Saturday, 28 June 2025

Kematian yang menghidupkan

 



Nurly Syahirah..


Sesuatu sangat dengan dia ni..


Walau sudah meninggal dunia dalam kemalangan bas UPSI, tetaplah namanya disebut-sebut.


Arwah mati dalam keadaan tangannya mendakap naskah Al-Quran.

Jauh beza dengan kita yang telefon yang sentiasa melekat kat tangan.

Serius aku malu... malu sangat dengan adik ni

Masih rapuh hubungan kita dengan Al-Quran


Bukan macam arwah Nurly..dia hidup dengan Quran, habiskan masa dengan quran...


Quran umpama telefon.Wajib dibawa ke mana-mana.Keluarga dia cakap, kalau musafir arwah tak pernah tinggal quran.

Malam-malamnya diisi dengan ulangan hafazan.

Siap tulis lagi kalam suci itu untuk kukuhkan ingatan.


Siapa sangka di saat manusia akhir zaman macam kita yang leka dengan 1001 distraction di era media sosial..Allah hantarkan dia sebagai peringatan untuk buktikan bahawa masih wujud hambaNya yang mencintai quran sepenuh hati.

Allah.. hinanya diri ini..


Ampunkan kami Ya Allah atas kelalaian kami.Berikanlah kami kekuatan untuk beramal seperti hamba2 yang dicintai Mu.


Wahai adik Nurly..pemergiaan mu memang layak dicemburui..Terima kasih kerana telah membuktikan Al-Quran itu benar-benar memberikan rahmat kepada pembacanya...

Alia Basirah WM

Masih berusaha menginsafi diri sendiri




Thursday, 12 June 2025

Sama tapi tak serupa

 



Selepas bye-bye anak pergi sekolah, aku buka cerita Tanyalah Ustaz. Pagi-pagi aku suka tonton rancangan agama dulu. Bagi ‘vibes’ positif sikit.


Seingat aku, waktu kecil dulu pun pun, Umi akan buka ceramah agama pada awal pagi. Jadi adik-beradik aku dulu, sambil sarapan kami dah kena dimotivasi. Laman Nurani. Itulah nama program agama yang arwah umi selalu buka.


Okey, tajuk rancangan Tanyalah Ustaz hari ini ialah Cintai Sahabat Nabi. Jujurnya aku tak sempat nak dengar semua. Tapi ada satu ungkapan yang terlekat dalam kepala aku.


Ustaz kata:


Ada satu sahabat nabi. Dia kaya, hartawan tapi tersangatlah dermawan. Hampir semua hartanya digunakan untuk membangunkan Islam.


Ada sahabat Nabi… kaya… tapi lama-kelamaan dia rasa kekayaan tu buat dia makin jauh dari Allah. Dia pun tinggalkan kekayaan dia dan jadi sezuhud-zuhud manusia.


Jalan dua sahabat ini jelas berbeza. Tapi matlamatnya sama. Radhiallahuanhu, wa radhu anhu.


Alia  Basirah WM

Masih belajar

Wednesday, 11 June 2025

Resepi sup kentang



Assalamualaikum. Hari ini nak aku nak kongsi resepi makanan kegemaran anak aku...

 Manalah tahu, bila aku mati nanti ada orang buat resepi ni..dapat juga pahala untuk aku...

Simple2 je masakan aku. Sejenis tak suka yang renyah2 kalau bab makan..huhu



Ini bahan-bahannya.Ayam tu sikit sangat. Boleh tambah banyak lagi kalau nak.Lagi banyak ayam lagi sedap.

 

Cara masak

Tumiskan serai dan bawang putih sampai naik bau


Masukkan ayam.Tunggu ayam tu bertukar putih sebelum masukkan air.



Selepas masukkan air, letakkan daun limau purut yang sudah dibuang batangnya. Baru tak pahit sup kita.




Masukkan sayur, ubi kentang dan lobak. Masak sampai empuk ubi dan sawi tu layu. Anak aku kalau daun sawi rangup, diorang tak makan. 



Perasakan dengan garam dan sedikit perasa. Ha..sup kita siap!!




By Alia Basirah WM

Tak suka masak tapi kena masak😂

Prefer babysit,reading and writing than cooking. Jangan kecam saya.

Namun begitu....

Aku suka dan rajin je tolong orang masak tapi tak berapa gemar jadi mastermind untuk aktiviti masak2..

Tapi of course la kalau mak mertua aku suruh masak, aku akan masak. Sebab aku menantu yang baik..Eceh..Done merapu.

Post terbaru

Kematian yang menghidupkan