Friday 24 April 2015

Bersyukurlah kerana Allah itu baik



Seorang raja mempunyai seorang hamba lelaki. Pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata: “Tuanku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan.

Pada suatu hari mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu berjaya membunuh harimau itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.

Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, raja berkata: “Jika Allah adalah baik, Beta tidak akan diserang dan hilang satu jari”

Hamba itu menjawab: “Walaupun semua ini terjadi, patik hanya boleh berkata kepadamu: “Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah.”

Marah dengan jawapan itu, raja itu memerintahkan hamba itu masuk penjara. Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi: “Allah itu baik dan sempurna”

Beberapa hari kemudian, raja tersebut ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk dikorbankan bagi pemujaan tuhan mereka. 

Saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, Baginda dibebaskan kerana dianggap tidak lengkap untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka



Sekembalinya ke Istana, baginda memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata: “ Mika, Allah adalah benar-benar baik untuk Beta. Beta hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari, Beta dilepaskan”.

Tetapi Beta mempunyai satu soalan: “Jika Allah begitu baik, mengapa Dia membenarkan Beta untuk meletakkan mika di dalam penjara?”

Hambanya menjawab: “Tuanku, jika patik belum dimasukkan di dalam penjara, patik akan pergi dengan Tuanku dan akan dikorbankan, kerana patik tidak mempunyai jari yang hilang.

Hakikatnya, semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah

Seringkali kita mengeluh tentang hidup, dan permikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita. Jadi berfikir positif dan percaya pada Allah setiap masa. 

Allah mengetahui mengapa Dia memilih anda untuk membaca blog ini hari ini… kerana Allah itu baik dan sempurna.

Bangun hari ini, anda bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Anda menghidupkan enjin kereta tetapi tidak boleh. Bateri Kong!. Ada orang kehilangan kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Anda susah nak kejutkan anak bangun tidur. Hish..budak ni apa nak jadi. Tapi ada jiran kita beberapa hari yang lalu, waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Pencipta.

Anda sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Anda rasa bosan dengan pasangan anda. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.


Anda rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan anda. Anda komplen. Hari ini ada orang  hanya boleh makan pakai tiub sahaja kerana kanser mulut

Anda rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kafan

Anda rasa menyampah sangat dengan hidup ini dan terasa bagai nak mati dek bebanan masalah dan ujian yang silih berganti. Tetapi malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah merayu dan merintih untuk dihidupkan semula untuk beramal soleh.

Oleh itu sahabat, syukurlah dalam apa jua keadaan kerana sebenarnya anda masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati hidup yang baik. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment