Blog..... Tak dapat bawa kamu ke syurga.. Tapi mungkin dengan perkongsian yang baik,sebarkan ilmu yang bermanfaat akan menjadi saham PAHALA dan menggapai Redha-Nya... In Sha Allah

The best moment in my life





Sekiranya orang bertanya tentang perkara terbaik dalam hidupku 

Akan aku bingkiskan satu momen indah dalam hidupku..

Tika itu abahku sakit..aku dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu. Dalam perjalanan menaiki bas aku hanya mendoakan agar Allah memberi kesempatan menjaga abahku di hospital. Agar aku sempat melihat abahku sebelum nyawanya dipulang kembali ke sisi Allah. Alhamdulillah akhirnya Allah memakbulkan doaku.Tepat pukul 7.30 pagi pemandu bas menurunkan aku di hadapan hospital Hulu Terengganu. Aku terus menyeberangi jalan melangkah menuju ke hospital. Sebaik sahaja sampai di wad Melor Lelaki, aku meminta izin daripada pengawal keselamatan untuk masuk melawat ayahanda tercinta. Alhamdulillah, tanpa banyak karenah beliau membenarkan aku masuk. Aku pun terus masuk berjalan menuju ke katil abahku yang terletak berhampiran tingkap. Sampai sahaja disisinya, hatiku agak sebak melihat keadaan dirinya yang terlantar tidak sedarkan diri. Aku memanggil-manggil namanya dan menyatakan kepulanganku. Dia hanya memberi respon “ha…ha..ha… sambil terangguk-angguk lemah tanpa membuka mata seolah-olah mendengar suaraku tetapi tidak mampu untuk memberi respon yang baik. 

Aku bertanyakan perihal abahku kepada adik perempuanku yang menjaganya sejak semalam. Dia memberitahuku abah seolah-olah tidak sedarkan diri dan bukannya tidur. Katanya dia sudah mengejutkan abah pada pagi tersebut tetapi abahku tidak sedar. Kebetulan pada waktu tersebut jururawat bertugas sedang mengambil bacaan darah pesakit di katil sebelah, aku lantas menyuruhnya memeriksa keadaan abahku. Kulihat jururawat tersebut memanggil-manggil nama abahku…”CikPa!!..CikPa!!, tapi terus tiada respon yang diberikan abahku.Dia pun memanggil –manggil jururawat lain dan terus memindahkan katil abahku ke ruangan lain untuk memberi bantuan kecemasan untuk abah. Keadaan agak gawat di situ. Ku lihat seorang jururawat menelefon doktor untuk bergegas datang ke wad. Abah dipindahkan. Kuperhatikan jururawat itu menambahkan bekalan oksigen untuk abah dan memasangkan mesin bacaan tekanan darah dan jantung abahku. Selang beberapa minit, seorang doktor datang memeriksa abahku abahku. Aku hanya berdoa agar urusan abahku dipermudahkan Allah. Tidak lama kemudian dia datang berjumpa aku dan adikku bahawa tahap kesihatan abahku sudah memasuki tahap kritikal dan memberi kami dua peluang. Samada ingin meneruskan rawatan menggunakan ………. atau membiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa. Aku buntu. Namun seorang jururawat yang mengenali abangku lantas menasihatkan aku agar merujuk kepada abangku yang bekerja sebagai jururawat. Akhirnya aku menelefon abangku dan menceritakan apa yang berlaku. Dia akhirnya mencadangkan untuk tidak meneruskan rawatan kerana sekiranya rawatan diteruskan, ia hanya menambahkan derita abah kerana hampir kesemua organnya sudah gagal berfungsi. 

Selepas perbincangan dibuat akhirnya aku akur dengan kehendak abangku untuk tidak meneruskan rawatan. Aku pun memberitahu doktor tentang perkara ini dan dia menyuruh aku menandatangani beberapa dokumen. Jururawat pula menyarankan aku membaca Yasin kepada abah. Waktu itu aku tidak mampu berfikir apa-apa. Tetapi dengan niat untuk memberi yang terbaik untuk abahkau, Allah telah mengilhamkan aku untuk membimbing abahku melakukan solat taubat. Aku pun terus mewudhukkan abahku dengan bantuan adik. Kami menggunakan penyembur air di hospital khas untuk membantu pesakit berwudhuk.
 Selesai mewudhukkan abahku, aku menyuruh adikku membaca Yasin dan aku pula membimbing abahku solat. Ku bisikkan di telinga abah. “Abah, kakak sudah wudhukkan abah, In sha Allah kita akan buat solat taubat dua rakaat, Abah tak perlu buat apa-apa, hanya ikut dalam hati sahaja bacaan solat yang akak bacakan”. Dalam hatiku. Aku doakan Allah menerima taubat abahku. Demi Allah itulah perkara terbaik yang boleh aku lakukan untukknya sebelum kematiannya. Aku pun memulakan dengan niat dan membisikkan ke telinga abahku untuk niat bersama. Allahuakbar…aku membisikkan ke telinga abahku, solatnya pun bermula. Aku mengajarkan dengan rentak yang sederhana. Satu persatu bacaan solat ku perdengarkan untuk abahku dengan harapan dia diberi kekuatan untuk mengikutku. Aku hanya membacakan surah-surah pendek seperti Alkafirun dan Al Ikhlas.Selesai mengucapkan salam, aku membacakan doa untuknya. Aku menyebutkan segala kebaikan yang telah dilakukan untuk anak-anaknya dan mengucapkan penghargaan atas segala pengorbanan yang dia curahkan. Kemudian aku membaca Yasin untuk abahku, moga-moga urusan sakaratulmautnya dipermudahkan Allah. 

Sesungguhnya aku lega…lega kerana dapat bersamanya dan membantunya dalam menghadapi  saat –saat kritikal dalam hidupnya. Alhamdulilah Allah atas anugerah ini. Mungkin juga kerana abahku sendiri pernah menjaga datuk dengan baik sebelum dia meninggal. Kini Allah memudahkan aku dan adik-beradikku yang lain menjaganya sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

 Benarlah kata-kata yang sering kita dengar, Jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita, anak-anak kita juga akan membalas kebaikan yang baik juga untuk kita. Subhanallah..Itulah hakikatnya. Allah juga tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat baik terutamanya kepada kedua-dua orang tuanya. Jika kederhakaan anak mampu mengundang bala serta merta kepada si anak sejak di dunia, maka begitu juga kebaikan kepada orang tua, sudah tentu  Allah akan membalasnya di dunia lagi. Kepada yang masih punyai ibu bapa, hargailah mereka seadanya.Janganlah tinggalkan mereka keseorangan. 

Wahai sahabat, ingatlah!! perkara terindah dalam hidup kita adalah dapat bersama dengan orang tersayang di saat-saat dia sangat memerlukan kita.Dan siapa lagi yang paling menyayangi kita di dunia kalau bukan ibu bapa kita…Oleh itu taburlah baktimu pada mereka agar setiap sisi hidup kita terus dipayungi rahmat dan keredhaanNya…

Wallahua’lam…
 
Share on Google Plus

About Chegu Kimmia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment