Blog..... Tak dapat bawa kamu ke syurga.. Tapi mungkin dengan perkongsian yang baik,sebarkan ilmu yang bermanfaat akan menjadi saham PAHALA dan menggapai Redha-Nya... In Sha Allah

Walimah, Roda dan Keajaiban



 
Alhamdulillah. Hari ini aku berpeluang menghadiri walimah sahabatku, Siti Nazirah di Jitra. Berehatlah aku sebentar dari kepeningan memikirkan tesisku ini. Pukul sepuluh, aku sudah berada di rumah sahabatku untuk menghadiri majlis akad nikah. Walaupun aku hadir sebagai tetamu, aku memahami debaran yang dirasakan sahabatku untuk menjadi 'isteri orang' pada hari ini. Syukur pada Allah, segalanya berjalan lancar. Majlis tadi sangat ringkas. Tapi keberkatannya terasa. Ada juga zanji, nasyid yang dialunkan untuk menghidupkan suasana. Meskipun sederhana namun tetap meriah. 

Kat sana, sempat jugalah aku bergambar dan bermesra dengan rakan-rakan akhawat. Rata–rata yang aku jumpa mengucapkan tahniah kepadaku kerana tulisanku diterbitkan dalam majalah solusi. Hanya senyuman dan ucapan terima kasih menghiasi bibirku. Sempat juga aku berborak tentang research dengan sahabatku dari  UNIMAP dan USM. Ada yang dah habis. Tak kurang juga yang tengah pulun menulis tesis. Ada  sahabatku yang sudah bekerja, ada yang dah berkahwin dan ada yang masih belajar. Bagiku, itulah ragam kehidupan. Setiap laluan yang Allah tentukan dalam hidup kita adalah berbeza. Namun setiap detik yang kita lalui itu pastinya memberi hikmah yang besar dalam hidup kita. Kata orang, hidup ini bagaikan roda, sesekali kita di atas, sesekali di bawah. Jika kita roda di sebelah atas, kita mungkin terselamat daripada panasnya tar, terlindung dari cahaya matahari. Tetapi jika kita di bawah, mungkin najis haiwan akan terpalit pada kita, atau kita terpijak kaca tajam sehingga melukakan.


Ya, hidup kita ada rentaknya. Yang pastinya sudah ditulis oleh takdir. Hanya masa yang tepat sahaja ditunggu untuk mendendangkannya. Dan sampai ketika dendangan indah itu dimainkan, besederhanalah dalam bergembira. Usahlah berlebihan mendedahkannya kepada umum. Bimbang jika irama menjadi sumbang, kita hilang arah seolah-olah tidak pernah menikmati keindahan hidup. Oleh itu jika nikmat yang datang, syukurilah. Jika musibah yang menimpa, bersabarlah. Kerana Rasulullah berkata itulah keajaiban.. Subhanallah. Moga keajaiban itulah yang akan terus menyimbahi hidup kita buat selama-lamanya. 

Wallahua’lam

Coretan tulus dari hati.
Share on Google Plus

About Chegu Kimmia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment