Tuesday, 20 May 2025

Digital Detox 3.0




Aku kembali berdigital detoks. Mudah sikit untuk aku kembali menulis. Bukan itu sahaja, aku nak diri aku yang lebih segar, tidak serabut dengan pelbagai ‘distraction’ dari media sosial.

Aku cuba...

kerana Allah
kerana diri aku
kerana anak-anak aku

Bila jadi surirumah ‘me time’ tersangatlah terhad. Hobi kau memang kelaut. Rutin harian hanyalah sekadar menguruskan rumah tangga, keperluan diri, suami dan anak-anak.

Apapun aku syukur, kerana inilah jalan yang aku pilih. Meskipun tak mudah untuk ekstrovert macam aku menjadi surirumah, aku cuba beradaptasi..


P/s: gambar di atas hanyalah sekadar hiasan.

Selasa
20 Mei 2025
4:29 pm


No comments:

Post a Comment

Post terbaru

Kematian yang menghidupkan