai pengaruh terhadap gelagat
dan tingkah-laku manusia. Tanpa pembangunan faktor dalaman diri manusia
bakal wujud kelompangan yang menyebabkan sahsiah tidak terbina.
Pendidikan dalam tradisi Islam ialah suatu proses mengadabkan insan.
Insan yang beradab ialah yang memiliki disiplin fikir yang tinggi,
disiplin hati yang baik dan disiplin amal yang memiliki kualiti contoh.
Dualisme dalam pendidikan tidak mampu membangun peribadi holistik. Di
suatu sisi pendidikan berjalan secara formal dan memberi fokus kepada
pendidikan akademik, sains dan teknologi. Di sisi lain berlaku
pendidikan Islam dipihak swasta yang berjalan secara tradisional.
Dualisme ini menyebabkan integrasi tidak berlaku dan tasawur mengenai
pendidikan tidak sepadu.
Akibatnya bakal lahir generasi penerus yang satunya memiliki ilmu dan
kemahiran akademik, sains dan teknologi tetapi terbatas kefahaman
agamanya. Dualisme dalam pendidikan ini juga bakal melahirkan kelompok
yang kuat dalam tradisi keagamaan tetapi kurang dalam orientasi
akademik, sains dan teknologi. Akhirnya dualisme dalam pendidikan
menyebabkan peranan membangun negara dan sistem menjadi tidak seimbang.
Kesedaran sudah mula ada dalam kalangan umat Islam tentang pentingnya
sikap saling menyantuni bagi merapatkan jurang dualisme dengan penubuhan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh negara dan Ululabab di
MRSM supaya aspek agama dan hafazan dijadikan fokus dan disiplin
akademik dan sains turut dititikberatkan. Hal yang sama juga sedang
berlaku dalam kalangan kelompok agama swasta atau negeri.
Dalam isu dualisme perkara pokok yang harus berlaku ialah pembinaan
epistemologi (binaan ilmu) yang menghubungkan faktor nakliah dan akliah.
Al-Quran umpamanya menyantuni sains dan teknologi sehingga tasawur
mengenai sains tidak bercanggah dengan syariah.Faktor air dalam bahasa sainsnya menghubungkan hidrogen dan oksigen
sebagai elemen penting bagi menjawab “apa itu air”. Menghubungkannya
dengan al-Quran memberi penjelasan “mengapa air” kerana al-Quran
memperjelaskan, "air adalah sumber kehidupan”. Terdapat unsur menegak
(hablumminallah) dan unsur merentas (hablumminannas) di situ.Hal yang sama mempelajari gunung-ganang. Secara geografikalnya
gunung-gunung adalah tanah tinggi yang terkandung batu-batan seperti
batu plutonik dan sebagainya. Tetapi merujuk kepada al-Quran
gunung-ganang itu dilihat sebagai “awtad” atau pasak-pasak bumi yang
membawa kepada maksud keseimbangan. Konsep keseimbangan menjadi amat
penting dalam binaan tasawur manusia terhadap sesuatu yang ALLAH
ciptakan.
Apa yang berlaku di SMKA dan Ulululabab MRSM masih lagi dalam integrasi
longgar. Proses integrasi sebenar tidaklah mudah kerana ia menuntut
proses, strategi dan upaya ilmu yang tinggi. Guru-guru akademik dan
sains harus di tahap awalnya memiliki kefahaman secara tematik mengenai
al-Quran dan guru-guru al-Quran serta pendidikan Islam harus juga
memiliki kefahaman tematik mengenai ilmu kemanusiaan, sains dan
teknologi.Sekiranya dualisme dan integrasi longgar ini dapat diatasi, pendidikan
di Malaysia bakal menjadi lebih integratif dan bakal melahirkan hufaz
yang profesional dan saintis serta teknologis yang berjiwa al-Quran.
* Prof Datuk Dr Sidek Baba, Kuliyyah Pendidikan UIAM
Ulasan saya:
Ini adalah idea islamisasi pendidikan yang sudah lama dibahaskan. Namun kupasan ini adalah antara usaha yang baik bagi menggalakkan guru-guru untuk sentiasa berfikir bagaimana untuk mensinergikan fikir dan zikir dalam proses P&P. Nampaknya, merealisasikan perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana Prof Naquib Al Attas, Prof Sidek Baba Dr Abdul Rahim Ramli sudah lama memperjuangkannya. Apapun.. semoga usaha mereka menerapkan pendidikan berkonsepkan Islam akan membuahkan hasil suatu hari nanti dan semoga mereka dilimpahkan keberkatan.
