Hari ini aku sangat bersyukur kerana Allah telah
menambahkan bagiku kefahaman yang mendalam tentang peranan wanita yang
sebenarnya. Benarlah, jika kita membersihkan hati, ilmu itu akan menyerap
bagaikan span ke dalam hati kita. Walaubagaimanapun, ilmu yang aku perolehi
tetap ku anggap sebagai amanah yang besar untuk aku kongsikan dengan seluruh
wanita di dunia. Biarpun hanya blog yang akan kugunakan untuk menyebarkan
kefahaman aku, aku tetap bercita-cita untuk menerbitkan buku bagi
menyebarluaskan ideologi aku tentang peranan wanita selari yang digariskan oleh
Islam.
Baru-baru ini, aku menonton astro awani. Analisis
awani membincangkan soal transformasi wanita moden di India. Izza Izelan,
pengacara segmen tersebut telah menemubual seorang penulis buku tentang
perjuangan wanita di India, Ira Trivadi. Penulis ini cuba menyebarkan kefahaman
mengenai perlunya berlaku anjakan paradigma bagi wanita di India kerana mereka
masih terikat dengan budaya tradisional dalam soal mempertahankan hak wanita,
contohnya jodoh ditentukan oleh ibu bapa, wanita lebih digalakkan berada di
rumah dan suami mempunyai kuasa mutlak ke atas isteri. Sejujurnya, aku
menganggap budaya ini sebagai sesuatu yang positif dan harus dikekalkan. Adalah
tidak wajar untuk kita mengubah sistem yang hakikatnya lebih banyak memberi
manfaat berbanding kemudaratan. Walaubagaimanapun, Ira menganggap ini sesuatu
yang sangat jumud dan seolah-olah menyekat kebebasan wanita pada hari ini.
Berdasarkan ucapannya semasa ditemubual, beliau sangat menggalakkan pergaulan
yang lebih bebas antara lelaki dan wanita. Beliau pernah menganjurkan acara
berdating dan menggalakkan anak-anak muda mencubanya. Program ini dibuat kononnya
untuk membuat mereka lebih yakin dengan diri sendiri dan boleh memulakan
hubungan tanpa rasa malu.
Jadi aku berpendapat usahanya
untuk memodenkan wanita India dengan mengorbankan sistem nilai yang selari
dengan ajaran islam adalah sangat membimbangkan. Tetapi dia telah berjaya
menerbitkan tiga buah buku untuk menyebarkan ideologinya. [Aku???, ini bikin
buat aku rasa nak menangis].Walaupun aku hanya mampu menerbitkan tulisanku di
blog, jauh di sudut hati Aku memohon agar Allah memudahkan perjalananku untuk
menjadi penulis yang punya perjuangan…. Sekurang-kurangnya inilah kebaktianku
pada masyarakat dan aku berharap Allah
akan terus memberkati penulisanku ini bagi menangkis segala idelogi sonsang
yang hakikatnya hanya membawa kemudaratan dalam hidup kita. In sha Allah.