Monday 4 December 2023

Dunia hari ini

 


Aku buntu. Palestin diserang kaw-kaw oleh Israel. Tapi dunia tidak berbuat apa-apa.

Manakala Coldplay, band yang mengangkat suara LGBT, dibenarkan berkonsert di Malaysia kerana mereka dikatakan pro Palestin. 

Artis muslim yang berkahwin di negara seberang dengan seronoknya mempromosikan gaya hidup barat ketika menyambut pernikahannya. Lupa halal haram. Janji bahagia. 

Dengar kata ada pesta red bik*ni nak diadakan di Malaysia malam ni. Puas dah kita membantah, tapi masih belum ada kenyataan rasmi untuk membatalkan program ini.

Di media sosial pula, diviralkan anak artis yang menari-nari sampai nak terlondeh baju. Ini je ke level mindset orang kita?? 

Allahu, dunia apa yang bakal ku wariskan untuk anak-anakku. Bantu kami ya Allah

Fallahu khairon hafizho, wa huwa arhamu arroohimin


No comments:

Post a Comment