Sunday 19 June 2016

Anak luar nikah




Lewat malam semalam, aku masih lagi menghadap laptop. Mengedit  tesis untuk kali yang terakhir sebelum dijilid. Aku bersyukur. Terjilidnya tesis ini menandakan perjalanan masterku sudah tiba ke garisan penamat. Alhamdulilah, harapan arwah abahku untuk melihat anaknya berjaya dalam pendidikan kini semakin hampir.
Ketika sedang ralit membuat kerja, siti datang berjalan ke arahku.

“Alia, cuba tengok ni”. Katanya sambil menghulurkan sekeping kertas kepadaku.

Aku melihat kertas itu. Rupanya sekeping borang maklumat budak tadika dari tempat kerjanya. Kawanku siti, merupakan pengurus kewangan di sebuah tadika. Borang tersebut diuruskan bagi membantunya mengemaskini bayaran yang dibuat oleh ibu bapa.

ADAM BIN ABDULLAH. Itulah nama yang tertera pada sijil kelahiran yang disertakan bersama maklumat diri. Kemudian bebola mataku beralih melihat maklumat bahagian bapa. Pada bahagian tersebut, semua maklumat bapa ditulis TIADA. Hanya maklumat ibu yang disertakan.
Aku melihat Siti. Mata kami bertentang…

“Siti…maksudnya…. “ Kata-kataku seakan-akan ingin terhenti.

“Anak luar nikah la kan…”. Akhirnya aku meluahkannya

Siti hanya mengangguk-angguk. “ Sebab tu lah ana tanya”. Masa tengok borang tadi pun..ana rasa pelik. Sebab itulah nak confirmkan balik dengan enti”.

Aku tergamam seketika. Kemudian mindaku seakan diterjah-terjah dengan pelbagai persoalan tentang bagaimana masa depan budak itu. Bagimana dia akan berhadapan dengan masyarakat, kawan-kawan saat mengetahui dirinya adalah anak luar nikah. Bagaimana dengan perasaannya. Tekanan yang akan dihadapi kerana rasa malu…rendah diri. Owh.. itu bukanlah suatu yang senang.

Sungguh pilu hatiku memikirkan tentang mereka. Demi Allah, tiada siapa pun yang nak dilahirkan sebagai anak luar nikah. Tetapi Allah mentaqdirkan mereka untuk menjadi anak itu. Dan, hakikatnya mereka tidak bersalah. Yang bersalah ialah ibu bapa mereka. Yang dikutuk dan dihina adalah ibu bapa mereka yang berzina. Padanlah hukuman zina itu sangat berat. Sebab impaknya terhadap masyarakat adalah sangat dahsyat. Zina bisa merosakkan keturunan dan meranapkan institusi kekeluargaan.

Apapun…
Buat anak itu
Jangan marah pada Allah yang mentakdirkan mereka sebagai anak luar nikah
Kerana walau siapapun manusia itu
Allah hanya memandang kepada ketaqwaannya
Oleh itu janganlah kecewa
Kerana percayalah
Setiap takdir itu samada yang baik mahupun yang buruk
Pasti ada hikmah disebaliknya
Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
Wallahua’lam.



No comments:

Post a Comment