Alhamdulillah atas segala ilmu kurniaan Allah, Moga Allah
terus memberi kekuatan untukku menulis segala ilmu yang dianugerahkan kepadaku
Hari ini aku belajar lagi ilmu perkembangan manusia. Kali
ini tentang zaman akhir kanak-kanak. Hari ini isu yang dibangkitkan adalah
sejauh manakah had untuk seseorang guru memberikan kerja sekolah kepada anak
murid.Kerja rumah menjadi satu kaedah berkesan bagi membantu pelajar untuk
menguasai sesuatu subjek dengan baik. Menurut kajian terdahulu, pelajar Asia
mempunyai prestasi akademik yang tinggi berbanding pelajar Eropah. Ahli
akademik barat ternyata cemburu dengan perkara ini lantas mengkaji dan membuat penemuan bahawa kerja sekolah
menjadi faktor nya. Walaubagaimanapun, dalam
dunia akademik di Malaysia, lambakan kerja rumah menjadi bebanan yang besar
kepada pelajar sekaligus menyebabkan mereka mudah bosan dan muak untuk
mempelajari subjek berkenaan. Oleh itu penambahbaikan perlu supaya pelajar
tidak bosan melakukan kerja sekolah yang dilihat berorientasikan buku
semata-mata.
Untuk menjadikan pelajar minat dan lebih kreatif terhadap
subjek yang dipelajari, guru perlu membantu pelajar dengan memberikan kerja
rumah yang membantu pelajar melihat skop pembelajaran yang lebih meluas. Dalam
kata lain jika guru itu mengajar sains, bagaimana kaedah yang guru tersebut
harus gunakan supaya pelajar menghayati sains yang dipelajari
1)
Menyuruh pelajar mencari daun berurat jejala dan
daun berurat selari dan di tampal di
dalam buku
2)
Mencari sebab kenapa ketika hujan, cermin depan
kereta menghasilkan wap jika pendingin hawa tidak dipasang
3)
Mengapa mata kucing boleh memantulkan cahaya
pada waktu malam
4)
Membuat projek litar elektrik untuk aplikasi
keselamatan
Contoh soalan dalam subjek matematik
1)
Berapakah jarak masa (dalam minit)yang diambil
dari sekolah ke rumah anda dengan tepat
2)
Berapakah harga terkini kereta Perodua Axia di
pasaran?
3)
Berapa sukatan tepung yang digunakan untuk
membuat cucur untuk lima orang?
4)
Buat projek 10 budak hitam
In sha Allah, dengan wujudnya soalan-soalan begini, ia akan
membuka minda para pelajar tentang subjek dipelajari di samping dapat
menghayatinya dalam kehidupan seharian.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment