Sunday 17 December 2023

My daughter turn 5

Gigih abi dan ayahchik buat persediaan

3 butir kek untuk birthday Mayra dan Luth




2 ketul kesayangan ibu

Banyak pulok hadiah birthday kali ni.Alhamdulillah.



Post ceremony 

Semoga Mayra berjaya dunia akhirat, dan sentiasa dipayungi rahmat yang Maha Esa

 

Senyum seorang Shahida





Sejak akhir-akhir ni aku rasa stress.Tak pasti kenapa.Mungkin banyak sangat hooked dengan social media.

Jadi, aku ambik inisiatif baru.Buat balik mutabaah amal yang dah lama aku tinggalkan.

Sebolehnya aku tak naklah jadi hamba Allah yang lalai.Allahu.

Lupa nak cakap.Semalam ada sebuah buku sampai.Tajuknya Senyum Seorang Syahida.Ada orang nak letgo buku tu.Jadi aku hanya bayar kos pos je lah.

Terkesan jugaklah bila aku baca buku tu petang semalam.Buku yang mengisahkan seorang akhawat yang memang berjuang untuk mati syahid dan arwah 'dapat' syahid tu.

Arwah meninggal dalam kemalangan ketika perjalanan ke program dakwah.Subhanallah.

Jenazahnya pun wangi.Dengar kata, darahnya masih mengalir segar walau sudah dikafankan.

Aku??? Bila baca buku tu, terasa sangat kerdil diri ini.Rasa takut lagi dengan mati.Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.

Dah tiba masanya untuk aku pun buat turning poin dalam hidup aku untuk berjuang di jalan Allah, dan syahid di jalanNya.Doakan aku guys.

Saturday 9 December 2023

Si penjual cadar yang tersesat

 




Dulu, masa awal-awal tahun, bukan main aku azam nak jadi penjual cadar.

Tapi, bila masuk je Oktober tahun ni, aku dah tak post pasal cadar sebab aku asyik fokus pada isu Palestin sahaja.

Suami aku pun perasan benda ni.Cuma sekarang kan aku tengah mengandung.Dia bimbang sangat aku ni asyik doakan orang palestin je, takut2, tak sempat doakan anak sendiri.Huhu.

Sebagai ibu mesti kita akan doakan anak kita, no matter what.Tapi tak salah pun kan, kita niatkan segala perjuangan kita membantu Palestin ni, auranya ada impak pada bayi dalam kandungan ni.

Begitulah.Aku niatkan biarlah setiap anak yang lahir dari rahimku Ya Allah, akan menjadi pejuang agamamu.

Back to my role as penjual cadar.Semoga aku bisa mencari jalan pulang,👀👀



Tuesday 5 December 2023

New routine started

 





Today, I was in clinic. Checking my third pregnancy for my first time.

Alhamdulillah, today is not busy. But, its quite ackward for me to start my new routine.. Haha.

This third pregnancy come without planning.. Haha. Its happen sudden since im having no longer menstrual period.

But its okay. I trust Allah for this faith. You plan, I plan, but indeed Allah's plan is the best. Just chill and enjoy thia journey. 


Monday 4 December 2023

Dunia hari ini

 


Aku buntu. Palestin diserang kaw-kaw oleh Israel. Tapi dunia tidak berbuat apa-apa.

Manakala Coldplay, band yang mengangkat suara LGBT, dibenarkan berkonsert di Malaysia kerana mereka dikatakan pro Palestin. 

Artis muslim yang berkahwin di negara seberang dengan seronoknya mempromosikan gaya hidup barat ketika menyambut pernikahannya. Lupa halal haram. Janji bahagia. 

Dengar kata ada pesta red bik*ni nak diadakan di Malaysia malam ni. Puas dah kita membantah, tapi masih belum ada kenyataan rasmi untuk membatalkan program ini.

Di media sosial pula, diviralkan anak artis yang menari-nari sampai nak terlondeh baju. Ini je ke level mindset orang kita?? 

Allahu, dunia apa yang bakal ku wariskan untuk anak-anakku. Bantu kami ya Allah

Fallahu khairon hafizho, wa huwa arhamu arroohimin


Palestin di hati

 



Ya Allah, sungguh aku sangat berduka dengan saudaraku yang berada di Palestin.

Wahai saudaraku di Palestin, maafkan kami kerana tidak dapat membantu mu di saat-saat genting dalam hidupmu.

Tika kamu dibunuh beramai-ramai, langkah kami masih longlai, kaku, tidak mampu berbuat apa-apa.

Jujurnya kami amat kecewa dengan diri kami. Tapi ketahuilah saudaraku, doa kami sentiasa mengiringi kalian. 

Hati kami merasai penderitaan itu. Sungguh, kalian sangat kuat walau dicengkam sejuta penderitaan. 

Iman kalian sangat luar biasa hingga menjadi inspirasi buat saudara baru untuk mengenal Islam.

Subhanallah. Hasbunallah nikmalwakeel. 

Tuesday 6 June 2023

Ketagihan pornografi: Bagaimana nak dapatkan terapist?

