Thursday, 12 June 2025

Sama tapi tak serupa

 



Selepas bye-bye anak pergi sekolah, aku buka cerita Tanyalah Ustaz. Pagi-pagi aku suka tonton rancangan agama dulu. Bagi ‘vibes’ positif sikit.


Seingat aku, waktu kecil dulu pun pun, Umi akan buka ceramah agama pada awal pagi. Jadi adik-beradik aku dulu, sambil sarapan kami dah kena dimotivasi. Laman Nurani. Itulah nama program agama yang arwah umi selalu buka.


Okey, tajuk rancangan Tanyalah Ustaz hari ini ialah Cintai Sahabat Nabi. Jujurnya aku tak sempat nak dengar semua. Tapi ada satu ungkapan yang terlekat dalam kepala aku.


Ustaz kata:


Ada satu sahabat nabi. Dia kaya, hartawan tapi tersangatlah dermawan. Hampir semua hartanya digunakan untuk membangunkan Islam.


Ada sahabat Nabi… kaya… tapi lama-kelamaan dia rasa kekayaan tu buat dia makin jauh dari Allah. Dia pun tinggalkan kekayaan dia dan jadi sezuhud-zuhud manusia.


Jalan dua sahabat ini jelas berbeza. Tapi matlamatnya sama. Radhiallahuanhu, wa radhu anhu.


Alia  Basirah WM

Masih belajar

No comments:

Post a Comment

Post terbaru

Silly September