Saturday, 27 December 2025
Pencapaianku untuk 2025
Wednesday, 17 December 2025
Sunday, 14 December 2025
Aku penulis upahan
Hari ini dah masuk bulan Disember...aku tak sempat post apa-apa lagi dalam blog aku...
Nak tahu tak kenapa?
Aku sedang fokus dengan kerja penulis upahan.
Ada orang upah aku untuk tulis ebook untuk 30 muka surat...
Ini kali pertama aku cuba beranikan diri aku untuk "approach" klien dan dia bersetuju.
Kini ebook dah siap 80 peratus..In sha Allah, ada sikit lagi.
Menjadi penulis upahan kali ini memang aku sangat bergelut dengan waktu.
Aku hanya ada waktu malam untuk benar-benar fokus pada penulisan aku.Siang memang tak sempat sebab aku fokus anak-anak dan kerja rumah sahaja.
Aku jenis tak taip terus idea. Aku akan tulis draf dahulu atas kertas, lepas tu baru taip dalam komputer.
Nasib baik topik ebook ni mudah.Kebetulan buku yang aku beli banyak kaitan dengan topik yang ditulis.
Jadi, sumber rujukan dah ada. Tinggal nak ekstrak idea sahaja.Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan urusan hambamu ini.
Aku rasa macam dalam fasa keluar daripada zon selesa.Tapi aku suka. Sebab aku sedang menyesuaikan diri dengan jadual baharu.
Aku belajar urus masa untuk buat apa yang aku suka (dan jana duit daripadanya), dan dalam masa yang sama aku boleh jaga anak dan keluarga aku.
Alhamdulillah.
Selama ini aku berpengalaman ambil upah tulis artikel sahaja. Kali ini ada rezeki ambil upah tulis Ebook pula.Tak adalah banyak mana pun upahnya cuma yang penting aku capai kepuasan dan aku boleh perkasa (upgrade) bakat penulisan aku.
Duit itu juga sebagai extrinsic motivator untuk aku. Bolehlah aku guna untuk keperluan penulisan aku akan datang.
Mungkin untuk beli laptop sendiri atau masuk kelas penulisan.
Sejuta terima kasih juga untuk suami aku yang banyak sokong aku dari segi teknikal walaupun banyak juga dia tak puas hati dengan hobi aku ni..haha
Alia Basirah WM
Penulis upahan amatur
Thursday, 13 November 2025
Hari jadi si dia
Thanks for the love
Thanks for being a lovely abi to our kids
Thanks for every struggling and tremendous efforts to give the best for our family
Thanks for all the kelakar2 momen, lawak tak kering gusi bla2 bla2 n so on
Thanks for being yourself
Coz no one can be 'youier' than you and thats why i love you
Happy birthday my dear!!
May Allah bless you with baraqah and Jannah
Alia Basirah WM
Hakims'💛
Tuesday, 11 November 2025
Rumah nenek terbakar
Hari ini hari yang penuh kedukaan
Rumah nenek aku yang menyimpan memori indah aku dan sepupuku ketika zaman kanak2 hangus terbakar.
Kenangan tidur bersama
Kenangan buat lemang sebelum raya di rumah nenek
Kenangan main polis entry
Begitulah...
Tiada apa yang kekal di dalam dunia ini.
Alia Basirah WM
Bukan milik kita
Tuesday, 4 November 2025
Rasa tertampar sangat
Aku suka tonton Nona.
Suka tengok wanita-wanita yang bangkit.Ada minat sendiri. Boleh tukar hobi jadi duit.Aku kagum.
Bila aku tengok Nona..ada juga aku reflek diri aku..kelemahan aku.Bukanlah membandingkan diri dengan orang lain, tapi bila tonton kisah inspirasi ni, sepatutnya kita kena buat perubahan lah kan..
Tapi dalam banyak2 episod, aku paling terkesan dengan episod minggu lepas.
Ada seorang wanita ni.. taraf- taraf mak cik dah dia ni.Pandai buat hasil seni guna manik...ala2 batu permata.Cantik!!
Tapi aku ni tidaklah berkenan dengan barang seni dia sebab aku bukan peminat produk seni.
Tapi kata-kata dia tu..
"You belajarlah apa2 pun sampai habis A-Z, tapi kalau you tak praktik apa yang you belajar, maka sia-sia je...."
Pap....rasa tertampar gila..
Banyak kelas dah aku masuk sebenarnya..
Kelas bekam
Kelas proofreader
Kelas penulisan
Kelas tulis Ebook
Tapi semuanya berhabuk..Aku tak praktis pun
Aduh..malunya kat diri ini..
Memanglah aku menulis blog.Tapi aku masih tak dapat jana duit dengan hobi menulis aku.
Aku bab seni memang tak kreatif.Ada je aku beli set sulaman, set belajar mengait, tapi tak sempat habiskan pun..
Produk seni ni hanya ada nilai di mata aku kalau produk tu ada tulisan.
Ha....nampak tak stail aku??
Aku memang tak boleh lari daripada hobi menulis.Banyak je buku kosong menjadi tempat luahan hati.
Cuma sekarang mungkin aku sendiri yang cipta alasan tanpa sedar dan tak bersungguh-sungguh nak tukar tulisan jadi duit.
Aku selalu cakap..
Aku tak sempat menulis sebab tak sempat membaca...
Yelah..ada anak kecik..
Itu alasan je. Aku lah kena pandai cari masa.Kena korbankan waktu tidur aku.Sama macam masa aku belajar tulis ebook.Rindu betul momen tu. Rasa produktif sangat.
Okay!! Aku rasa nak teruskan dengan impian aku yang dah lama tertangguh.
Impian apa? Biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu.
Alia Basirah WM
Peminat Nona
Friday, 31 October 2025
Krisis Sudan dan Palestin: Ke mana halatuju umat??
Banyak sangat isu kezaliman sekarang ni...
Tak habis lagi dengan penindasan Israel terhadap Palestin, terbaru kita dengar ada krisis baru di Sudan.
Ada perang saudara yang meletus gara-gara perebutan kawasan perlombongan emas.
Beribu-ribu rakyat Sudan jadi mangsa. Dibunuh, ditanam hidup-hidup dan dirogol bagaikan sudah menjadi perkara biasa di sana...
Lebih menyedihkan, ia melibatkan sesama orang Islam...
Sahabat...hari ini kita hidup dalam keadaan Islam bagaikan berada di titik terendah selepas jatuhnya Khilafah Turki Uthmaniah..
Sebab itu kita yang direzekikan Allah untuk hidup di negara yang aman damai ni perlu lebih serius menanam benih iman dalam diri generasi kita.
Sudah-sudahlah kita meletakkan objektif kepada anak-anak kita untuk mengejar straight A. Ataupun memastikan dia mendapat nombor satu di dalam kelas.
Kita kena letakkan matlamat yang lebih bermakna untuk ummah.Iaitu menjadi pejuang agama..
Yang ada keazaman untuk membebaskan Masjidil Aqsa.
Yang ada keberanian untuk melawan pemimpin yang zalim.
Yang merealisasikan keamanan dengan nilai Islam yang benar.
Bukan sekadar mengejar kecemerlangan akademik demi mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi..
Bukan begitu...
Kalau demikian yang kita fikirkan..bererti fikiran kita masih berorientasikan duniawi..masih jauh dengan matlamat akhirat.
Justeru, hidupkanlah jiwa pejuang dalam diri anak2 kita..
Perkemaskan agama mereka ( perbaiki solat dan hubungan dengan Al-Quran)
Jauhkan mereka dari segala distraction (gajet, games, movie lagha)
Paksa diri kita untuk menjadi contoh yang baik buat mereka
Kalau bukan kita..siapa lagi yang akan mencetak generasi pejuang ini??Fikir-fikirkanlah..
Alia Basirah WM
Juga sedang berjuang
Thursday, 30 October 2025
Oktober yang indah
![]() |
| Jenis aku ni, memang kena tulis target sebulan terus...baru senang nak dijadikan rutin. |
Alhamdulillah untuk pencapaian oktober.
Apa yang aku perasan, bila kita kurangkan tempoh 'distraction' kita barulah kita akan ada kecenderungan untuk selesaikan misi ibadah kita.
Sebab tu aku target untuk bulan depan, aku nak kurangkan masa main FB hanya selama 45 minit. Adakah aku akan berjaya?? Wallahua'lam..kita tengok macam mana.
Mulai saat ini, aku sedar target2 kecil yang aku buat ada signifikannya dalam hidupku.
Betullah orang kata, kalau nak berubah, mulakan dengan suatu yang kecil. Konsisten melakukan perkara2 kecil akan membentuk disiplin.
Namun aku tak sangka aku boleh disiplin guna FB sejam sehari kalau guna timer.
Tak sia2 'try and error' yang aku pernah guna sebelum ni...aku hampir terlupa yang aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang agak menepati masa...biidznillah..
Jadi...guna timer memang fit dengan karakter aku.
Memang aku akui, ada kalanya aku lupa nak tekan pause pada timer kalau stop main FB.Tapi tak apa..boleh set balik melalui anggaran masa yang telah digunakan.
Begitulah...
Perubahan tidak mudah. Ia menuntut pengorbanan.Namun tetaplah kita meletakkan pergantungan kepada Allah yang telah menjauhi kita daripada ketagihan media sosial.
Itulah sebab utama aku letakkan tempoh masa.
Aku ulang....
Aku nak jadi hamba Allah yang baik
Aku nak jadi isteri yang baik
Aku nak jadi ibu yang baik..kekal hadir dalam hidup anak aku. Tak nak jadi ibu yang matanya menancap di skrin bila anak datang kepadaku..
Anak aku perlukan aku...
Selayaknya biarlah perhatianku untuk mereka demi kesejahteraan emosi dan mental anak-anakku..
Alia Basirah WM
Ya Allah.. perbaikilah diri ini...
Saturday, 25 October 2025
Aku dan timer
Ada hari-hari tertentu aku rasa macam bosan juga bila kuota jam aku untuk main FB habis..haha..
Tapi setakat ni aku masih bertahan.
Satu jam khas untuk FB sangat relevan dengan aku buat masa ni..
Ada hikmahnya bila aku banyak guna sistem timer masa buka FB.
Timer banyak mengingatkan aku berapa lama lagi masa yang aku ada untuk hidup.
Dan timer tu sangat unik sebab hanya Allah sahaja yang tahu bilakah 'timer' kita akan berakhir.
Hakikatnya kita hidup dalam 'timer' yang Allah tetapkan. Kalaulah timer tu dinampakkan di depan mata kita,pastinya hidup ini akan terus diisi dengan kebaikan.
Tapi timer itu sangat misteri.Mungkin sebab hidup ini adalah ujian.
Maka..beruntunglah orang2 yang memanfaatkan masa itu sebelum timer nya berhenti
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan penuh kesabaran".
[Al-Asr:1-3]
Alia Basirah WM
Thursday, 16 October 2025
Disiplin guna sosial media
Alhamdulillah..hari ini hari ke-11 aku guna rule 1 jam sehari untuk buka FB.
Setakat ini agak berjaya.
Untuk permulaan, aku set nak buka FB pukul 2-3 petang.
Selepas beberapa hari aku rasa tak sesuai dengan cara tu..because my kids want me with them all the times..haha..
Jadi aku guna cara baru. Guna timer. Sebelum buka FB aku set satu jam kat timer.
Kalau aku stop scrolling FB, aku pause timer tu.Thats it.
Timer tu aku guna untuk FB je.Sebab setakat ni wasap, Tiktok dan telegram tak buat aku ralit sangat.
Jadi...aku rasa gembira sebab aku dapat urus masa dengan lebih baik.
Tapi yang lebih penting, kena selalu minta doa dengan Allah supaya hati dan tindakan kita terjaga dari perbuatan sia-sia.
Bersambung....
Saturday, 11 October 2025
Aktiviti dengan Hasanah
Tuesday, 7 October 2025
The other side of September
![]() |
| Gigi mayra terlebih tumbuh..Gigi susu tak tercabut lagi, tapi gigi kekal tak sabar nak tumbuh...kena jumpa dentist.. |
![]() |
| Adik aman dapat kerja!!! Alhamdulillah a'la kulli hal |
![]() |
| Sambut birthday abah kat homestay. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku mentua yang baik... |
![]() |
| Walimah achik. Tahniah chik..My beloved cousin that always besides me through my ups and downs.. especially during single mingle..hehe |
Obor October
![]() |
| Gambar sekadar hiasan |
Selepas melalui Silly September yang sangat mengecewakan, aku cuba baiki lagi prestasi aku Oktober ni.
Selepas beberapa kali cubaan buat digital detoks, aku semakin faham yang aku perlu dan masih kena hidup dengan medsos tapi dalam mod terkawal.
Medsos tu umpama gula..Kalau terlebih boleh kena diabetis.Tapi kalau terlebih tak pasal2 terkena hypoglycemia.
Jadi..kena berpada-padalah.Tak boleh overdose.Tak boleh jugak terkurang terutamanya sharing post2 yang baik.Itu pun ladang pahala.
Untuk hari ini, pertama kali aku cuba hadkan penggunaan FB aku hanya pada pukul 2-3 petang.
Kenapa aku pilih masa ni??
Sebab ini pun screen time anak2 aku. Jadi boleh dikatakan win-win situation untuk aku dan anak2.
Kaedah terbaru aku guna ialah aku manfaatkan penggunaan float note.
![]() |
| Nota visible memang sangat berkesan!! |
Satu apps yang boleh tunjukkan nota kita di skrin sepanjang masa.
Kat nota tu, aku tulis sikit kata2 motivasi dari ulama agar aku ni kena bijak urus masa.
Bila selalu ada nota tu, aku jadi beringatlah sikit...
Ok..ini sekadar perkongsian aku tentang perjalanan aku menangkis ketagihan FB.
Walaupun FB tu banyak manfaat, antaranya berkongsi solidariti Palestin, tapi jika berlebihan, boleh terabai tanggungjawab rumahtangga.
Aku nak jadi ibu yang baik.
Nak jadi isteri dan hamba Allah yang baik.
Ini jihad aku juga melawan kelalaian..
Alia Basirah WM
Berjuang dengan diri sendiri
Tuesday, 30 September 2025
Silly September
![]() |
| Silly September |
Aku adalah aku
Kadang2 tak faham kenapa diri ini liat sangat untuk berubah...
Benarlah..perubahan itu menuntut disiplin
Untuk aku, apa yang berlaku di bulan September aku gelarkan sebagai Silly September.
Aku tak tulis target..petak kosong tu, sebenarnya ada yang dah 'lengkap', cuma tak ditulis.
Ada juga petak kosong tu benar2 kosong. Memang tak buat apa.
Dari segi merekod, aku gagal. Untuk penambahbaikan Oktober, aku tulis je semua plan, nanti aku tanda.
Next period aku, aku akan merancang lebih baik untuk habiskan masa aku.
Waktu period tak boleh lalai..banyak syaitoon berbisik kat telinga.Huhu.
Tapi aku tak akan berputus asa.Aku akan kekal merancang sampai aku berjaya..Biidznillah..
![]() |
| Oktober yang penuh misteri |
Wednesday, 3 September 2025
Refleksi Ogos
![]() |
| Pencapaian yang agak mengecewakan di bulan Ogos. |
Bulan lapan adalah bulan yang gagal untuk aku. Asbab kelalaian dan diuji dengan sedikit rasa sakit, aku gagal menghabiskan bacaan Quran dua maqrak sehari.
Target yang aku nak capai pun aku tak tulis. Ditambah pula dengan kekeliruan samada aku dalam haid atau tidak, membuatkan aku terkeliru untuk mengaji atau tidak.
Pelan tindakan September:
- Sihat atau tidak, pastikan Quran jangan tinggal. Kalau sakit tekak, baca dalam hati
- Wajib tulis target setiap hari
- Kena bakar duit RM 50 kalau tak tulis target dan tak capai target yang ditetapkan.
Rindu itu...
Aku pun ada impian nak hafaz Al-Quran. Walaupun umurku dah agak tua.
Dah tua-tua ni baru faham keistimewaan Al-Quran.
Quran ni mukjizat
Quran ni keajaiban
Quran ni peneman kita sepanjang perjalanan ke akhirat.
Bayangkan mukjizat tu di ‘install’kan ke dalam badan kita. Alangkah indahnya hidup.
Aku cemburu pada orang yang selalu menangis bila baca Quran....
Aku cemburu pada orang yang terindu-rindu untuk membaca Quran..
Aku juga cemburu pada orang yang hatinya lebih cenderung mencintai Al-Quran....
Sebab aku tak dapat capai lagi ‘rasa’ ni dalam hidup aku.
Ya Allah, hadirkanlah rasa rindu dan kecintaanku terhadap Kalam-Mu yang mulia ini. Aku masih lemah, masih lalai, masih asyik mencintai duniawi.
Ampunkan hambamu ini Ya Allah.
Monday, 25 August 2025
Dilema aku
Selepas beberapa kali aku cuba buat digital detox FB detox, semakin aku sedar bahawa aku kena hidup dengan media sosial.
Tapi yang paling aku kena ubah adalah disiplin. I’m lack of discipline.Aku kena letak jadual masa, berapa jam kena buka FB.
Haritu berapa hari lepas, ada satu post lalu dalam fb aku.
Dia pun mengalami benda yang sama. Ketagihan terhadap media sosial.
Dia tulis bagaimana guna FB sebagai content creator, bukan sebagai pengguna.
Aku terkesan seketika.
Kita memang banyak jadi konsumer. Kitalebih banyak share (kongsi) berbanding cipta konten sendiri.
atau kita mungkin banyak scroll sebagai silent reader.
Entahlah...
aku pun masih tercari-cari rentak.
Membaca....
Mengkaji...
Menganalisis....
dan menulis
demi sebuah konten yang diharap menjadi saham berguna untuk akhirat nanti.
Thursday, 31 July 2025
Price pact motivator
Dulu aku ingat, aku tak boleh buat atau siapkan satu task sebab aku penat.
Padahal aku silap.Aku bukan penat.Tapi tak cukup bahan bakar @ motivasi.
Aku kan surirumah. Sibuk dengan kerja2 rumah, anak2...memang terasa sibuk. Rasa macam tak produktif.
Tapi semua ni berubah...
Sejak aku buat price pact motivator
Korang nak tahu tak apa itu price pact motivator??
Bahasa mudahnya..korang kena korbankan duit kalau tak dapat capai target korang dalam sehari.
Korbankan duit tu macam mana?
Kalau kau tak dapat settle kan kerja kau tu, kau kena bakar duit tu..Amacam?? Ada berani? Huhu..
Kalau nak lagi terkesan, kau gantung duit tu, dan tampal planner kat dinding.
Lepastu kau tanya diri kau setiap hari.. hari ini aku nak kena bakar duit atau aku berusaha siapkan target aku?
Percayalah cakap aku. Auto korang akan jadi konsisten sebab tak nak bakar duit punya pasal..haha!!
![]() |
| Ni price pact motivator aku bulan Julai ..Okaylah, capai apa yang aku target tanpa perlu bakar duit..huhu |
Saturday, 28 June 2025
Kematian yang menghidupkan
Nurly Syahirah..
Sesuatu sangat dengan dia ni..
Walau sudah meninggal dunia dalam kemalangan bas UPSI, tetaplah namanya disebut-sebut.
Arwah mati dalam keadaan tangannya mendakap naskah Al-Quran.
Jauh beza dengan kita yang telefon yang sentiasa melekat kat tangan.
Serius aku malu... malu sangat dengan adik ni
Masih rapuh hubungan kita dengan Al-Quran
Bukan macam arwah Nurly..dia hidup dengan Quran, habiskan masa dengan quran...
Quran umpama telefon.Wajib dibawa ke mana-mana.Keluarga dia cakap, kalau musafir arwah tak pernah tinggal quran.
Malam-malamnya diisi dengan ulangan hafazan.
Siap tulis lagi kalam suci itu untuk kukuhkan ingatan.
Siapa sangka di saat manusia akhir zaman macam kita yang leka dengan 1001 distraction di era media sosial..Allah hantarkan dia sebagai peringatan untuk buktikan bahawa masih wujud hambaNya yang mencintai quran sepenuh hati.
Allah.. hinanya diri ini..
Ampunkan kami Ya Allah atas kelalaian kami.Berikanlah kami kekuatan untuk beramal seperti hamba2 yang dicintai Mu.
Wahai adik Nurly..pemergiaan mu memang layak dicemburui..Terima kasih kerana telah membuktikan Al-Quran itu benar-benar memberikan rahmat kepada pembacanya...
Alia Basirah WM
Masih berusaha menginsafi diri sendiri
Thursday, 12 June 2025
Sama tapi tak serupa
Selepas bye-bye anak pergi sekolah, aku buka cerita Tanyalah Ustaz. Pagi-pagi aku suka tonton rancangan agama dulu. Bagi ‘vibes’ positif sikit.
Seingat aku, waktu kecil dulu pun pun, Umi akan buka ceramah agama pada awal pagi. Jadi adik-beradik aku dulu, sambil sarapan kami dah kena dimotivasi. Laman Nurani. Itulah nama program agama yang arwah umi selalu buka.
Okey, tajuk rancangan Tanyalah Ustaz hari ini ialah Cintai Sahabat Nabi. Jujurnya aku tak sempat nak dengar semua. Tapi ada satu ungkapan yang terlekat dalam kepala aku.
Ustaz kata:
Ada satu sahabat nabi. Dia kaya, hartawan tapi tersangatlah dermawan. Hampir semua hartanya digunakan untuk membangunkan Islam.
Ada sahabat Nabi… kaya… tapi lama-kelamaan dia rasa kekayaan tu buat dia makin jauh dari Allah. Dia pun tinggalkan kekayaan dia dan jadi sezuhud-zuhud manusia.
Jalan dua sahabat ini jelas berbeza. Tapi matlamatnya sama. Radhiallahuanhu, wa radhu anhu.
Alia Basirah WM
Masih belajar
Wednesday, 11 June 2025
Resepi sup kentang
Assalamualaikum. Hari ini nak aku nak kongsi resepi makanan kegemaran anak aku...
Manalah tahu, bila aku mati nanti ada orang buat resepi ni..dapat juga pahala untuk aku...
Simple2 je masakan aku. Sejenis tak suka yang renyah2 kalau bab makan..huhu
![]() |
| Ini bahan-bahannya.Ayam tu sikit sangat. Boleh tambah banyak lagi kalau nak.Lagi banyak ayam lagi sedap. |
Cara masak
![]() |
| Tumiskan serai dan bawang putih sampai naik bau |
![]() |
| Masukkan ayam.Tunggu ayam tu bertukar putih sebelum masukkan air. |
![]() |
| Selepas masukkan air, letakkan daun limau purut yang sudah dibuang batangnya. Baru tak pahit sup kita. |
![]() |
| Masukkan sayur, ubi kentang dan lobak. Masak sampai empuk ubi dan sawi tu layu. Anak aku kalau daun sawi rangup, diorang tak makan. |
![]() |
| Perasakan dengan garam dan sedikit perasa. Ha..sup kita siap!! |
Wednesday, 28 May 2025
Aku dah chat GPT
![]() |
| Image generated from chat gpt.. |
Bila buat FB Detox ni, banyak benda baru yang aku explore.
Antaranya penggunaan aplikasi Chat GPT. Aku kerap guna Apps ni untuk tukarkan tulisan tangan aku kepada versi yang sudah ditaip.
Renyah sebenarnya nak menaip secara digital dalam telefon ni. Aku lebih rela menaip dalam laptop berbanding telefon. Tapi sejak aku tahu Chat GPT boleh taip untuk aku...dah macam air aku tulis. Laju jee...
Menulis di atas kertas ni terapi untuk aku. Dari muda sampai ke tua hidup aku penuh dengan catatan. Macam-macam aku tulis. Tapi itulah, aku ni tak sistematik. Main redah je.
Kalau boleh semua catatan aku, akan aku digitalkan ke dalam blog. Baru tersusun sikit.
Kalau korang perasan post aku sebelum ni ada je yang ditulis dengan tulisan tangan. Post tu pun aku tulis masa buat digital detox. Tak sempat nak taip. Hanya muat naik gambar sahaja.
Okay. Balik pada topik asal kita iaitu Chat GPT. Aku perasan dalam sehari maksimum gambar yang aku boleh muat naik hanya 3 gambar sahaja.
Bagi aku, kira okay la kan walaupun tak banyak. Sebab dah memadai jika aku nak konsisten buat satu post sehari. Kalau nak post banyak, kena langgan lah😅
Setakat ni, itu je aku explore pasal chat GPT. Itu pun dah bantu jimatkan masa aku daripada berkepit dengan telefon sebab nak menaip.
Tapi kita kena ingat, Chat GPT ni macam robot, ada juga error dia. Memang banyak typo.Tapi kita lah nak kena betulkan balik.
Sekian cerita untuk hari ini.Nak kena masak untuk anak-anak pula. Goodbye!!
Alia Basirah WM
29 Mei 2025
10:15 am
Tuesday, 27 May 2025
Review Sabun Do'zee
Hai semua
Hari ini aku nak review sabun Do’zee. Semua orang tahu ini sabun keluaran bumiputera. Pengasas sabun ini ialah Datuk Mohd Syukri Ibrahim.
Sebelum ni aku guna sabun aura detergent. Tapi selepas tahu ini bukan produk bumiputera aku cuba tukar Do’zee.
Di pasaraya atau kedai runcit sekitar Paka, susah nak dapat sabun Do’zee. Sebab tu suami aku tak beli. Jadi aku beli dengan ejen Do'zee Paka. Dia pun COD ke rumah
Aku pilih sabun Do’zee warna biru, kod Blue Caring. Sumpah wangi giler bau dia. Harum semerbak rumah aku.
Cecair dia agak pekat. Letak sabun sikit pun dah cukup. Kalau sabun aura detergent, tekstur dia agak cair. Aku guna mug plastik untuk tuang sabun dalam mesin basuh.
Kalau guna sabun aura detergent, aku letak 3/4 mug, nak bagi wangi. Tapi sebenarnya tak wangi sangat pun. Kalau sabun Do’zee yang warna biru ni aku guna 1/3 mug pun, bau wangi tu macam melekat kat baju.Tak perlu letak softlan. Memang jimat tahap gaban.
Jadi, jomlah kita sama² memartabatkan ekonomi kita dengan beli barang keluaran muslim. Kalau tak pernah cuba, jomlah cuba. Gerenti tak tukar lain dah!!
ALIA BASIRAH WM
Buy Muslim First
Surirumah Profesional Jutawan di Rumah
Sunday, 25 May 2025
Sabun Pertamaku
Aku guna barang-barang yang dah ada kat rumah sahaja.
☑ Minyak terpakai
Minyak ni dah lama aku simpan. Daripada tersadai, baik lah aku gunakan untuk buat sabun.
☑ Aloevera
Aku suruh suami aku tanam sebab aku ingat nak buat pelembap muka. Tapi sekali je aku buat. Kadang² ada juga aku guna aloevera bila anak aku demam.
Bila fikir balik ada baiknya aku guna aloevera untuk buat sabun. Persamaan sabun aloevera dekat pasaran, aku rasa dia lebih smooth lembut pada kulit. Sedap pakai. Sebab itu aku letak ekstrak aloevera dalam sabun aku ni.
☑ Sodium Hidroksida @ NaOH
Yang ni mestilah aku beli kat Shopee. Aku beli 500g je dulu. Buat rasa-rasa orang kata. Ketulenan dia 99% peratus.
Ini nisbah formula yang aku gunakan untuk buat sabun:
Minyak masak terpakai: 900 ml
Air paip: 250 ml
Natrium Hidroksida (NaOH): 122 gram
Ekstrak aloevera (dibekukan): 50 gram
Tuesday, 20 May 2025
Digital Detox 3.0
Wednesday, 7 May 2025
Cerita boikot aku
Ramai lagi antara kita yang kurang sensitif pasal boikot ni.Kita main beli je barang-barang kat pasaran tanpa tengok betul-betul jenama produk.
