Friday 4 December 2015

Syarah Hikam, Aku & Facebook



Malam  ini aku rasa seperti ingin menulis. Menulis sesuatu yang membangunkan minda. Sebagai panduan untuk diriku dan insan yang lain. Terkadang aku fikir, takkanlah nak terlalu fokus tulis tesis sahaja.Sedikit sebanyak aku juga nak menulis. Menulis untuk kebaktianku pada ummat. Sebab…takkanlah aku nak menulis untuk menyudahkan master sahaja. Sekali-sekala kena juga mengubah angin. Buat kerja yang sama dalam masa yang lama kadang-kadang boleh menimbulkan kejemuan. Oleh itu, Ku titipkan doa agar semoga Allah terus membantuku untuk aku menyeimbangkan setiap urusanku.

Kitab Hikam
Hari ini aku terbaca syarah hikam. Buku tulisan Ibnu Ataillah Assakandari. 

Tajuknya memahami datangnya ilmu makrifat daripada Allah S.W.T.

Tatkala aku membaca tajuk ni aku berkata “Apeke benda ni.. tak fahamlah”.

Tetapi Syarah Hikam yang ke-69 ini dibuka dengan satu cerita yang sangat menarik.

Ceritanya dimulai dengan kisah Nabi Musa a.s. Di mana Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s: Wahai Musa tahukah Engkau mengapa aku melantikmu sebagai Nabi yang  mendengar Kalamku secara tersurat di sebalik tabir? Nabi Musa menjawab: “Engkaulah yang lebih mengetahuinya”. Allah berfirman: “Ketika Aku larikan kambing-kambing Nabi Syuaib a.s yang engkau gembalakan, maka kamu dengan susah payah mengejarnya sehinggalah semua itu kembali dengan baik dan kamu ternyata tidak merasa marah dan merungut sama sekali, maka hanya kerana itulah sebabnya”.

Ha.. Nampak tak? Kadang-kadang bila Allah pilih untuk bagi sesuatu ilmu ‘secara direct’ kepada kita, ianya bukan disebabkan benda-benda besar pun kadang-kadang disebabkan dengan benda-benda kecik je.
Sama juga dengan cerita seorang perempuan pelacur yang memberikan anjing minum., tiba-tiba Allah mengampunkan semua dosa-dosanya. Demikianlah penghormatan Allah kepada hamba-hambaNya agar manusia ni tidak membangga-banggakan amalnya dan tidak memandang remeh pada amal tertentu.

Rugi tak baca buku ni tau tak!!!
Berbalik pada tajuk kita iaitu ilmu makrifat. Senang cerita ilmu makrifat ni adalah suatu ilmu yang kita dapat secara direct daripada Allah dengan sebab-sebab tertentu yang hanya Allah mengetahuinya. Dan kadang-kadang ia mungkin juga hidayah daripada Allah yang mungkin kita tak cari tapi tiba-tiba dapat.

Entahlah..tapi bila aku terbaca ilmu makrifat ni aku teringat suatu kisah dalam aku. Dan secara peribadi aku menganggap ini adalah ilmu makrifat daripada Allah taala yang hakikatnya aku pun tak tau kenapa aku mendapat ‘ilmu’ tersebut.

Aku dan facebook
Aku masih ingat sewaktu mula-mula ada facebook aku sangat teruja melihat kawan-kawan berkongsi gambar kat facebook. Aku pun apa lagi.. nak share jugak. Kemudian aku pun bukak folder gambar, cari gambar-gambar menarik dan letak dalam folder baru yang aku namakan facebook. Pada masa tu aku menapis gambarlah, takut-takut terkongsi gambar yang tak sepatutnya ke… Bimbang jugak kalau tersalah upload, nanti akan memalukan diri sendiri.

Sampai masa nak  upload gambar tu.. aku sangat pelik. Entah kenapa semua serba tak menjadi. Line tiba-tiba tak ada. Aku pun tak pasti kenapa..Kemudian bila line dah clear, gambar pulak tak kena. Ada yang katanya terlebih saiz megapixel laa.. Aku pun tak faham. Namun selepas cubaan berkali-kali masih tak dapat-dapat, aku berhenti terus. Jenis aku kalau benda tu tak penting dan aku dah buat-berkali-kali tak dapat..memang aku takkan cuba lagi dah. Alhamdulillah sampailah sekarang macam tu.

Beberapa lama selepas itu ada seorang kawan tag gambar aku kat facebook. Masa tu aku ada masuk pameran sains untuk bentang projek ilmiah aku ni…. Kami bergambar. Bila kawanku upload, aku pun like la.. Yelah..gambar pertama aku kat fb..mestilah kena like. Gambar tu seolah-olah aku buat  aww.. cak dari belakang tiang…. Bagi aku, itu sekadar gambar la..kan. Bukan niat nak mengggedik-gedik .Kemudian adikku komen. 

“Aik..bahaya  gambar ni, Nampak manja je”

Sebenarnya adik lelaki aku ni memang jenis suka bergurau. Malangnya aku langsung tak ambik kata-kata tu sebagai gurauan. Bagiku adikku telah mencalarkan maruah aku kat fb. Masa tu aku merasa sangat hina…sangat sedih..menangis dan aku delete gambar tu.

Tapi sebenarnya tengah period, tu yang jadi emosi tak tentu hala tu… Kemudian adikku telefon .Dia nak tanya pasal kerja dia sebenarnya, tapi tak pasal-pasal aku pergi marah dia dan menangis sampai tak boleh bercakap masa tu..Aku menyebabkan adik aku rasa bersalah gila masa tu.. Dia asyik mintak maaf dengan aku…

Bila aku balik rumah cerita kat arwah ayah aku.. katanya gambar tu biasa je.. takde apa-apa pun lah.. Janganlah emosi sangat..

Cerita ni mungkin nampak biasa. Tetapi memberi kesan yang besar dalam hidup aku. Dan secara tak langsung mungkin hidayah aka ilmu makrifat dari Allah nak ajarkan aku soal menjaga maruah diri.

Maksud aku..bila insiden ni berlaku dalam hidup aku, baru aku faham bahawa sebenarnya adalah sesuatu yang memalukan bagi seorang wanita untuk meng’upload’ gambarnya ke laman sosial  tanpa keperluan yang kukuh. Apatah lagi kalau gambar selfie yang diselitkan gaya-gaya tertentu yang akhirnya mengikis rasa malu jika sering dilakukan dan mendapat’ sokongan’ like dari pihak tertentu. 

Sejujurnya, masa tu aku memang tak tahu lagi yang wanita ni tak boleh mendedahkan sangat gambar kat fb. Dan aku jugak tak tahu kalau dah terupload tu.. mungkin akan diedit oleh laki-laki yang durjana tu

Dan kadang-kadang, bagus jugak Allah buat perempuan ni makhluk emosi, kalau tak sampai sekarang aku tak akan dapat ‘sense of dignity’ dan mungkin juga hari ini gambar aku akan bersepah kat fb sebab aku tak faham pun yang wanita yang baik itu tidak memandang dan tidak dipandang.

Wallahua’lam sekadar perkongsian.

No comments:

Post a Comment