Friday 29 January 2021

Ebook Bila Pena Menari

 



Bismilllahirrahmanirrahim

Kawan-kawan..hari ini Alia nak buat pengumuman sikit. Untuk pengetahuan semua, Ebook Bila Pena Menari, buah tangan kedua Alia sudah berjaya diterbitkan.

Ebook ini khas Alia tulis untuk kawan2 yang berminat dalam dunia penulisan. Siapa yang nak cari semangat menulis, atau masih tercari-cari BIG WHY untuk memulakan penulisan, anda wajib dapatkan ebook ini.

Secara peribadi, perkara paling gembira tentang Ebook ini ialah apabila Alia dapat menggunakan khidmat editor dan pereka grafik. Alhamdulillah, niat untuk sentiasa mempersembahkan Ebook yang berkualiti sentiasa ada. Terima kasih kepada tim MGSA (Master Shiro Global Academy) dan Saudari Amira Syazwani Hamdan kerana membantu merealisasikan impian Alia.

Jangan lupa dapatkan di sini ye kawan2

 http://www.basirahbookstore.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA2419

Monday 18 January 2021

Kluster Pemergian Orang-orang Soleh



Bulan Januari 2021, kita semua telah dikejutkan dengan kehilangan insan-insan yang istimewa di sisi Allah. Dengan mengimbau kembali gaya hidup orang-orang soleh, pasti akan membuatkan kita terinspirasi dengan husnul khatimah mereka.

Sipakah mereka itu?

1.   Kapten Afwan (Juruterbang Srivijaya Air)

Pada tanggal 9 Januari, kapal terbang yang dipandu beliau hilang kawalan dan terjunam ke dalam laut. Seusai tragedi berlaku, segala kebaikannya mula menjadi bualan netizen.

 


Selain terkenal dengan sifatnya yang zuhud, beliau juga adalah seorang yang sangat komited dengan solat. Buktinya, beliau menolak penerbangan pada hari jumaat semata-mata tidak mahu meninggalkan solat jumaat.

Komitmennya dalam solat turut dizahirkan dalam status wasap terakhirnya yang tertulis:

“Setinggi apa pun aku terbang, tidak akan mencapai surga bila tidak solat lima waktu.”

Sungguh, pesanan terakhirnya telah memberi inspirasi kepada kita untuk mengejar husnul khatimah.

 

2.   Sheikh Ali Jaber

Beliau merupakan pendakwah ulung  berbangsa Arab yang menetap di Indonesia. Pada mulanya beliau disyaki menghidap covid, tetapi swab test terakhir menunjukkan keputusan negatif. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari 2021

Sepanjang hidup, beliau seorang yang aktif melakukan kerja-kerja dakwah dan tidak berputus asa mengajak umat Islam beramal dengan ajaran Islam. Taip sahaja nama beliau, pasti akan keluar videonya berceramah.

Antara nasihatnya yang terkesan di hati saya ialah:

“Jangan memberitahu sesiapapun tentang maksiatmu kerana dua sebab; pertama maksiat bukan untuk dibanggakan. Kedua kerana manusia takkan melupakan keburukanmu walaupun telah bertaubat.”

 

3.   Tintin Kartini

 


Beliau merupakan seorang pandakwah muslimah Indonesia yang dikenali dengan akhlak baik, ramah serta aktif dalam pergerakan dakwah.

 

Individu yang dikenali sebagi Ummi Tintin ini juga merupakan aktivis Aman Palestin yang gigih memperjuangkan isu kebajikan rakyat Palestin .

 

Antara tulisan menarik yang dikongsikan di FBnya , Tintin Kartini berbunyi:

 

Berilah kesempatan kepada seseorang untuk berubah, kerana seorang yang dulunya sangat membenci dan hampir membunuh Rasulullah, sekarang terbaring di maqam Rasulullah.

 

Ibu tintin dikhabarkan meninggal dunia ketika sedang melakukan tahajud di rumahnya pada malam Jumaat, 15 Januari 2021. Suatu kematian yang sangat diimpikan oleh kita semua.