 Hi guys. Sekarang ni aku banyak buat vedio isu kesedaran pornografi kat tik tok.

Doakan aku istiqomah untuk buat amar makruf nahi mungkar. 

Moga Allah berkati usaha ini🤲🤲






Monday 23 January 2023

Hidupku sebagai ibu (1)

 



                                 #Masa

Mayra:Ibu, jom Ejen Ali, pukul enam, pukul setengah

Ibu tengok jam, memang tepat pukul 6:30pm😃😃

Okay..Luluslah anak ibu tengok jam


                                #Madu

Mayra batuk masa duduk rumah tokma. Ibu pun bagi dia makan madu.Sejam kemudian...

Mayra:Ibu, yang Mayra makan tadi tu..ubat lebah ke?

Ibu:Ya... orang panggil madu

Mayra:Owh..madu...

Ibu: Madu manis tak Mayra?

Mayra: Ermm..tak rasa.Tak sedap ibu.. Ibu, bagilah balik madu tu kat lebah..kesian dia

Ibu:🤣🤣🤣

Wednesday 18 January 2023

Pulaukan selagi boleh


 Sebab apa kita kena pulaukan filem berunsurkan soft porn ni?


Sebab dah banyak aduan aku terima, yang budak-budak ketagih porn ni, diorang kebanyakannya bermula dengan movie.


Babak panas dalam movie ni, walaupun durasi dia tak lama, tapi itulah yang triggered diorang nak tengok, dan tengok lagi. Akhirnya terjebak dekat website tak senonoh.


Terutamanya budak2 kat IPT. Sebab diorang ni memang banyak masa free.Lagi satu budaya kongsi-kongsi movie ni memang tradisi turun- temurun budak-budak IPT.


Jadi, ibu ayah yang ada anak-anak kat IPT tu, sesekali luangkan masa buat spotcheck kat laptop, tengok filem apa yang diorang tengok.Then review balik kat internet pasal filem tu.


Macam mana nak tahu konten filem tu baik ke tidak, korang google tajuk filem dan taip parents guide.Contohnya, 


Tajuk filem:The Incredible


korang taip "The Incredible parents guide"


Kat situ ada detail pasal filem tu.Bolehlah check2, kot-kot lah ada unsur nudity ke apa..Camtulah..Boleh explore sendiri.


Walaupun anak kita dah besar, baik alim pijak semut tak mati pun, sebagai parents, tanggungjawab mencakna hal ehwal anak kena terus dijalankan. 


Filem2 berunsur lucah ni banyak sangat kat mainstream.Netflix jangan cakaplah.Jadi, jagalah selagi boleh jaga.Semoga anak-anak kita dihindarkan dari pengaruh filem-filem yang kotor dan keji itu.


Alia Basirah WM

Saling mengingatkan

Saturday 14 January 2023

Kenangan Perpustakaan

 



Alhamdulillah, hari ini berpeluang gi (rumahstaka) 😅~ bak kata mayra. Seronok sangat pustaka kerteh ni. Pasti ada aktiviti setiap hujung minggu. 

Dari dulu lagi aku berniat nak biasakan anak aku dengan pustaka. Biar wujud budaya ilmu dalam jiwa mereka. 

Selepas buat aktiviti, aku akan selitkan juga sesi membaca dengan Mayra. Seronok bila tengok anak teruja membaca. 

Aufa pula aku biarkan dia berbonding time dengan Abi. Haha. Terima kasih juga untuk abi yang cadangkan gi pustaka hujung minggu ni😘

Semoga budaya cintakan ilmu sentiasa subur dalam keluargaku

Alia Basirah WM

Masih berjuang menjadi ibu yang baik



Friday 13 January 2023

When adrenaline hit my heart❤️

 

Gambar sekadar hiasan


Jujurnya aku pun tak paham kenapa aku try hard sangat jual cadar ni.

Macam ada adrenaline yang menghentak-hentak jantungku setiap kali aku post pasal cadar😅

Tak pernah aku rasa excited macam ni bila nak menjual sesuatu barang.

Semangat tu lain maciam

Adakah seseorang telah mendoaku dalam diam🤭🤭

Entahlah.. By the way, aku nak declare sikit yang aku ni adalah dropshipper cadar untuk

🌳 Just klik collection

🌳 Syaqist




Friday 6 January 2023

Salam Sweet Dream

 Since Syaqist buat tawaran sempena CNY ni, aku rasa rugi bebeno la kalau korang tak grab peluang ni untuk beli cadar dengan harga lebih murah.

Nak tengok lagi jelas, korang klik atas gambar


plain merah with strawberry comel2



Yang ni boleh letak kat master bedroom n bilik anak💓

ouuch..padanan ni pun cantik menarik tertarik kau memang daboom



Okey..aku memang selalu tewas dengan bunga2-an


super awesome jugak kalau dipadankan dengan bunga ala geometri



not bad



yang ni pun okay apa

So kalau ada yang berkenan, cepat2 wasap guys sementara stok masih ada

Salam sweet dream😴😴😴😴


musuh utama mendidik anak

 Sesungguhnya segala apa yang aku letakkan di sini, tidak lain dan tidak bukan ditujukan untuk diriku jua yang alpa dan lalai











Tuesday 3 January 2023

Jangan takut mencuba

 



Kadang-kadang kita takut nak cuba benda baru disebabkan kegagalan kita yang lalu.

Kita juga takut nak cuba benda baru sebab mindset kita. Ya, ubah cara fikir kita, baru kita boleh mengubah tindakan.

Itulah yang aku cuba usahakan sekarang.Banyak benda aku nak upgrade kehidupan aku untuk 2023.

Semuanya akan bermula dengan mengubah cara fikirku.Itulah yang sedang aku usahakan

Sunday 1 January 2023

2023 dan aku

 

Salam 2023.Memori keluargaku di awal tahun 


Syukur pada Allah, kerana masih memberikan aku nyawa untuk bernafas di muka bumi ini.

Alhamdulillah atas 2022 yang dah aku lalui.Banyak peristiwa yang aku alami.Segala ujian itu aku percaya ianya untuk mematangkan aku.

Untuk aku terus berharap KepadaNya,tidak berputus asa memperbaiki diri dan konsisten melakukan kebaikan.

Cuma untuk tahun 2022 yang lepas, aku rasa satu pencapaian yang besar bila aku tukar mindset aku pasal bisnes.

Dulu aku sangat tak suka bisnes.Aku tak suka tengok iklan. Samada kat facebook, status wasap dan di mana2 sahaja, aku memang menyampah dengan iklan.

Tapi dalam masa yang sama suami aku suruh aku belajar2 berbisnes. Aku pernah buka kedai ebook.Tapi sambutan kurang menggalakkan sebab aku 'malas' nak promote. 

Tambah merimaskan aku, pautan laman web ebook tu, kalau diletakkan kat fb, cover page ebook tu nampak separuh je😅,macam manalah orang nak tertarik. copywriting lak, jenuh nak fikir..huhu..

Cover ebook pulak tak cantik dan menarik. Walaupun orang kata "dont judge a book by its cover' tapi kalau kau nak tarik pembeli, wajiblah ada cover page yang catchy.Baru orang termakan umpan nak beli.

Suami aku ni pulak,oleh kerana dia lihat kecenderungan aku dalam niche pendidikan, dia pun cadangkan aku jual buku2 pendidikan..

Aku cuba.Tapi tak bertahan lama.Sebab bagi aku, promote buku tu, macam takde orang tertarik pun nak tengok.Its all about mindset.Entahlah..sebab iklan tu kadang2 aku tengok macam boring. Jadi, aku pun anggap ia membosankan untuk orang lain.

Sehinggalah suatu hari aku tengok kawan aku jual cadar. Eh..lawa2.Walaupun tak rasa nak beli, tapi aku selalu cuci mata kat status dia.

Masa itulah aku terfikir.Kalau aku jual cadar, mesti orang akan tengok status aku.Benda cantik kan.Siapa tak nak tengok.Lagi2 perempuan.So first time dalam hidup aku, aku rasa iklan bukanlah suatu yang menjengkelkan😂

Hrmmm..jadi di sini aku faham, dalam konteks aku, kalau nak bisnes, aku kena cari apa yang aku rasa best bila buat iklan.Dan setakat ni jual cadar sangat ngam dengan aku.

Banyak lagi mindset baru aku cuba buat untuk bisnes.Antaranya:

❤ Letak target untuk konsisten promote berbanding kejar sale. Sebab nak konsisten sale tu kita boleh kawal.Kalau nak kejar sale semata, aku takut akan kechiwa in case tak dapat sale.End up aku berhenti.

❤Bisnes tak semestinya buang masa.Dulu aku selalu anggap bisnes akan buat aku spend masa dekat phone lebih lama berbanding dengan anak.Realitinya..tak pun. Asalkan pandai urus masa.Everything will be fine.

❤ Rezeki tu milik Allah.Aku hanya berusaha sebagai hamba.Dulu kalau  menjual, aku ni macam stress sangat kalau tak dapat sale.Tapi kali ni, tak stress pun.Aku just layan2 je.Ada rezeki aku syukur, tak ada pun tak apa.So far aku rasa ok.

Jadi harapan aku untuk 2023, aku nak raih benda baru dalam proses aku menjual cadar ni.Aku nak orang kenal aku sebagai penjual cadar.Itu je dulu.

Aku ambik keputusan untuk berbisnes ni, sebab nak keluar dari zon selesa.Nak mencuba benda baru.Itu sahaja


korang yang nak dapatkan cadar baru untuk tahun ni roger2lah aku😉

Korang simpan lah nombor aku, boleh cuci mata kat sini👇🏻👇🏻😉


www.wasap.my/601156672019

May Allah bless my journey in 2023.

ps:Doakan aku dapat buat konten baru di Channel You Tube Inspirasi Alia Basirah.