Tuesday 21 June 2016

Ikhtilat





 Nafsu bukan perkara main-main

Tersentap aku terdengar cerita oleh Ustaz Adnin dari Tarbiah Sentap

Beliau menekankan peri pentingnya ikhtilat dalam pergaulan seharian.

Alkesah ceritanya begini:
Ada sepasang tunang. Mereka ni katogeri lelaki soleh dan wanita solehah la..Sebab dua-dua ni belajar jurusan agama. Seminggu sebelum kahwin, lelaki tersebut menagajak tunangnya melihat rumah yang bakal mereka diami selepas kahwin.Maka Si perempuan mengajaklah kedua-dua orang tuanya untuk turut serta. Namun atas masalah kesihatan kedua-duanya tidak dapat turut serta. Maka, wanita itu mengajaklah sahabatnya untuk pergi bersama. Akhirnya sahabatnya bersetuju dan mereka pun pergilah bersama Si lelaki tersebut. Ditakdirkan Allah, dalam perjalanan, sahabat wanita itu terpaksa pulang kerana ada emergency.Tinggallah perempuan dan tunangnya berdua-duaan di dalam kereta. Di dalam kereta, mereka sangat menjaga ikhtilat. Tidak menyembang-nyembang perkara kosong.



 Mereka pun akhirnya sampailah ke rumah yang dituju. Maka masuklah mereka ke dalam rumah meninjau-ninjau keadaan rumah baru mereka dalam keadaan gembira. Tiba-tiba, tanpa disangka-sangka, adalah seekor lipas yang entah muncul dari mana merayap-rayap di lantai rumah. Perempuan itu terkejut, berlari-lari dan terkenalah lelaki itu. Sentuhan yang berlaku akhirnya menyebabkan mereka berzina.

Selepas mereka melakukan perbuatan tersebut, mereka rasa bersalah. mereka pulang dalam keadaan ketakutan. Lelaki itu menggeletar semasa memandu kereta. Ditakdirkan Allah, mereka terlibat dengan kemalangan. Si lelaki itu meninggal dunia manakala wanita itu koma dan patah kaki. Selepas wanita itu sedar dari koma doktor mengesahkan bahawa wanita itu mengandung. Sakit dan malunya pada waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Namun wanita itu bertaubat dan berazam akan menjaga anak itu dengan sebaiknya.
Sejujurnya, bila terdengar cerita ini aku beristighfar panjang. Dan aku juga menyedari bahawa betapa liciknya peranan syaitan. Hanya dengan sedikit kesilapan sebelum saat-saat diijab kabul, mereka boleh terjebak dalam zina. Nauzubillah hi min zalik. 

Oleh itu sahabat sekalian, elakkanlah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Sekiranya perlu berhubung, jagalah batas sebaiknya samada dalam dunia realiti atau di alam maya. Nafsu bukanlah perkara main-main. Jika hilang kawalan, hidup kita akan terbabas. Malu di dunia, menderita di akhirat. Apapun moga Allah melindungi diri kita maksiat ini. 

Wallahu a’lam

#Fallahu khairun hafizho wa huwa arhamurroohimin

Untuk melihat vedio tersebut, sila klik di sini

2 comments: