Wednesday 22 April 2015

Akibat stalk fb orang....



Hari ini hari jadi seorang kawanku, Rosya Ila nama dia.

Tiba-tiba aku tergerak nak bukak fb dia sebab lama aku tak dengar cerita tentang dia, lepas tu aku tengok ada post dia tentang doa dia pada seorang sahabat yang telah meninggal dunia. Siti Atikah Abdul Rahim namanya. Aku pun bukak la fb Siti Atikah Abdul Rahim [Sejujurnya aku bukanlah orang yang jenis stalk fb orang kalau tiada keperluan tapi entah macam mana Allah gerakkan hati aku untuk buka fb dia walaupun aku tak kenal dia]

Di dinding muka bukunya, penuhlah ucapan-ucapan takziah dari sahabat-sahabatnya. Beliau meninggal dunia April 2014 sebab kemalangan. Apa yang kukagumi tentang dirinya adalah kesungguhan beliau dalam menggencarkan agenda dakwah di Malaysia. Semuanya diakui oleh sahabat-sahabat beliau. Kata-katanya begitu menggugah jiwa, sarat dengan nasihat dan peringatan serta jujur menegur kesilapan rakan-rakan. Allahurobbi. Siapalah aku untuk menjadi sepertinya. Dan Subhanallah kematiannya ku kira sangat husnul khatimah. Bukan calang-calang orang yang boleh menikmati kematian sebegini.

Bacalah secebis dari kisahnya, walau aku sendiripun tidak pernah mengenali dirinya, namun pemergiannya meninggalkan kesan pada jiwaku.Sungguh kematiannya adalah kematian yang menghidupkan.

Credit gambar kpd [A leader in the Making]




Ini pula gambar terakhir profil beliau di fb sebelum beliau meninggal dunia



 Sesungguhnya benar sekali firman Allah:

 "maka apabila datang ajalnyanya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan" [Al-A'raf:34]

Agaknya bagaimanalah  kematian kita....Entah apa orang akan tatap di fb kita bila kita sudah meninggal dunia, Yang baikkah @ Yang buruk, post yang membangkitkan iman atau mengaktifkan lagha. Hakikatnya itulah peninggalan kita yang akhirnya bisa menjadi saham syurga atau kawah neraka. Pilihlah selagi ada masa.

Sila ziarah fb arwah

No comments:

Post a Comment