Thursday 13 April 2017

Nabi melarang sahabatnya meniup air panas yang akan diminum.

Baginda tidak menerangkan tatapi

Qber again n again



Alhamdulillah

Hari ini 13 April 2017, aku kembali lagi ke MRSM Kuala Berang (Q-ber) untuk temuduga kali kedua.
Sebelum ini pernah jugak aku ditemuduga untuk jawatan kaunselor, tapi tak berjaya disebabkan ijazahku dalam bidang kimia.

Dulu masa temuduga tu aku menangis jugak sebab aku rasa aku menjadi mangsa kepada sistem yang salah. Kadang-kadang, aku rasa kurang adil apabila nilai diri  kita adalah apa yang tercatat di atas kertas.Nilai diri kita adalah kursus apa yang kita ambil, nilai diri kita adalah berapa pointer yang kita dapat...
Aku sangat kecewa... tapi masa tu aku tak boleh nak buat apa-apa .. Tak terluah apa yang ada di hati
Katanya aku ada potensi, tapi tak boleh jadi kaunselor sebab tak ada sijil.

Hari ini, aku datang lagi, untuk temuduga Cikgu Kimia. Penemuduga aku adalah bekas cikgu aku sendiri. Ustaz Abu Bakar (Ustaz Burnt) dan Cikgu Fauziah (bekas guru kimia aku dulu). Temuduga kali ini agak terbuka sedikit.

Memang aku cuba nak sampaikan objektif aku. Aku nak terapkan islamisasi ilmu dalam pembelajaran kimia. Macam-macam contoh aku buat. Aku nak suruh pelajar belajar untuk meneroka ilmu kimia bukan dak dapat A semata-mata.

Bila aku tekankan perkara ni, MARA tak berapa nak terima sebab objektif dia supaya pelajar mendapat A dalam subjek kimia.

Apabila kita mengajar supaya pelajar nak dapat A, sama sahaja seperti post yang aku ceritakan sebelum ni tentang sekolah haiwan.

Contoh: nilai A ialah kebolehan memanjat pokok

Gajah, harimau, itik, ikan, monyet, kura-kura semua disuruh memanjat pokok. Hai, agak-agak semua lulus ke?

Perumpamaan ini semua orang tahu tapi nak buat perubahan sangat sukar... Kenapa ye??

Sakit kepalaku memikirkannya...

Ya Allah, bantulah perjuanganku untuk memperbaiki sistem pendidikan Malaysia... tolonglah...

Dalam temuduga tadi Ustaz Burnt marah aku  jadi cikgu, dia suruh aku jadi motivator, bagi ceramah kat cikgu....

Ustaz!!!!!!

#Donno what to say
#Kalau bukan aku siape?