 

 

4.   Tun Dr Mohamed Salleh Abbas

 


Beliau merupakan bekas ketua Hakim Negara. Sumbangannya dalam dunia perundangan Islam tidak dapat disangkal lagi. Beliau terlibat dalam penggubalan enakmen kanun jenayah syariah bagi negeri Kelantan dan Terengganu.

Walaupun dicelup pendidikan barat,  ia bukan alasan  kepada beliau untuk tidak menerapkan unsur agama dalam dunia perundangan.

Untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam ilmu perundangan, beliau  sangat prihatin dengan penerbitan buku undang-undang dalam bahasa melayu.

Beliau dikhabarkan sangat mencintai majlis ilmu dan setia mengikuti kuliah anjuran PAS di Masjid Rusila saban Jumaat.

 Tun Salleh Abas telah menghembuskan nafas terakhir pada 16 Januari 2021 akibat menghidap covid-19

 

5.   Ustaz Darawi

 

Beliau merupakan ayah kepada sahabat saya , Ummu Nadia Darawi. Saya sangat terkesan apabila dikhabarkan pemergian ayahnya yang cukup mudah.

Ustaz Darawi dijemput Illahi ketika sedang berzikir tika menunggu azan  subuh di pagi Jumaat yang mulia.

Beliau merupakan seorang yang sangat memuliakan Al-Quran sepanjang hayatnya.

Banyak ilmu Al-Quran yang diturunkan kepada anak didiknya. Antaranya Ustaz Azizan, yang menjadi Guru Taranum dalam program Mari Bertaranum di TV9.

 Itulah yang dikongsikan oleh sahabat saya. Beliau meninggal dunia pada 15 Januari 2021.

 

Bila diteliti kembali pemergian mereka, saya tertanya-tanya adakah kita juga akan mengikuti jejak langkah mereka?

Bagi saya, bukan senang ingin memperolehi husnul khatimah (kematian yang baik).

Dalam hidup kita yang sering mengejar material, isu kematian sering dianggap remeh oleh kita semua. Walhal kematianlah yang perlu disiapkan.

Rasulullah pernah mengingatkan kita dalam sabdaNya:

Orang yang paling cerdik adalah orang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan menghadapi hari kematian [HR Ibnu Majah]

Apabila bercakap soal kematian, kita sebenarnya berhadapan dengan isu yang pasti. Suka atau tidak, setiap amalan kita di dunia pasti akan dipertanggungjawabkan.

Sebab itu kita harus memilih sekarang, samada kita mahukan Husnul khatimah atau suul khatimah (Pengakhiran yang buruk)

 

So, there are only two options: Make progress or make excuses

 

Walau apapun yang berlaku, moga-moga  Allah memberikan kita kekuatan untuk mengikut jejak langkah hambaNya yang telah menemui husnul khatimah. Ameen.

 

Alia Basirah WM

Semoga bermanfaat

Friday 1 January 2021

Angin Tebing Tembah



Angin kuat di Tebing Tembah

Kedudukan rumahku dikelilingi bukit. Hari ini sudah masuk hari ketiga, angin kuat menerpa halaman rumahku.

Musim tengkujuh belum habis. Sedang aku menaip setiap aksara, angin kencang membawa hawa sejuk mencengkam tubuhku.

Umpama duduk berdekatan pendingin hawa yang di set ke nombor 4. Aku kedinginan.

Helaian rambutku bergerak-gerak seumpama meraikan angin kencang yang bertamu.

Oh angin...

Engkau datang membawa pesan tuhan

Engkau datang membawa hujan

Engkau datang membawa kegembiraan pada alam

Dedaunan melambai-lambai

Lalang menari-nari

Kabus putih terlakar di atas bukit

Alangkah indahnya alam💓

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal

Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata " Ya tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau lindungilah kami dari azab api neraka 

[Al-Imran: 190-191]