Siapa sangka aku akan berniaga.
Kini aku menjual sate ikan. Aku sendiripun tak percaya. Semuanya berlaku
tiba-tiba. Agaknya inilah takdir. Subhanallah
Imbas kembali
Tika aku sedang membaca buku You
are the best di atas sofa, abangku juga
datang membaca buku di sebelahku. Masing-masing asyik membaca. Tiba-tiba dia
memandang ke arahku dan bercakap tentang perniagaan. Dia asyik bercerita
bagaimana rakannya seorang attendance menguruskan bisnes. Kemudian dia terus
menyarankan untuk aku berniaga. Tujuan utamanya ialah supaya aku menjadi
pendorong untuk adik lelakiku yang masih belum mempunyai pekerjaan. Tiba-tiba
aku dapat merasakan tekanan sangat memuncak. Tika dia sibuk mengusulkan
pelbagai cadangan untuk aku berniaga, otakku ligat berfikir perkara tersirat.
Dia itu abangku, kami tak ada ibu bapa. Semua tanggungan berada di atas
bahunya. Di sebalik kata-katanya aku tahu dia mahu aku berdikari. Sebelum ini
memang segala perbelanjaan aku ditanggung beres oleh arwah abah. Walaupun
sebelum inia ku berfikir untuk menjana duit melalui penulisan, aku akui proses
ini agak memakan masa. Jadi aku harus mencari pendapatan sampingan yang boleh
membantu aku meneruskan kehidupan.
“Kalau boleh Abanglong nak mu
start lusa ni,fikirlah apa-apa yang oleh dijual kat kedai mak (panggilan untuk
nenekku). Buat kuih ke…, apa-apalah..”
Gulp…. Kalau buat kuih untuk
makan pagi ni, aku takdelah pandai sangat. Tapi kalau buat kuih untuk makan
petang bolehlah..macam puteri mandi, puding sagu, puding koktail kee…
Sebelum ni memang aku niat untuk
menjual dadih dan menjualnya di politeknik memandangkan sepupuku menguruskan
koperasi di situ. Tetapi koperasi itu agak lambat beroperasi. Abangku sudah
tidak sabar untuk melihat aku berniaga dan meraih pendapatan sendiri.
Sejujurnya tak pernah langsung
aku fikir untuk menjadi peniaga. Seingat aku kali terakhir aku berniaga pun
waktu dekat UMT. Itu pun sekadar nak memenuhi keperluan kursus. Sebelum tu
memang aku ada menjual dadih di sekolah menengah. Tapi pengalaman tu tak pernah
pun membuatkan berminat dengan perniagaan.
Nak berniaga online… jauh
sekali.. sebab aku sendiripun jenis kurang gemar mengadap laptop dan telefon
lama-lama, apatah lagi berjam-jam hanya untuk menunggu tempahan pelanggan.Dan
faktor ketiga inilah yang membuatkan aku rasa amat mustahil untuk menceburkan
diri dalam perniagaan.
Tapi entah kenapa aku tidak dapat
menolak cadangan abangku. Aku rasa seperti terkunci mulut aku untuk membantah.
Aku rasa seperti aku sudah tiada pilihan
dan walau sesusah manapun aku mesti memulakan perniagaan dalam waktu yang
ditetapkan. Selepas berbincang dengan abangku, aku terus menukar bahan bacaan.
Daripada membaca buku you are the best, aku tukar buku lain. Tajuknya Think and
Grow Rich. Sebuah buku tentang perniagaan oleh Napoleon Hill. Selepas melihat
aku menukar bahan bacaan, abangku cepat-cepat menghulurkan aku semua jenis buku
perniagaan yang ditulis oleh Robert T Kiyosaki.
Fuh…
[Bersambung]
No comments:
Post a Comment