Wednesday 13 February 2019

Bila anak aqil baligh



Harini aku tengok tanyalah ustaz. Pelik juga aku😅😅, dulu ada kat tv9 sekarang ni dah keluar kat tv3. Hrmm...Malaysia baru kot.

Harini penceramah bercakap pasal pendidikan anak2. Ustaz tu kate, nanti, kalau anak kita dah baligh, tanggungjawab mak ayahlah utk ceritakan pada anak perubahan yang berlaku.

Ustaz tu kata, bagitau kat anak macam ni:

Anak, setiap cecair yang keluar dari kemaluan kamu ada hukum hakamnya.

Ramai ibu bapa anggap benda ni sensitif. Tapi kita kena ingat  ibu bapalah orang terbaik untuk ajar anak terutamanya perkara2 berkaitan seksual. Kalau belajar dengan kawan mungkin mereka nak mencuba, akhirnya terjerumus dalam zina

Bagi aku pendidikan seksual ni sangat berkait dengan maruah si anak. Organ seks mereka sudah matang. Jika tidak dijaga dengan baik, habis maruah tergadai begitu sahaja...

Teringatkan Humayra, aku sebagai ibu berharap dapat menjaga maruahnya dengan baik seperti pesan seorang ustaz:

"My best advice to mother is to teach their daughters dignity before society teach them nudity"

No comments:

Post a Comment