Mari saya tuliskan ebook untuk anda
Showing posts with label Keluarga ku ♥️♥️. Show all posts
Showing posts with label Keluarga ku ♥️♥️. Show all posts

Sunday, 22 March 2026

Raya 2026 dan refleksi Ramadan

 

Raya pertama di kampung


Ramadan tahun ini, jujurnya aku banyak tak puas hati dengan diri aku.


Walaupun aku dah cuba buat persediaan sebelum Ramadan..cari ilmu, buat ulangkaji hal ehwal ramadan tapi 180 darjah situasi itu bertukar.


Awalnya, aku rasa macam banyak "bocor". Ada target ibadah tak tercapai. 


Tapi akhirnya Ramadan inilah mengajar aku bahawa kekurangan itulah yang menjadikan aku ini hamba.


Sebenarnya, dulu memang ada Ramadan yang ku rasa kosong meskipun dah khatam  Quran 30 juzuk.


Entah kenapa..perasaan nak menangis menghayati momen solat tu rasa susah. Walaupun dah tadabbur Quran bagai. Sadis betul.


Tapi ada kalanya ramadan itu penuh dengan kealpaan, penuh dengan cubaan dan dugaan yang menyebabkan aku gagal mendirikan amalan-amalan rohani...


Tapi akhirnya itulah yang membuatkan aku menangis, merintih kerana mengenangkan betapa gagal dan lemahnya aku untuk menjadi hamba Allah yang baik.


Begitulah..ada kalanya jalan menuju tuhan itu  adalah penyesalan atas dosa-dosa lalu, bukan amal soleh semata-mata.


Bagi aku setiap ramadan itu berbeza..tapi itulah yang membuahkan makna yang mendidik kita untuk menjadi hamba yang lebih baik.


Bagi ramadan akan datang, moga ada jalan dan peluang untuk aku terus berusaha mencapai ketaqwaan di sisiNya.


Salam Aidilfitri semua. Taqobballahu minna wa minkum.


Alia Basirah WM

Syukur atas tarbiyah Ramadan


Moga raya kita menjadi ibadah dan wadah untuk eratkan silaturrahim sesama kita. 

Saturday, 11 October 2025

Aktiviti dengan Hasanah

 

Main susun2 block 

 

Main susun2 lego ikut warna


Exploring chemistry


Painting wooden boat



Buat playdough



Painting Projek ntah apa2..


Again...susun2 lego


Puas main lego, kita main block pulok



Tuesday, 7 October 2025

The other side of September

 


Gigi mayra terlebih tumbuh..Gigi susu tak tercabut lagi, tapi gigi kekal tak sabar nak tumbuh...kena jumpa dentist..



Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla..Peristiwa bersejarah dunia...ada domino effect. Tak lama lepas misi ni, ada pengumuman gencatan senjata Israel-Gaza. Palestin belum merdeka sepenuhnya, tapi tetaplah kita sumud agar BaitulMaqdis kembali menjadi milik orang Islam.


Adik aman dapat kerja!!! Alhamdulillah a'la kulli hal


Sambut birthday abah kat homestay. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku mentua yang baik...
 
Walimah achik. Tahniah chik..My beloved cousin that always besides me through my ups and downs.. especially during single mingle..hehe




Friday, 2 May 2025

Hari raya 2025

 

Biru diraja: Tema raya 2025 


Ikut resam suami aku, kalau enam hari ada cuti raya, maka enam hari lah keluargaku kena pakai sedondong.Haha..jenuh weyh..tapi kadang2, seronok gak.

Plot twist, suamiku ni direzekikan Allah dapat jodoh buta warna😂😂. Yang merah nampak oren, yang teal blue nampak baby blue.Jadi time nak raya je stress. Aku pun decide nak sedondong 4 hari.Susah gak nak shopping untuk match2 ni.Tapi demi keluarga tercinta, ku gagahi jua.

Untuk rekod ada dua kali raya aku tersalah pilih warna..tak pasti tahun berapa. Ada yang sempat beli last minute, tapi ada juga yang redha je pakai masa raya walau tak mmasuk sangat warna dia..huhu.

Sejak itu, suamiku kurang percayakan aku bab pilih2 warna ni. Kena dapat approval dia dulu. Suami aku suka matching2 ni.Dia kata nanti senang orang nak cam, yang mana isteri dan anak2.

Untuk tahun ni pula, asalnya nak warna biru PN, tapi bila rambang mata masuk kedai kain, jadilah tema raya kami biru BN..royal blue juga pilihan last sekali.

Sekian cerita rayaku.Selamat Hari Raya semua.Maaf zahir dan batin.

Yang terlajak post raya,

Alia Basirah WM

P/s: pemilihan warna tidak menggambarkan kecenderungan parti politik😆

Keluarga mentua dan ipar duai

Adik-beradikku.








Thursday, 19 December 2024

Reunion adik beradik

 



Sekarang ni, bila tiba je hari lahir anak aku yang sulong, majlis akan jadi besar.

Bak kata suami aku, birthday Mayra ni dah jadi event tahunan.

Asalnya nak buat kecik2 je, last2 sekali kena jemput semua😅.

Sebab birthday anak aku sama tarikh dengan kematian arwah mak mama.Jadi mama nak buat tahlil juga untuk arwah mak dia. Begitulah ceritanya.

Segala kemeriahan majlis aku kumpulkan kat sini untuk tatapan dan kenangan.



Gambar adik beradik









Saturday, 23 November 2024

My memori

 Ini kek birthday aku..saje aku letak kat sini. Supaya aku sentiasa mengenang kebaikan dan cinta suami aku


Perkahwinan tak selamanya indah.Pasti ada pasang surutnya. Semoga kebaikan2 kecil pasangan kita bisa menjadikan kita untuk terus teguh bersama walau apa jua rintangan yang dilalui




Friday, 28 June 2024

Offficialy Ibu nak tiga

 



Alhamdulillah..

Tanggal 26 Jun 2024, aku selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga.

Pengalaman bersalin yang ketiga ni memang lain maciam.Sakit tu overload sikit.Walaupun tak induce macam anak nombor satu tapi contraction dia, ma sha Allah, Tabarakallah... Power giler.

Berbanding anak aku yang lain, nak teran yang ketiga ni paling lama.Tapi takdelah lama sangat,mungkin dalam 5-8 minit.

Anak-anakku yang lain teran sekali dua camtu, dah setel.Tapi anak ketiga ni memang tak berjahit langsung.Allah mudahkan kat situ.

Tapi lepas bersalin aku rasa aku terkena rengat.Sakit nya macam senggugut kuat.Aduh!! Memang menduga kesabaran.

Tapi itulah ujian dunia. Di sebalik kesusahan, ada kemudahan.Alhamdulillah a'la kulli hal.

Tapi yang paling gumbira, aku rasa sangat Allah kabul doa2 aku.Start je aku sampai HSNZ, memang semua staf perempuan yang conduct aku dari mula sampai akhir.Alhamdulillah, tak terkena dengan doktor lelaki.

Aku redha je dengan sakit bersalin kaw-kaw.Sakit nombor dua.Yang penting maruah sebagai muslimah terpelihara.

Akhir kata Allah jualah yang maha memelihara.Benarlah kalamNya..Fallahu khairon Hafizho wa huwa Arhamurrohimiin

Saturday, 1 June 2024

Thursday, 30 May 2024

Aktiviti cuti sekolah

 




Cuti sekolah dah mula.Aku sejenis alergik sikit kalau anak aku asyik tengok tv dari pagi hingga ke petang

Jadi, adalah aku susun sikit aktiviti untuk Mayra dan Aufa.

Simpan kat sini sebagai kenang-kenangan



Saturday, 27 January 2024

Hari anugerah untuk kakak

 

Mayra gembira sebab dapat 'mahkota' katanya😂


Alhamdulillah..

Hari ini hari bersejarah buat kakak Mayra. Dapat anugerah celik minda dan anugerah pelajar cemerlang.

Sejujurnya ibu tak letak harapan tinggi pada anak ibu.Sebab ibu tak nak bagi tekanan pada kakak.

Anggaplah pencapaian hari ni sekadar perjalanan hidup kakak.Berjaya bukan bermakna berjaya selamanya.Gagal juga bukan bermakna gagal selamanya. 

Nikmat dan ujian adalah daripada Allah. Tak kiralah kakak berada di atas atau di bawah, selagi ibu hidup, ibu tetap akan menemani anak ibu, no matter what.

Kerana kakak adalah amanah Allah untuk ibu.Akhir kata,tahniah atas kejayaan ini anakku. Doa ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.


Yang menyayangimu,

Ibu😘


Sunday, 17 December 2023

My daughter turn 5

Gigih abi dan ayahchik buat persediaan

3 butir kek untuk birthday Mayra dan Luth




2 ketul kesayangan ibu

Banyak pulok hadiah birthday kali ni.Alhamdulillah.



Post ceremony 

Semoga Mayra berjaya dunia akhirat, dan sentiasa dipayungi rahmat yang Maha Esa

 

Monday, 23 January 2023

Hidupku sebagai ibu (1)

 



                                 #Masa

Mayra:Ibu, jom Ejen Ali, pukul enam, pukul setengah

Ibu tengok jam, memang tepat pukul 6:30pm😃😃

Okay..Luluslah anak ibu tengok jam


                                #Madu

Mayra batuk masa duduk rumah tokma. Ibu pun bagi dia makan madu.Sejam kemudian...

Mayra:Ibu, yang Mayra makan tadi tu..ubat lebah ke?

Ibu:Ya... orang panggil madu

Mayra:Owh..madu...

Ibu: Madu manis tak Mayra?

Mayra: Ermm..tak rasa.Tak sedap ibu.. Ibu, bagilah balik madu tu kat lebah..kesian dia

Ibu:🤣🤣🤣

Saturday, 14 January 2023

Kenangan Perpustakaan

 



Alhamdulillah, hari ini berpeluang gi (rumahstaka) 😅~ bak kata mayra. Seronok sangat pustaka kerteh ni. Pasti ada aktiviti setiap hujung minggu. 

Dari dulu lagi aku berniat nak biasakan anak aku dengan pustaka. Biar wujud budaya ilmu dalam jiwa mereka. 

Selepas buat aktiviti, aku akan selitkan juga sesi membaca dengan Mayra. Seronok bila tengok anak teruja membaca. 

Aufa pula aku biarkan dia berbonding time dengan Abi. Haha. Terima kasih juga untuk abi yang cadangkan gi pustaka hujung minggu ni😘

Semoga budaya cintakan ilmu sentiasa subur dalam keluargaku

Alia Basirah WM

Masih berjuang menjadi ibu yang baik



Sunday, 1 January 2023

2023 dan aku

 

Salam 2023.Memori keluargaku di awal tahun 


Syukur pada Allah, kerana masih memberikan aku nyawa untuk bernafas di muka bumi ini.

Alhamdulillah atas 2022 yang dah aku lalui.Banyak peristiwa yang aku alami.Segala ujian itu aku percaya ianya untuk mematangkan aku.

Untuk aku terus berharap KepadaNya,tidak berputus asa memperbaiki diri dan konsisten melakukan kebaikan.

Cuma untuk tahun 2022 yang lepas, aku rasa satu pencapaian yang besar bila aku tukar mindset aku pasal bisnes.

Dulu aku sangat tak suka bisnes.Aku tak suka tengok iklan. Samada kat facebook, status wasap dan di mana2 sahaja, aku memang menyampah dengan iklan.

Tapi dalam masa yang sama suami aku suruh aku belajar2 berbisnes. Aku pernah buka kedai ebook.Tapi sambutan kurang menggalakkan sebab aku 'malas' nak promote. 

Tambah merimaskan aku, pautan laman web ebook tu, kalau diletakkan kat fb, cover page ebook tu nampak separuh je😅,macam manalah orang nak tertarik. copywriting lak, jenuh nak fikir..huhu..

Cover ebook pulak tak cantik dan menarik. Walaupun orang kata "dont judge a book by its cover' tapi kalau kau nak tarik pembeli, wajiblah ada cover page yang catchy.Baru orang termakan umpan nak beli.

Suami aku ni pulak,oleh kerana dia lihat kecenderungan aku dalam niche pendidikan, dia pun cadangkan aku jual buku2 pendidikan..

Aku cuba.Tapi tak bertahan lama.Sebab bagi aku, promote buku tu, macam takde orang tertarik pun nak tengok.Its all about mindset.Entahlah..sebab iklan tu kadang2 aku tengok macam boring. Jadi, aku pun anggap ia membosankan untuk orang lain.

Sehinggalah suatu hari aku tengok kawan aku jual cadar. Eh..lawa2.Walaupun tak rasa nak beli, tapi aku selalu cuci mata kat status dia.

Masa itulah aku terfikir.Kalau aku jual cadar, mesti orang akan tengok status aku.Benda cantik kan.Siapa tak nak tengok.Lagi2 perempuan.So first time dalam hidup aku, aku rasa iklan bukanlah suatu yang menjengkelkan😂

Hrmmm..jadi di sini aku faham, dalam konteks aku, kalau nak bisnes, aku kena cari apa yang aku rasa best bila buat iklan.Dan setakat ni jual cadar sangat ngam dengan aku.

Banyak lagi mindset baru aku cuba buat untuk bisnes.Antaranya:

❤ Letak target untuk konsisten promote berbanding kejar sale. Sebab nak konsisten sale tu kita boleh kawal.Kalau nak kejar sale semata, aku takut akan kechiwa in case tak dapat sale.End up aku berhenti.

❤Bisnes tak semestinya buang masa.Dulu aku selalu anggap bisnes akan buat aku spend masa dekat phone lebih lama berbanding dengan anak.Realitinya..tak pun. Asalkan pandai urus masa.Everything will be fine.

❤ Rezeki tu milik Allah.Aku hanya berusaha sebagai hamba.Dulu kalau  menjual, aku ni macam stress sangat kalau tak dapat sale.Tapi kali ni, tak stress pun.Aku just layan2 je.Ada rezeki aku syukur, tak ada pun tak apa.So far aku rasa ok.

Jadi harapan aku untuk 2023, aku nak raih benda baru dalam proses aku menjual cadar ni.Aku nak orang kenal aku sebagai penjual cadar.Itu je dulu.

Aku ambik keputusan untuk berbisnes ni, sebab nak keluar dari zon selesa.Nak mencuba benda baru.Itu sahaja


korang yang nak dapatkan cadar baru untuk tahun ni roger2lah aku😉

Korang simpan lah nombor aku, boleh cuci mata kat sini👇🏻👇🏻😉


www.wasap.my/601156672019

May Allah bless my journey in 2023.

ps:Doakan aku dapat buat konten baru di Channel You Tube Inspirasi Alia Basirah.

Sunday, 18 December 2022

Nasi goreng cinta

 

Nasi goreng cinta dimasak dengan penuh kasih sayang oleh suamiku


Dalam rumahtangga, antara kelemahan ketara aku adalah kurang pandai masak.😂Banyak lagi nak kena improve.

Kesian betul suami aku.Bakat aku dan suami bab2 masak ni umpama langit dan bumi.

Suami aku pulak memang suka menggembirakan orang dengan jamu makanan sedap2. Thats the way he express his love🧡

Aku pulak masih berjuang nak cari kepuasan dalam memasak. Sebenarnya, aku sejenis tak beriya sangat bab makan ni.Bagi aku yang penting dapat hilangkan lapar je.

Sedap atau tak sedap, tu nombor dua.Tapi kalau boleh makan sedap, itu dah satu bonus buat aku.Cenggitulah.

Suami aku ni, selera makan dia level kayangan.So, nak tak nak aku kena cuba untuk baiki aku untuk bersungguh-sungguh lagi bab memasak sedap ni.Doakan aku ya😘


Friday, 25 November 2022

Digital Detox day-2

Hari ini dah masuk hari kedua off Fb. Haha.. aku rasa bosan nak mati.😪

Bukak phone kalau tak boleh tengok fb cam pelik.Tik Tok pulak aku dah lama uninstall.Tak tahu dah apa cerita kat Tik Tok tu.

Status kat wasap korang je aku tengok.Haha.Nampaknya aku kena tambah contact aku lagi..😂😂

Sekarang, kalau nak tahu isu semasa, aku baca kat awani.com je.

Walaupun dah 3 hari aku tinggalkan fb, aku rasa lebih fokus dalam hidup aku. Ada juga pencapaian baru. Ada rezeki aku share kat post lain..😁😁

Anyway..sempat jugak family time kat pantai. Santai-santai petang.Wat lepah awe orang ganu kata.







Thursday, 24 November 2022

Kompilasi aktiviti Mayra sepanjang hidup dia

 Ini antara kepuasan aku bila boleh jaga anak sendiri. Alhamdulillah a'la kulli.hal



art....lukis dan tampal + diy white glue


belajar nombor (numbering)

membaca kat pustaka

berenang dengan abi

exploring nature.siap bawa buku tiru cerita alif sofia

susun lego

warna atas batu ala2 kanvas

solat

santuni alam

bonding with  abi

maskot mask

main masak2 guna plastisin

main doktor2

main air pantai

tik tok belajar jam

puzzling

main musang berjanggut.cari dan susun 

Post terbaru

Trivia birthday Abi