Baru-baru ni aku pun rasa bersalah gila bila tak perasan jenama sabun basuh pinggan (glo)yang suami aku beli tu jenama colgate-palmolive.
Dah tiga kali juga beli sabun tu rasanya.Ya Allah kenapalah aku tak cakna.Ampunkan aku.Colgate tu penyumbang besar sebagai bahan toiletries dunia oleh syarikat Israel.
Astaghfirullah...
Aku pun nekad. Aku pun buat carian pasal sabun basuh pinggan keluaran bumiputera. Aku order dua botol terus kat shopee.
Aku letak pautan kat bawah ni supaya senang korang nak beli
https://my.shp.ee/CnN9f4z
Bagi aku, okay je sabun ni. Tak pedihkan tangan dan senang nak tanggalkan minyak terutamanya minyak kat tupperware.
Kalau sabun glo tu, susah nak tanggal minyak yang melekat kuat.Jadi tak adalah kualiti sangat sabun keluaran yahudi ni.
Ni sabun glo yang aku pernah beli. Korang jangan beli tau.
Kena boikot.Ingat sikit saudara kita kat Palestin.
Kita pun kena sama2 bantu ekonomi orang Melayu Islam.Kalau semua duit kita bagi kat Cina, diorang pun senang-senang je duk tindas kita.Jadi kaduk naik junjung.
Bukan semua Cina tapi sesetengah Cina.Tak.boleh pukul rata sebabkat Malaysia ada je Cina yang baik.
Marilah kita sama-sama sensitif dengan isu boikot ni.Untuk masa depan Umat kat Malaysia, Palestin dan seluruh dunia.
Ingat, Zionis tak hirau suara kita, tapi dia takut kita tak bagi duit pada dia.Jadi, Boikot!!!
![]() |
| Boycott please!!! |
Tuesday, 6 May 2025
Apa nak jawab kat anak maksud ' bersetubuh'
Aku jumpa video ni kat Tiktok.Nice sharing.
Panduan untuk aku juga kalau anak2 dah nak masuk remaja.
Isu Palestin: Apa Peranan kita
Friday, 2 May 2025
Anakku ekzema
![]() |
| Ini masa merah yang teruk. Sampai berkudis kat bawah dagu |
Anak aku yang nombor tiga ni diuji dengan ekzema. Aku mula perasan sejak dia masuk enam bulan.Bila dah boleh makan tu, muka dia naik merah-merah.
Makin lama makin teruk.Sampai merah berair. Ada air bisa yang keluar. Aku pergilah kat satu klinik kat Dungun.Tapi ubat tu tak menjadi sangat dengan muka Afra.
Gatal dia menjadi-jadi. Terutamanya malam. Masa awal.Ramadan hari tu aku dan suami gilir-gilir jaga malam sebab Afra tak boleh tidur. Dah macam Zombie rasanya.huhu.
Suatu hari, masa aku pergi majlis tahlil rumah mak saudara aku, adalah orang tengok muka anak ku.Diorang rekemen aku pergi klinik D. Dua orang cakap benda yang sama.
Suami aku pun ajak aku bawa anak pergi klinik D.Klinik lama kat Wakaf Tapai. Doktor pun sempoi je. Memang dia diagnos anakku ekzema.
Alhamdulillah, dia bagi ubat makan, mandi dan ubat sapu. Sekarang ni kalau aku tersalah makan, naik jugalah merah2 kat muka Afra. Tapi tak teruk. Sapu ubat je, dia reda balik.
Jadi siapa yang ada anak ekzema, bolehlah cuba dapatkan rawatan kat klinik D. Kita ikhtiar, natijahnya serahlah pada Allah yang Maha Menyembuhkan.
![]() |
| Bila raya, dah okay dah kulit muka Afra |










































