Nafsu bukan perkara main-main
Tersentap aku terdengar cerita oleh Ustaz Adnin dari Tarbiah Sentap
Beliau menekankan peri pentingnya
ikhtilat dalam pergaulan seharian.
Alkesah ceritanya begini:
Ada sepasang tunang. Mereka ni
katogeri lelaki soleh dan wanita solehah la..Sebab dua-dua ni belajar jurusan
agama. Seminggu sebelum kahwin, lelaki tersebut menagajak tunangnya melihat
rumah yang bakal mereka diami selepas kahwin.Maka Si perempuan mengajaklah
kedua-dua orang tuanya untuk turut serta. Namun atas masalah kesihatan
kedua-duanya tidak dapat turut serta. Maka, wanita itu mengajaklah sahabatnya
untuk pergi bersama. Akhirnya sahabatnya bersetuju dan mereka pun pergilah
bersama Si lelaki tersebut. Ditakdirkan Allah, dalam perjalanan, sahabat wanita
itu terpaksa pulang kerana ada emergency.Tinggallah perempuan dan tunangnya
berdua-duaan di dalam kereta. Di dalam kereta, mereka sangat menjaga ikhtilat.
Tidak menyembang-nyembang perkara kosong.
Mereka pun akhirnya sampailah ke
rumah yang dituju. Maka masuklah mereka ke dalam rumah meninjau-ninjau keadaan
rumah baru mereka dalam keadaan gembira. Tiba-tiba, tanpa disangka-sangka,
adalah seekor lipas yang entah muncul dari mana merayap-rayap di lantai rumah.
Perempuan itu terkejut, berlari-lari dan terkenalah lelaki itu. Sentuhan yang
berlaku akhirnya menyebabkan mereka berzina.
Selepas mereka melakukan
perbuatan tersebut, mereka rasa bersalah. mereka pulang dalam keadaan
ketakutan. Lelaki itu menggeletar semasa memandu kereta. Ditakdirkan Allah,
mereka terlibat dengan kemalangan. Si lelaki itu meninggal dunia manakala
wanita itu koma dan patah kaki. Selepas wanita itu sedar dari koma doktor
mengesahkan bahawa wanita itu mengandung. Sakit dan malunya pada waktu itu
hanya tuhan sahaja yang tahu. Namun wanita itu bertaubat dan berazam akan
menjaga anak itu dengan sebaiknya.
Sejujurnya, bila terdengar cerita
ini aku beristighfar panjang. Dan aku juga menyedari bahawa betapa liciknya
peranan syaitan. Hanya dengan sedikit kesilapan sebelum saat-saat diijab kabul,
mereka boleh terjebak dalam zina. Nauzubillah hi min zalik.
Oleh itu sahabat sekalian, elakkanlah
berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Sekiranya perlu berhubung, jagalah
batas sebaiknya samada dalam dunia realiti atau di alam maya. Nafsu bukanlah
perkara main-main. Jika hilang kawalan, hidup kita akan terbabas. Malu di
dunia, menderita di akhirat. Apapun moga Allah melindungi diri kita maksiat
ini.
Wallahu a’lam
#Fallahu khairun hafizho wa huwa
arhamurroohimin
Untuk melihat vedio tersebut, sila klik di sini