Reformasi radikal pendidikan
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/reformasi-radikal-pendidikan-1.508132
Ulasan saya:
Kebanyakkan pemikir pendidikan terutamanya kaum lelaki banyak memfokuskan kepada perubahan sistem untuk membuat transformasi dalam pendidikan. Namun bagi saya, ianya agak kurang berkesan kerana asas utama dalam melaksanakan transformasi dalam suatu sistem ialah kefahaman. Contohnya isu sekolah vernakular. Kita sedia maklum bahawa sekolah vernakular adalah racun yang merosakkan perpaduan kaum. Antara solusi yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan ialah menubuhkan sekolah wawasan. Tetapi selepas beberapa tahun, penubuhan sekolah tersebut tidak memberikan impak yang signifikan terhadap perpaduan kaum. Tidak berjaya!!! Membuat perubahan pada sistem secara besar-besaran tanpa menyuntik kefahaman kepada pendidik tentang keburukan sekolah vernakular adalah sesuatu yang membazir. Pada era baru ini, kefahaman itu boleh diterapkan kepada bakal-bakal guru khususnya supaya mereka lebih kreatif untuk mencari solusi bagi isu ini kerana merekalah yang akan menjadi golongan pelaksana dalam sistem pendidikan.Cohtohnya membantu mereka untuk berfikir bagaimana untuk merencana program yang merapatkan hubungan baik antara kaum supaya pelajar sekolah vernakular SJKC dan SJKT masih bergaul dengan pelajar sekolah kebangsaan. Idea-idea kecil inilah yang sepatutnya diperhebatkan supaya sistem pendidikan kita tidak melahirkan rasism ataupun perkauman.
Wednesday, 16 March 2016
Mahasiswa dan kemahiran insaniah
Dalam dunia pekerjaan, adalah tidak
dinafikan bahawa kelulusan akademik merupakan antara kriteria sampingan yang
dipertimbangkan oleh para majikan sebelum menerima seseorang individu untuk
bekerja dengan mereka. Walaubagaimanapun akademik hanyalah interpretasi
intelektual seseorang individu yang hakikatnya perlu diseimbangkan dengan
kestabilan emosi, rohani, jasmani dan spiritual. Penjanaan modal insan yang
seimbang dalam lima aspek ini adalah matlamat utama sistem pendidikan yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Bagi menembusi pasaran pekerjaan, para graduan disarankan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang didasari oleh nilai jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual (JERIS). Kompilasi nilai-nilai ini akan mencipta album diri yang berkualiti sekaligus layak untuk dipromosikan dalam pasaran pekerjaan. Sedar atau tidak, bakat atau kemahiran ini haruslah digilap sebaik mungkin semasa di alam belajar lagi untuk memudahkan pelajar beradaptasi dalam dunia pekerjaan.
Bagi menembusi pasaran pekerjaan, para graduan disarankan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang didasari oleh nilai jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual (JERIS). Kompilasi nilai-nilai ini akan mencipta album diri yang berkualiti sekaligus layak untuk dipromosikan dalam pasaran pekerjaan. Sedar atau tidak, bakat atau kemahiran ini haruslah digilap sebaik mungkin semasa di alam belajar lagi untuk memudahkan pelajar beradaptasi dalam dunia pekerjaan.
Realitinya, kemahiran yang harus
dimiliki oleh para graduan hari ini adalah kemahiran mempraktikkan agama. Ini
kerana agama adalah asas ilmu untuk membantu para graduan memilih pekerjaan itu
samada halal atau haram. Sekiranya ilmu kerjaya diselarikan dengan ilmu agama,
kita akan melahirkan pekerja yang benar-benar berdisiplin kerana mereka
meletakkan ketaqwaan sebagai prioriti. Hakikat ketaqwaan ialah bagaimana
seseorang hamba itu menzahirkan ketakutannya pada Allah.
Jika nilai taqwa ini tersemat di dalam hati para pekerja, nescaya mereka tidak akan melakukan rasuah, tidah pecah amanah dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dalam etika organisasi. Proses membina ketaqwaan ini boleh dipupuk sejak di alam belajar lagi seperti menggalakkan mahasiswa menyertai usrah, halaqah atau aktiviti dakwah yang mampu membangkitkan iman. Adalah amat menyedihkan apabila kita melihat sistem pendidikan universiti yang hanya mewajibkan subjek Bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan dan mengenepikan subjek berkaitan agama dan moral.
