Saturday 27 June 2020

Aku dan bayangan buku pertamaku


Harini dah masuk tahun keenam aku berkecimpung dalam bidang penulisan. Malangnya aku masih gagal menerbitkan buku pertamaku. Walaupun sebenarnya manuskrip pertamaku sudah siap pada 2016, tetapi bila dihantar ke rumah penerbitan, tiada respon hingga kini. Sedih betul.

 Tahun 2017, aku sibuk dengan pekerjaan menulis artikel. Cita-citaku untuk menerbitkan buku tertangguh.Kerjaya guru, perkahwinan yang bertandang dalam hidupku menyebabkan aku hampir lupa akan manuskrip buku itu. 😑

Ditambah pula dengan kehadiran anakanda yang comel, makin tenggelamlah cita-citaku dalam penulisan. Laptop lama yang menyimpan segala suntingan terkini manuskrip itu sudah rosak. Mana tidaknya, hampir 13 tahun laptop itu berjasa pada tuannya. Sangat lama. 

Namun, seiring masa berlalu, minat menulis aku tidak pernah hilang. Ada sahaja catatan baru yang dibuat. Adakalanya diterbitkan, ada kalanya tidak. Ada tulisan yang aku abadikan di Facebook, ada tulisan yang disimpan di dalam Telegram ataupun Whats'Up. Tidak kurang juga yang tertulis di dalam buku semata-mata. 

Duit juga telah banyak dilaburkan demi mengejar cita-citaku sebagai penulis. Bermacam-macam kelas penulisan yang aku hadiri, samada secara langsung atau atas talian. Terbaru, aku mengikuti seminar penulisan Ramadhan 2020 juga secara atas talian.Terlalu banyak ilmu yang aku pelajari dan aku rasa macam nak lakukan semuanya.

 Bila menonton video cara menulis untuk siap, aku rasa nak teruskan suntingan manuskrip terdahulu Bila menonton video cara terbit e-book, aku rasa nak buat e-book
 Bila menonton vedio ajar copywriting, aku rasa nak cari kerja tulis iklan 

Argh...serabutnya. Aku rasa nak buat semua benda, tapi tak mampu. 

Kenapa cepat sangat fokus aku lari?? 

Inilah kelemahan aku...TIDAK FOKUS 

Jadi, malam ni aku cuba tenangkan diri aku. Tujuan aku sebenar ialah untuk menulis buku yang bermanfaat. Aku ingin tinggalkan buku untuk diwariskan kepada anak-anakku. Supaya mereka sendiri dapat baca tulisan aku dan mendapat kebaikan daripadanya. 

Selepas menenangkan diri, ingat balik big why aku menulis, aku skrol Whats'Up.Tertera satu nama "Menulis kisah hidup". Satu Group Whats'Up yang diasaskan oleh Tuan Zamri semasa aku mengikuti kelasnya suatu masa dahulu.Walaupun sudah bertahun-tahun, tak pernah terdetik dihati aku untuk meninggalkan Group penulisan ini. 

Aku lihat balik motivasi yang diberikan dalam Group itu. Semuanya menjurus kepada semangat untuk menghasilkan buku pertama😀. Semasa membacanya..aku faham. Segala ilmu yang aku pelajari di seminar penulisan Ramadhan akan ku fokuskan untuk buku pertamaku.Sepenuhnya.Aku harus lakukan.Mesti.

 Jauh di sudut hati Aku berdoa agar Allah memudahkan urusanku, membantu aku FOKUS menulis dan menerbitkan buku yang bermanfaat untuk Ummah. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan daripada Allah. 

Alia Basirah WM

No comments:

Post a Comment