Tuesday, 27 May 2025

Surirumah Profesional Jutawan di Rumah




Aku beli buku ni hampir dua tahun yang lalu. Aku dah pernah khatam buku ni. Tapi beberapa hari ni aku cuba baca balik.

Buku ni buat aku mengimbau balik kenapa aku memilih menjadi surirumah. Dan sejujurnya aku percaya keputusan ini adalah yang paling tepat dalam hidupku, terutamanya selepas aku membaca buku ini. 

Penulis buku ini memberi pencerahan yang sangat jelas tentang kepentingan peranan seorang ibu dalam melahirkan dan mendidik pejuang-pejuang agama.

Ada tiga jenis ibu yang dikupas oleh penulis:

[✓] Ibu surirumah (Stay at home mother)

[✓] Ibu bekerja di rumah (Working at home mother)

[✓] Ibu bekerja sepenuh masa (Full time working mother)


Kesemua status ibu di atas adalah pengalaman langsung penulis sepanjang hidupnya dalam tempoh membesarkan dan mendidik anak-anak. Setiap fasa ada cabarannya.

Penulis juga menyarankan para wanita untuk menjadikan Al-Quran dan hadis bagi membantu kita menetapkan status ibu yang mana lebih bersesuaian untuk dijadikan pilihan.

Buku ini boleh dijadikan panduan kepada wanita yang ingin berumah tangga dan khusus kepada wanita yang masih tercari-cari "big why" mengapa dia perlu menjadi surirumah.

Tahniah kepada penulis di atas karya hebat ini.Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada ummah menerusi perkongsian yang bermanfaat.

ALIA BASIRAH WM
26 MEI 2025

-

No comments:

Post a Comment

Post terbaru

Kematian yang menghidupkan