Jika nilai taqwa ini tersemat di dalam hati para pekerja, nescaya mereka tidak akan melakukan rasuah, tidah pecah amanah dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dalam etika organisasi. Proses membina ketaqwaan ini boleh dipupuk sejak di alam belajar lagi seperti menggalakkan mahasiswa menyertai usrah, halaqah atau aktiviti dakwah yang mampu membangkitkan iman. Adalah amat menyedihkan apabila kita melihat sistem pendidikan universiti yang hanya mewajibkan subjek Bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan dan mengenepikan subjek berkaitan agama dan moral.
Antara kemahiran yang diperlukan oleh
para graduan ialah kemahiran berkomunikasi. Penglibatan dalam aktiviti
seperti pidato, bahas dan debat sejak di
alam belajar akan melatih mahasiswa untuk lebih petah berbicara, matang
mengeluarkan hujah serta berani mengetengahkan idea-idea yang baru. Keyakinan
diri juga akan mula terbit apabila terbiasa berucap di khalayak ramai.
Keterbiasaan ini bukan sahaja menghidupkan jiwa kepimpinan yang karismatik malah mampu mempengaruhi orang lain dengan ideologi yang dibawa. Sekiranya mahasiswa seperti ini dilantik sebagai agen pemasar produk, nescaya majikannya akan menikmati keuntungan yang berlipat kali ganda dek kebolehan pekerjanya untuk meyakinkan pelanggan. Walaubagaimanapun, di sebalik kepetahan berbicara, mahasiswa tidak harus mengabaikan interaksi sopan dalam pertuturan disebabkan oleh pengaruh negatif bawaan novel, filem dan bahasa SMS yang melunturkan keindahan budi bahasa.
Keterbiasaan ini bukan sahaja menghidupkan jiwa kepimpinan yang karismatik malah mampu mempengaruhi orang lain dengan ideologi yang dibawa. Sekiranya mahasiswa seperti ini dilantik sebagai agen pemasar produk, nescaya majikannya akan menikmati keuntungan yang berlipat kali ganda dek kebolehan pekerjanya untuk meyakinkan pelanggan. Walaubagaimanapun, di sebalik kepetahan berbicara, mahasiswa tidak harus mengabaikan interaksi sopan dalam pertuturan disebabkan oleh pengaruh negatif bawaan novel, filem dan bahasa SMS yang melunturkan keindahan budi bahasa.
Bukan itu sahaja, kemahiran menguasai
pelbagai bahasa juga harus menjadi fokus utama dalam menjana kualiti diri. Ini
kerana sektor pekerjaan lazimnya tidak terhad kepada industri tempatan sahaja,
malah turut mencakupi industri luar negara. Oleh itu, kemahiran mahasiswa dalam
penguasaan bahasa asing secara lisan mahupun tulisan akan menjadi satu nilai
tambah yang memudahkan aksesibiliti dalam pasaran pekerjaan.
Pengalaman penulis sendiri dalam memantapkan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris adalah dengan memohon untuk menginap bersama pelajar asing. Persekitaran seperti ini akan melatih diri kita untuk berkomunikasi dalam bahasa asing secara lebih cepat,tepat dan efektif. Tidak perlu malu jika tersalah bertutur kerana ia adalah proses untuk memperbaiki diri. Kekerapan berkomunikasi bahasa asing akan menjadi latihan yang baik kepada pelajar untuk menguasai bahasa tersebut.
Pengalaman penulis sendiri dalam memantapkan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris adalah dengan memohon untuk menginap bersama pelajar asing. Persekitaran seperti ini akan melatih diri kita untuk berkomunikasi dalam bahasa asing secara lebih cepat,tepat dan efektif. Tidak perlu malu jika tersalah bertutur kerana ia adalah proses untuk memperbaiki diri. Kekerapan berkomunikasi bahasa asing akan menjadi latihan yang baik kepada pelajar untuk menguasai bahasa tersebut.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran
teknologi. Kata Prof Muhaya, manusia yang bijak ialah manusia yang mengawal
teknologi bukannya manusia yang dikawal teknologi. Hari ini kebanyakkan mahasiswa
membiarkan diri mereka menjadi hamba kepada gajet, laman sosial dan instrumen
teknologi yang lain. Contohnya, kita dapat lihat pada hari ini, hampir kesemua
individu mempunyai akaun peribadi dalam laman sosial samada Facebook, Instagram
dan Twitter. Namun begitu, berapa ramai yang memanfaatkannya untuk kemaslahatan
ummah.
