Bulan
Januari 2021, kita semua telah dikejutkan dengan kehilangan insan-insan yang
istimewa di sisi Allah. Dengan mengimbau kembali gaya hidup orang-orang soleh,
pasti akan membuatkan kita terinspirasi dengan husnul khatimah mereka.
Sipakah
mereka itu?
1. Kapten Afwan (Juruterbang Srivijaya Air)
Pada tanggal 9 Januari, kapal terbang yang dipandu beliau hilang kawalan
dan terjunam ke dalam laut. Seusai tragedi berlaku, segala kebaikannya mula
menjadi bualan netizen.
Komitmennya dalam solat turut dizahirkan dalam status wasap terakhirnya yang tertulis:
“Setinggi apa pun aku terbang, tidak akan mencapai surga bila tidak solat lima waktu.”
Sungguh, pesanan terakhirnya telah memberi inspirasi kepada kita untuk
mengejar husnul khatimah.
2. Sheikh Ali Jaber
Beliau merupakan pendakwah ulung berbangsa Arab yang menetap di Indonesia. Pada mulanya beliau disyaki menghidap covid, tetapi swab test terakhir menunjukkan keputusan negatif. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari 2021
Sepanjang hidup, beliau seorang yang aktif melakukan kerja-kerja dakwah dan tidak berputus asa mengajak umat Islam beramal dengan ajaran Islam. Taip sahaja nama beliau, pasti akan keluar videonya berceramah.
Antara nasihatnya yang terkesan di hati saya ialah:
“Jangan memberitahu sesiapapun tentang maksiatmu kerana dua sebab;
pertama maksiat bukan untuk dibanggakan. Kedua kerana manusia takkan melupakan
keburukanmu walaupun telah bertaubat.”
3. Tintin Kartini
Beliau merupakan seorang pandakwah muslimah Indonesia yang dikenali
dengan akhlak baik, ramah serta aktif dalam pergerakan dakwah.
Individu yang dikenali sebagi Ummi Tintin ini juga merupakan aktivis Aman
Palestin yang gigih memperjuangkan isu kebajikan rakyat Palestin .
Antara tulisan menarik yang dikongsikan di FBnya , Tintin Kartini berbunyi:
Berilah kesempatan kepada seseorang untuk berubah, kerana seorang yang
dulunya sangat membenci dan hampir membunuh Rasulullah, sekarang terbaring di
maqam Rasulullah.
Ibu tintin dikhabarkan meninggal dunia ketika sedang melakukan tahajud di
rumahnya pada malam Jumaat, 15 Januari 2021. Suatu kematian yang sangat
diimpikan oleh kita semua.
4. Tun Dr Mohamed Salleh Abbas
Beliau merupakan bekas ketua Hakim Negara. Sumbangannya dalam dunia perundangan Islam tidak dapat disangkal lagi. Beliau terlibat dalam penggubalan enakmen kanun jenayah syariah bagi negeri Kelantan dan Terengganu.
Walaupun dicelup pendidikan barat, ia bukan alasan kepada beliau untuk tidak menerapkan unsur agama dalam dunia perundangan.
Untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam ilmu perundangan, beliau sangat prihatin dengan penerbitan buku undang-undang dalam bahasa melayu.
Beliau dikhabarkan sangat mencintai majlis ilmu dan setia mengikuti kuliah anjuran PAS di Masjid Rusila saban Jumaat.
Tun Salleh Abas telah
menghembuskan nafas terakhir pada 16 Januari 2021 akibat menghidap covid-19
5. Ustaz Darawi
Beliau merupakan ayah kepada sahabat saya , Ummu Nadia Darawi. Saya sangat terkesan apabila dikhabarkan pemergian ayahnya yang cukup mudah.
Ustaz Darawi dijemput Illahi ketika sedang berzikir tika menunggu azan subuh di pagi Jumaat yang mulia.
Beliau merupakan seorang yang sangat memuliakan Al-Quran sepanjang hayatnya.
Banyak ilmu Al-Quran yang diturunkan kepada anak didiknya. Antaranya
Ustaz Azizan, yang menjadi Guru Taranum dalam program Mari Bertaranum di TV9.
Bila diteliti kembali pemergian mereka, saya tertanya-tanya adakah kita juga akan mengikuti jejak langkah mereka?
Bagi saya, bukan senang ingin memperolehi husnul khatimah (kematian yang baik).
Dalam hidup kita yang sering mengejar material, isu kematian sering dianggap remeh oleh kita semua. Walhal kematianlah yang perlu disiapkan.
Rasulullah pernah mengingatkan kita dalam sabdaNya:
Orang yang paling cerdik adalah orang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan menghadapi hari kematian [HR Ibnu Majah]
Apabila bercakap soal kematian, kita sebenarnya berhadapan dengan isu yang pasti. Suka atau tidak, setiap amalan kita di dunia pasti akan dipertanggungjawabkan.
Sebab itu kita harus memilih sekarang, samada kita mahukan Husnul
khatimah atau suul khatimah (Pengakhiran yang buruk)
So, there are only two options: Make progress or make excuses
Walau apapun yang berlaku, moga-moga Allah memberikan kita kekuatan untuk mengikut
jejak langkah hambaNya yang telah menemui husnul khatimah. Ameen.
Alia Basirah WM
Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment