Saturday 26 November 2022

Pornography:What is the best filter?

 


Hampir dua tahun aku buat video kat youtube pasal kesedaran bahaya pornografi.

Dalam tempoh ni juga ada beberapa  orang yang contact aku tanya pasal masalah yang diorang alami. Antaranya:

✅ Macam mana nak tegur mak ayah usia emas yang tonton porn kat vcd? 

✅ Macam mana nak atasi ketagihan onani?

Dan macam2 lagi... 

Cuma yang paling aku terkesan, yang point atas sekali tu. 

Maaf cakap. Tapi bila mak ayah pun ketagih porn, anak2 pun akan ada kecenderungan yang sama.

Benda ni tetap berlaku walaupun mak ayah tengok porn secara sembunyi2.

Ada beberapa kes yang berlaku macam ni.

Dalam kes warga emas yang tengok porn dalam vcd tu, biasanya mudah terkantoi dengan anak2. Terutamanya bila anak2 dah besar. 

Bila diorang masuk bilik mak ayah..adalah terjumpa bahan lucah tu. Dan dari situlah mereka berminat nak google pasal porn.

Ada kes paling teruk aku jumpa, seorang remaja perempuan, terjumpa vcd lucah milik parents.. start situ, explore dan ketagih sangat dengan porn, sampai tak tahan dah..dia apply oral s*ks  kat adik laki dia yang baru 3 tahun tu.

Ma sya Allah😨😨

Aku sampai nasihat kat dia  janganlah buat macam tu.Nanti tak pasal2 adik dia pulak yang ketagih.

Fuh..mencabar betul..😪

Kalau difikirkan balik kenapa semua ni berlaku..jawapannya sebab mak ayah itu sendiri.

Jadi..sentiasalah bertaubat atas dosa yang kita lakukan (walaupun secara rahsia) agar segala dosa kita tidak diwarisi anak2 kita.

Dan tahu tak apa 'filter' terbaik nak pastikan anak kita selamat dari porn??

Sudah tentulah pendidikan seksualiti dan pendidikan agama yang diterapkan ibu bapa itu sendiri.

Yes, education is the best filter. Didik anak pasal bahaya porn, halal haramnya di sisi agama dan macam2 lagi berkaitan seksualiti.

Ok.itu sahaja guys. Moga bermanfaat.




No comments:

Post a Comment