Sunday 1 January 2023

2023 dan aku

 

Salam 2023.Memori keluargaku di awal tahun 


Syukur pada Allah, kerana masih memberikan aku nyawa untuk bernafas di muka bumi ini.

Alhamdulillah atas 2022 yang dah aku lalui.Banyak peristiwa yang aku alami.Segala ujian itu aku percaya ianya untuk mematangkan aku.

Untuk aku terus berharap KepadaNya,tidak berputus asa memperbaiki diri dan konsisten melakukan kebaikan.

Cuma untuk tahun 2022 yang lepas, aku rasa satu pencapaian yang besar bila aku tukar mindset aku pasal bisnes.

Dulu aku sangat tak suka bisnes.Aku tak suka tengok iklan. Samada kat facebook, status wasap dan di mana2 sahaja, aku memang menyampah dengan iklan.

Tapi dalam masa yang sama suami aku suruh aku belajar2 berbisnes. Aku pernah buka kedai ebook.Tapi sambutan kurang menggalakkan sebab aku 'malas' nak promote. 

Tambah merimaskan aku, pautan laman web ebook tu, kalau diletakkan kat fb, cover page ebook tu nampak separuh je😅,macam manalah orang nak tertarik. copywriting lak, jenuh nak fikir..huhu..

Cover ebook pulak tak cantik dan menarik. Walaupun orang kata "dont judge a book by its cover' tapi kalau kau nak tarik pembeli, wajiblah ada cover page yang catchy.Baru orang termakan umpan nak beli.

Suami aku ni pulak,oleh kerana dia lihat kecenderungan aku dalam niche pendidikan, dia pun cadangkan aku jual buku2 pendidikan..

Aku cuba.Tapi tak bertahan lama.Sebab bagi aku, promote buku tu, macam takde orang tertarik pun nak tengok.Its all about mindset.Entahlah..sebab iklan tu kadang2 aku tengok macam boring. Jadi, aku pun anggap ia membosankan untuk orang lain.

Sehinggalah suatu hari aku tengok kawan aku jual cadar. Eh..lawa2.Walaupun tak rasa nak beli, tapi aku selalu cuci mata kat status dia.

Masa itulah aku terfikir.Kalau aku jual cadar, mesti orang akan tengok status aku.Benda cantik kan.Siapa tak nak tengok.Lagi2 perempuan.So first time dalam hidup aku, aku rasa iklan bukanlah suatu yang menjengkelkan😂

Hrmmm..jadi di sini aku faham, dalam konteks aku, kalau nak bisnes, aku kena cari apa yang aku rasa best bila buat iklan.Dan setakat ni jual cadar sangat ngam dengan aku.

Banyak lagi mindset baru aku cuba buat untuk bisnes.Antaranya:

❤ Letak target untuk konsisten promote berbanding kejar sale. Sebab nak konsisten sale tu kita boleh kawal.Kalau nak kejar sale semata, aku takut akan kechiwa in case tak dapat sale.End up aku berhenti.

❤Bisnes tak semestinya buang masa.Dulu aku selalu anggap bisnes akan buat aku spend masa dekat phone lebih lama berbanding dengan anak.Realitinya..tak pun. Asalkan pandai urus masa.Everything will be fine.

❤ Rezeki tu milik Allah.Aku hanya berusaha sebagai hamba.Dulu kalau  menjual, aku ni macam stress sangat kalau tak dapat sale.Tapi kali ni, tak stress pun.Aku just layan2 je.Ada rezeki aku syukur, tak ada pun tak apa.So far aku rasa ok.

Jadi harapan aku untuk 2023, aku nak raih benda baru dalam proses aku menjual cadar ni.Aku nak orang kenal aku sebagai penjual cadar.Itu je dulu.

Aku ambik keputusan untuk berbisnes ni, sebab nak keluar dari zon selesa.Nak mencuba benda baru.Itu sahaja


korang yang nak dapatkan cadar baru untuk tahun ni roger2lah aku😉

Korang simpan lah nombor aku, boleh cuci mata kat sini👇🏻👇🏻😉


www.wasap.my/601156672019

May Allah bless my journey in 2023.

ps:Doakan aku dapat buat konten baru di Channel You Tube Inspirasi Alia Basirah.

No comments:

Post a Comment