Aku guna barang-barang yang dah ada kat rumah sahaja.
☑ Minyak terpakai
Minyak ni dah lama aku simpan. Daripada tersadai, baik lah aku gunakan untuk buat sabun.
☑ Aloevera
Aku suruh suami aku tanam sebab aku ingat nak buat pelembap muka. Tapi sekali je aku buat. Kadang² ada juga aku guna aloevera bila anak aku demam.
Bila fikir balik ada baiknya aku guna aloevera untuk buat sabun. Persamaan sabun aloevera dekat pasaran, aku rasa dia lebih smooth lembut pada kulit. Sedap pakai. Sebab itu aku letak ekstrak aloevera dalam sabun aku ni.
☑ Sodium Hidroksida @ NaOH
Yang ni mestilah aku beli kat Shopee. Aku beli 500g je dulu. Buat rasa-rasa orang kata. Ketulenan dia 99% peratus.
Ini nisbah formula yang aku gunakan untuk buat sabun:
Minyak masak terpakai: 900 ml
Air paip: 250 ml
Natrium Hidroksida (NaOH): 122 gram
Ekstrak aloevera (dibekukan): 50 gram
Cara buat pun mudah sahaja. Boleh rujuk kat internet. Bersepah video buat sabun.
Sabun aku buat ni berbuih.Suami aku anti betul kalau sabun tak ada buih ni..huhu. Lembut je dekat tangan.Mungkin sebab aku guna aloevera. Tapi kalau nak tanggalkan minyak kena letak lebih sikit la.
Okaylah untuk sabun pertama kan. Lepas ni aku kena buat R&D untuk buat sabun yang lebih baik.
Alia Basirah WM
25 Mei 2025
4:10pm
No comments:
Post a Comment