Assalamualaikum. Hari ini nak aku nak kongsi resepi makanan kegemaran anak aku...
Manalah tahu, bila aku mati nanti ada orang buat resepi ni..dapat juga pahala untuk aku...
Simple2 je masakan aku. Sejenis tak suka yang renyah2 kalau bab makan..huhu
![]() |
Ini bahan-bahannya.Ayam tu sikit sangat. Boleh tambah banyak lagi kalau nak.Lagi banyak ayam lagi sedap. |
Cara masak
![]() |
Tumiskan serai dan bawang putih sampai naik bau |
![]() |
Masukkan ayam.Tunggu ayam tu bertukar putih sebelum masukkan air. |
![]() |
Selepas masukkan air, letakkan daun limau purut yang sudah dibuang batangnya. Baru tak pahit sup kita. |
![]() |
Masukkan sayur, ubi kentang dan lobak. Masak sampai empuk ubi dan sawi tu layu. Anak aku kalau daun sawi rangup, diorang tak makan. |
![]() |
Perasakan dengan garam dan sedikit perasa. Ha..sup kita siap!! |
Tak suka masak tapi kena masak😂
Prefer babysit,reading and writing than cooking. Jangan kecam saya.
Namun begitu....
Aku suka dan rajin je tolong orang masak tapi tak berapa gemar jadi mastermind untuk aktiviti masak2..
Tapi of course la kalau mak mertua aku suruh masak, aku akan masak. Sebab aku menantu yang baik..Eceh..Done merapu.
No comments:
Post a Comment