Tidak kiralah, samada menjalankan perniagaan atas talian, menyebar idea penulisan berunsur dakwah atau mempromosikan seni grafik yang direka. Bayangkan jika semua ini dikormersialkan, nescaya individu terbabit bukan sahaja berdaya saing dalam merebut peluang pekerjaan, malah mampu membuka peluang kepada orang lain untuk sama-sama bekerja di bawahnya. Kebolehan mahasiswa untuk menjana pendapatan sendiri sebelum bergraduat harus dibudayakan agar peluang pekerjaan menjadi lebih luas dan tidak terhad kepada sektor kerajaan semata-mata.
Tidak kiralah, samada menjalankan perniagaan atas talian, menyebar idea penulisan berunsur dakwah atau mempromosikan seni grafik yang direka. Bayangkan jika semua ini dikormersialkan, nescaya individu terbabit bukan sahaja berdaya saing dalam merebut peluang pekerjaan, malah mampu membuka peluang kepada orang lain untuk sama-sama bekerja di bawahnya. Kebolehan mahasiswa untuk menjana pendapatan sendiri sebelum bergraduat harus dibudayakan agar peluang pekerjaan menjadi lebih luas dan tidak terhad kepada sektor kerajaan semata-mata.
Khulasahnya, amat penting untuk kita
menyedari bahawa akademik bukanlah indikator untuk seseorang itu maju dalam
kariernya. Sebaliknya kemahiran-kemahiran lain juga haruslah dimanfaatkan
seupaya mungkin oleh mahasiswa untuk survival kerjaya mereka. Mantapkanlah diri
dengan bakat dan kebolehan kurniaan Allah. Kerana hakikatnya manusia tidak
dilahirkan bodoh, tetapi dilahirkan dengan kepandaian yang berbeza. Semoga
mahasiswa hari ini berjaya membangunkan potensi diri dan berupaya menjadi modal
insan harapan negara.
Thursday, 8 October 2015
Ada apa dengan 5A?
UPSR datang
lagi. Hari ini kita dapat melihat kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak
mereka yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi. Kebimbangan ini lahir hasil
daripada harapan yang terlalu tinggi kepada anak mereka untuk merangkul
kecemerlangan dalam UPSR. Solat-solat hajat mula didirikan, bacaan Yassin
bergema di surau-surau sekolah serta tidak ketinggalan doa selamat buat
anak-anak mereka.Subhanallah ini sebenarnya merupakan suatu usaha yang
murni hasil pakatan para guru dan ibu
bapa bagi membantu para pelajar menghadapi peperiksaan dengan baik.
Namun begitu
aktiviti ini akan menjadi satu kerugian yang besar jika objektifnya hanya ingin
menginginkan anak-anak pelajar mendapat 5A UPSR. Saya tidak bermaksud
memperkecilkan usaha ini, tetapi matlamat yang ingin dicapai biarlah
signifikan, bukan sekadar ingin mendapat keputusan yang cantik atau berbangga-bangga
dengan keputusan yang bakal diperolehi.
Maksud saya
adalah sangat penting untuk ibu bapa dan guru menilai kembali tujuan utama
penghantaran anak ke sekolah. Untuk belajar ilmu atau untuk menggapai 5A??.Tidak
dinafikan UPSR adalah pengukur kecemerlangan, tetapi jika piawaian ini sahaja
yang diambil kira dalam penentuan kecemerlangan, maka secara automatik kita
akan menganggap keputusan selain 5A adalah sesuatu kegagalan.
Cuba pembaca
sekalian fikirkan?
Apakah nilai A pada subjek Bahasa
Melayu sekiranya pelajar gagal berbahasa dengan baik
Apakah nilai A pada subjek sains
jika pelajar gagal mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
Kata Proffesor Muhammad Naquib Al-
Attas
Ketahuilah ilmu itu bukanlah
sesuatu barangan yang digunakan untuk mengejar pencapaian, tetapi ilmu
itu sendiri merupakan tujuan akhir sesuatu pencapaian.
Oleh itu di manakah ilmu yang kita
letakkan pada hari ini? Pada amalnyakah atau pada transkripnya sahaja [Baca dgn
nada teka teki Nujum Pak belalang]
#Muhasabah
Subscribe to:
Posts (Atom)







